Dear Smokers.

Hi and thanks admin sebab approve cerita aku (if dah di approve lah).

Aku ni student fourth year medicine di sekian sekian universiti. Hehe rahsia sikit. Tapi aku nak share dekat budak-budak IIUM or even semua rakyat Malaysia yang membaca post ni sedikit sebanyak ilmu yang aku dapat dari prof aku.

Sebagai medical student, most of the time kitaorang ni spend masa di hospital , bersama pesakit dan doktor. Apa yang best berkepit dengan professor ni, lagi lama diorang berkhidmat lagi banyak cerita diorang suka share. Aku pulak jenis suka dengar cerita orang, so memang kena sangat lah.

Okok nak dijadikan cerita, aku tengah berkepit dengan doktor bedah aku dalam bilik doktor menanti patient datang.

After a while, ada seorang perempuan kurus lingkungan umur 30-an dengan seorang laki maybe suami dia masuk bilik.

Perempuan ni, aku letak nama samaran as Temah lah untuk senang cerita. Temah ni datang hospital sebab asyik sesak nafas dan batuk tak berhenti-henti. Lambat jugakla dia datang hospital , katanya sebab dia ambil ubat batuk beli dekat farmasi je sebelum sebelum tu. Dia dah pergi bahagian general medicine, tapi takde perubahan so dia dirujuk ke bahagian Surgery.

Doktor check akak ni throughly. Ambil sample sana sini, suruh pergi ambil x-ray bagai(kalau bagitau details jadi panjang pulak, so aku cerita ala kadar je ye) Aku perhati je akak ni, seriously kurus yang amat.

Sambil sambil tunggu keputusan report lab pesume. Akak Temah ni bercerita la pasal cuti sekolah nanti keluarga dia inshaAllah nak bercuti. Dia cerita pasal anak-anak kecil dia. Meanwhile laki dia yang nampak bosan tu tetibe keluarkan rokok dari poket and mintak izin nak keluar bilik doktor kejap.

Sampai je report lengkap dari semua jabatan, aku jenguk fail patient tu. Tertulis,
"Small lung cell cancer stage IIIb"

Ya allah kanser dia dah advanced

Doktor try sampaikan berita kanser, dia terdiam kejap and then terus menangis depan kami time tu. Blank jugakla aku time tu taktau nak buat apa.

Doktor try nak tenangkan dia tapi akak Temah ni tak berhenti-henti nangis. Dia cakap dekat kami,
"Apa salah saya sampai kena macam ni?"

Sebak gila kot tengok. Ikutkan hati aku pun nak nangis sama.

Lepas tu dia sambung lagi cakap,
"Saya solat 5 waktu macam muslim lain, saya tak pernah lawan cakap mak ayah dengan suami saya. Kenapa saya yang kena? Anak-anak saya nanti macam mana?"

Bunyi dia macam terus hilang harapan eventhough tak mula treatment pun lagi. Doktor dengar je luahan hati dia sampailah dia habis meraung dalam bilik tu. Suami dia? Still tengah merokok dekat parking lot hospital gamaknya.

Bila dia dah balik dengan mata bengkak, doktor terus pusing dekat aku and cakap dia kesian dengan orang baik macam tu.
Dia takde buat salah tapi dia terkena tempias penyakit atas perbuatan orang lain.

Doktor kata memang makin berat ujian kita sebenarnya Allah makin sayang dekat kita. Tapi tak semua orang perasan benda tu. Ada orang bila dapat tahu berita buruk, memang tak boleh fikir positif and secara waras on that time. Biasalah manusia.

Patient takde yang masuk lagi time tu, so dia reveal la one of the factor kanser patient tadi.

"Suami dia smoker"

"Kalau dia duduk rumah terperap tak terdedah dengan udara luar yang tercemar macam mana pun, suami dia tu still dedahkan dia dengan asap rokok. Dalam rumah"

Aku terdiam.

"Suami dia light smoker. Merokok untuk isi masa lapang je. Tu yang buat saya rasa bertambah kesian dengan akak tadi"

Aku pun tanyalah kenapa.

"Sebab light smoker ni bukan ketagih dengan rokok pun. Diorang ni just nyalakan puntung rokok tu as a habit. Habit sebenarnya senang nak buang. Disebabkan dia tak buang habit tu, dia tingkatkan risk dia and akak tadi kena kanser."

Terkejut gila aku dengar perkataan habit " seriously?"

Doktor tu sambung lagi
"Yes. Habit. Habit menyalakan puntung rokok. Bila tengah stress nyalakan rokok, bila tengah tunggu bas nyalakan rokok, bila tengah tunggu lunch nyalakan rokok. Its a habit. Habit that might kill someone"

Aku jadi marah bila dengar pasal facts habit ni. Kalau addicted aku boleh tolerate lagi sebab aku tahu memang susah nak berhenti dari amik nikotin.
Tapi habit. Habit kills people that you love.

Guys aku pun dulu smoking. Heavy smoker pulak tu. Tapi aku dah stop. Kalau a heavy smoker boleh stop, why not you guys?

Ah kau nak cakap nanti bila tak merokok , kawan kawan kau ejek sebab nampak tak cool? Weh seriously lembik lah weh kalau kau rasa inferior kawan kawan ejek.Lantakla kawan kau nak ejek ke apa ke.
Nak kata sebab susah nak stop? Oi ingat sikit aku heavy smoker pun survive stop rokok ok. Heavy smoker lagilah siap ada withdrawal syndrome bagai weh. Seksa. Tapi aku survive.

Dalam al-quran pun dah kata jangan memudaratkan diri.

"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (dan membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu"- Surah An-Nisaa' ayat 29.

Pastu sila rajin sikit bukak al-quran baca surah al-Baqarah ayat 195. pun terangkan oasal jangan binasakan diri.

Aku bukan ahli ulama' nak haramkan rokok tapi aku pesan dari segi agama jangan lah kau nak memudaratkan diri.
Mungkin kau tak kena tapi orang lain boleh kena.

P/s: Dear akak Temah, please be strong. Dear smoker on habit please stop smoking and chew a gum instead – Said the Surgeon incharge.

Nota kaki: Jangan ada yang komen kata sakit, penyakit, ajal maut tu semua takdir Allah. Mahu ada kena terajang dengan aku.

– Student Nerd

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

518 Comments

  1. Dh mcm2 cara nk berenti.. X de hasil.. Last stop for 6 month. Tu pun isap vape.. Ramadhan ni kurg la sikit.klu biasa sekotak 2 hari. Bulan pose ni baru nk masuk 2 kotak.. Xkn nk pose sepnjg tahun kot. Teman dh la kurus kering

  2. Happens to my family. Ayah saya slalu merokok even ibu saya dah byk kali tegur. Smpaikan 1 masa, kene pulmonary TB complicated with pott’s disease. It takes a very long time to heal. Skang ni pun tgk ayah saya kurus sgt je. Saya xnak assume benda2 buruk since ayah saya degil nak buat checkup. Moga Allah panjangkan umur ayah saya.
    So, don’t start smoking. Lagi2 bila dah berkeluarga tu. Kalau susah sgt nak stop, ingat la family keliling anda. Sebagai suami, anak, mereka byk depend pada kita nnt. Kalau kita sakit, mereka nnt nak harapkan pada sapa lagi.

    • Hi bro. First of all syafakallah for your dad. But 1 thing, smoking doesn’t caused TB ya bro. Maybe u should recheck that part. PTB selalunya kita dpt if we in contact dgn orang sekitar kita yg ada TB. Anyway, may Allah bless your father and please continue treatment with anti-TB. ?

    • I recheck again. Maybe i will try to rephrase the sentence. Based on WHO, medscape and malaysia CPG, cigarette smokers are consider to be high risk groups to have TB infection and recurrent TB. So, the group may not be directly infect by mycobacterium. Close contact with people and animal with TB can get the disease directly. So as a whole, smoking can be a risk factor and etiology. But still important to consider close contact with the source in every TB patient as it is very important during history taking.
      Thank you for the correction :)

  3. Abang baca ni… Mahd Faisal Shahrin Shahrin
    Kalau sy sy n bakal anak kita nti… awk try la stop… utk kebaikan bersama… agpon awk belom ag perokok tegar.. please…

  4. kalo p kluar memana ada perokok memang saya tutop idong depan2 depa time tu jgk. Mampoih p hang nk terasa. Yg penting aku jaga kesihatan aku. Ada stu mlm tu klua mkn…lg sy ttup idong lg sengaja p hala asap ke kita.kuasam sangat. Ada jugak yg tau sy tk selesa depa p ubah tempat duduk. Ok la yg tu p men asap rokok sama2 mike yobb jgn nk babitkan temann pulokk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *