Assalamualaikum. Maaf jika saya gunakan medium ini untuk meluah perasaan, sebelum itu, selamat mennyambut bulan Ramadhan semua. Saya bekas penuntut UIA, graduasi pada tahun 2007.
Saya baru bercerai dengan suami dua minggu sebelum bulan Ramadhan. Saya redha jika dah tertulis jodoh kami hanya setakat itu sahaja. Bukan niat saya nak mengaibkan namun diharap apa yang saya ingin tulis dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan orang lain.
Saya berkahwin dengan suami 3 tahun lepas, di mana ketika itu kami berdua sudah mempunyai kerjaya stabil. Suami saya bekerja sebagai guru di sekolah rendah dan saya di sebuah syarikat swasta, pendapatan saya lebih tinggi daripada suami tapi suami tetap beri duit belanja kepada saya. Jujur saya kata, ex suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Bila saya cakap bertanggungjawab, ex suami memang akan melebihkan keluarganya sendiri. Pada mulanya saya sangat bersyukur sebab ex suami tidak lupa tanggungjawab pada ibu dan keluarganya namun semuanya berubah selepas saya kenal sendiri bagaimana perangai mereka.
Sekali lagi, bukan niat mengaibkan. Begini, pada mulanya selepas kami berkahwin, ex suami mengajak saya tinggal di rumah keluarganya atas desakan ibunya. Ex suami merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik, kakaknya sudah berkahwin dan mempunyai dua org anak (juga tinggal di rumah ibu mertua saya), dan dua adik-adiknya seorang di kolej dan seorang masih bersekolah. W/pun keberatan, namun saya ikutkan juga dan berfikiran ada baiknya boleh mengeratkan hubungan dgn ibu mertua saya.
Long story short, bermulalah satu-satu perkara berbangkit. Pertama, sejak kami masuk di situ, ibu mertua, kakak ipar & abang ipar mula lepas tangan dalam soal belanja rumah. Pada mulanya, saya sangat tidak kisah sebab gaji saya dan suami mencukupi untuk menanggung belanja rumah mertua saya spt barang basah, duit dapur, bil elektrik & air. Mereka juga minta dipasangkan wifi dan astro di rumah tersebut (sebelum ini tiada) Kami berpakat memperuntuk RM1000 untuk kesemua tersebut. Kami juga menanggung adik-adik suami yang masih belajar. Namun, lumrah manusia, tidak menghargai malah tamak.
Konflik pertama apabila kakak ipar & suaminya mula mengharap pada saya dan suami soal biaya anak-anak mereka (9 & 12 tahun). Kakak ipar tidak bekerja, suaminya pula sangat malas bekerja, ex suami saya pernah beritahu abang iparnya selalu bertukar-tukar kerja, sama ada dibuang kerana selalu ponteng dan tidur di rumah. Sekarang suami kakak ipar mengambil upah menolong kawannya menjaga gerai pasar malam. Isunya, mungkin bagi mereka kami bergaji tinggi jadi tidak salah meminta tolong, saya pun pada mulanya kesian memikirkan kesusahan mereka namun makin lama makin naik lemak sampaikan suami abang ipar mula minta duit setiap minggu daripada kami termasuk duit rokok, minyak, topup dan pernah minta juga dibelikan telefon baru. Suami mula tidak gemar dan pernah 'sound' abg iparnya namun kakaknya marah dan cakap suami kedekut, ibu mertua juga mula berkata suami berkira dengan adik beradik dan pernah menuduh saya yang menghasut suami. Demi Tuhan, saya tidak pernah melarang suami menolong adik-beradiknya namun saya perasan kakak ipar dan suaminya suka mengambil kesempatan. Sudahlah menumpang di rumah ibu, tidak keluarkan satu sen pun untuk apa-apa sejak kami pindah masuk (sebelum ini pun mengharap pada duit pencen arwah ayah suami). Kemuncaknya apabila seperti mereka mengajar anak-anak mereka meminta duit sekolah pada saya. Saya akan berikan namun semakin lama anak-anak mereka juga berharap pada saya untuk duit sekolah mereka, duit tuisyen, buku, yuran, baju sekolah dan semua. Pernah satu hari, anak mereka yang darjah 6 pulang sekolah dan cakap sekolahnya buat lawatan ke Langkawi dan perlu bayar RM120 untuk menyertai. Dengan selamba mak ayah dia cakap "mintak dengan cikngah (saya), mintak RM500 sekali duit belanja and mak nak pesan barang jugak alang-alang pergi sana" saya yang mendengar di dapur mula rasa menyirap, kerana senang-senang kakak ipar saya cakap macam tu. Anaknya datang dan cakap 'cikngah, nak RM500 esok, ada lawatan." kemudian terus berlalu. Suami saya ada masa tu and cakap pada kakaknya kalau anak dia nak pergi mana-mana, dia dan suami la bertanggungjawab, jangan mengharap kat orang. Kakak ipar tarik muka, bila suaminya balik, dia mengadu dan terus jadi bertekak dan dikatakan kami berkira. Saya taknak suami saya bergaduh jadi saya berikan juga RM500 pada anak buah saya tu.
Sebenarnya banyak lagi, terlalu panjang. Ibu mertua saya juga sangat suka dibelikan macam-macam, saya tak pernah menghalang suami saya berbelanja pada ibunya namun mertua tidak pernah puas. Pernah sekali saya beli beg tangan untuk diri saya dengan duit saya sendiri, bila mertua nampak dia cakap dengan suami saya kenapa belikan kat saya dan tak belikan pada dia juga, suami terangkan yang saya beli dengan duit saya sendiri dan mertua terus marah saya dan cakap saya membazir, lebih baik beri pada dia buat beli barang rumah, sedangkan apa ayng kami beri lebih pada cukup. Paling saya marah, syarikat saya berikan saya bonus dalam bentuk percutian atas prestasi kerja beberapa bulan lepas atas tender yang berjaya. percutian 4 orang ke Korea, jadi saya decided untuk bawa suami, ibu saya dan adik saya. Mertua sangat marah sebab tidak bawa dia (mertua suka tengok kdrama), marah yang melampau sangat sampai cakap saya menantu tak sedar diri, berkira dengan dia, pergi bercuti tak ingat mak dah macam-macam lagi. Ditambah lagi dengan batu api kakak ipar yang turut tidak puas hati pada kami. Tapi masa tu saya dah tawar hati dengan mertua and kakak ipar jadi saya terus je pergi bercuti dua minggu dengan suami, ibu dan adik saya. Tapi apabila balik, saya tetap belikan macam-macam buah tangan untuk mereka. Mereka masih lagi perli saya dan cakap macam-macam di belakang saya.
Kemuncak semua perkara ini adalah perangai kakak ipar & suaminya. Mereka ada sebuah motor sahaja untuk urusan transport, itupun sebenarnya ihsan arwah ayah mertua. Digunakan suami kakak ipar untuk pergi kerja. Saya dan suami mempunyai 3 kereta, 1 milik suami dan 2 milik saya. Saya beli viva second hand ketika masih menuntut di UIA ketika itu menggunakan duit hasil kerja part time dan sebahagian duit biasiswa untuk memudahkan saya belajar ketika itu. Tahun kedua kerja, saya beli kereta baru yang lebih selesa. Saya bercadang memberikan kereta viva tu kepada adik perempuan saya (18 tahun) selepas dia siapkan lesen dan masuk universiti. Kakak ipar dan abang memang selalu pinjam kereta viva tu untuk mereka anak beranak dan saya tidak kisah pun, cuma lama-lama mereka buat seolah-olah harta sendiri pula. road tax, minyak masih harap saya yang bayar. Kakak ipar suruh ibu mertua cakap dengan saya supaya berikan kereta tersebut pada dia dan suami. Ibu mertua juga suruh begitu, namun saya cakap baik-baik tidak boleh sebab dah janji dengan adik. Ibu mertua dan kakak ipar cakap saya tidak mahu menolong sesama ipar. Bagi saya, kalau nak, usaha lah, jangan nak semua benda free, lainla mereka cakap mereka nak beli daripada saya. Bukanlah saya kedekut, tapi hasil penat saya ikat perut zaman universiti untuk beli kereta tu supaya memudahkan saya bergerak, saya taknak adik saya rasa susah macam saya, sebab tu saya janji nak beri pada dia. Kemuncaknya, saya dah beritahu mereka saya akan balik ke rumah saya dah akan bawa kereta viva tersebut untuk beri pada adik saya. Mereka cuma diam jadi saya rasa tiada masalah. Saya nak balik pada hari jumaat, pada hari rabu itu, bila saya balik kerja, saya tengok kereta viva saya tiada, saya assumed kakak ipar dan abang pinjam la kot untuk pergi mana-mana. Saya tak kisah. Esok pagi nak pergi kerja, kereta masih tiada, saya dah tak sedap hati, balik kerja tu, saya tengok masih tiada. Saya tanya ibu mertua saya, mana kakak ipar dan abang? Pinjam kereta ke? Ibu mertua dengan selamba cakap "oh diorang dah balik kampung abang ko kat kelantan, tak tahu balik bila. ko pun bagi-bagi je la kereta tu kat diorang, kesian diorang takde kereta, jangan berkira sangat, ko banyak duit tak berkat hidup ko kedekut."
Darah saya menyirap, dan masa itulah saya terlalu marah. Rasa dipergunakan jadi saya marah ibu mertua saya dan kami berperang besar. Saya cakap ibu mertua saya ambil kesempatan, rumah ni pakai duit saya, dengan nak membela anak-beranak kakak ipar dan abang macam biawak hidup, dan saya terus ditampar ibu mertua. Saya dah tak tahan, saya kemas barang saya, saya cabut semua wifi rumah dan panel astro. Bukan saya berkira, namun saya dah tak tahan sangat. Masa pergi bercuti di Korea baru ini pun, ibu mertua perli ibu saya cakap ibu saya kolot, buat malu je bawak pergi luar negara, selekeh dan macam-macam, namun saya sabar. Kali ini mereka melampau sangat buat lari kereta yang saya nak bagi pada adik saya. Saya callkakak ipar banyak kali namun tak berjawab, message berpuluh-puluh kali tak reply, whatsapp dia bagi saya bluetick. Last-last saya message kalau esok diorang tak balik bawak kereta saya, saya akan report polis mereka curi. Terus kakak ipar saya call and marah-marah cakap diorang pinjam je and macam-macam. Tapi saya dah sakit hati dah dengan keluarga suami saya. Masa ini, suami saya takde, dia pergi ikut lawatan sekolah 3 hari jadi guru iringan. Sebab itu mertua and kakanya berani sangat, sebab suami saya takde. Esoknya, kakak ipar, abang dan anak-anak diorang balik and kakak ipar serang saya, tampar saya tarik-tarik saya dengan suami nya tengok je dan cakap "bagus, bagi je penampar, sepak je betina macam ni". Mertua pun takde langsung nak meleraikan. Mujurlah masa itu, sempat-sempat suami saya balik dan bila dia tengok keadaan macam tu, dia dah naik gila and tarik kakak dia and bertumbuk dengan abang iparnya. Mertua pegang suami and cakap saya punca semua benda and macam-macam fitnah keluar seolah-olah saya lah paling jahat, berkira dan semua benda.
Suami tarik saya masuk bilik and masa itu suami cakap dia ikut saya pindah. Saya masa itu dah tawar hati dengan semua perkara dan selepas dua minggu saya fikir masak-masak di apartment baru saya, saya called suami and minta dia lepaskan saya cara baik, sebab saya dah tidak mahu ada kena mengena dengan mertua, kakak ipar dan abang ipar saya lagi. Dah tak sanggup. Suami pujuk namun akhirnya dia juga terpaksa lepaskan. Kami bercerai secara baik, tanpa anak. Ex suami lepas kejadian itu pindah keluar dari rumah ibunya dan menyewa di tempat dekat dengan sekolah tempat dia kerja. Saya pun dah ada apartment (sewa beli) sendiri dan sedang cuba bina hidup baru. Tolong doakan saya semua, semoga saya kuat.
Pesanan saya, sebelum berkahwin selidikla juga keadaan keluarga bakal pasangan kita, berkenalan la juga dengan adik-beradik mereka, tahu latar belakang mereka sedikit. Salam Ramadhan semua, maaf post ini terlalu panjang, ini pertama kali saya meluahkan. Harap dimaafkan.
– Mrs. A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Menyirap nya bacaaa, rasa nak tumbuk kakak ipar, mak mertua and abang ipar awak tu fuhhh
Kam. Entah siapa lah berkira sebenarnya.
Kannn ?
Kan
kann jgk . ??
Yer..samer akk..
kann. hmm
kan minaaa. melampau teruks
Sangatttt, kesian sister tu phewww
Kannn ???
Same la,sy pun menyirap je baca rase cam nk tampor je kakak n abg iparnyer tu..nasib skrg dah jd ex..padan muka nk menumpang senang dgn sape lg pasni..xsedar dek untung.
Jangan katakan tumbuk, rasa nak patah2 kan je tangan kaki diorang
Rasa nak kuarkan bahasa yang keras, tapi bulan puasa. Haihh. Kust sungguh akak. Moga terus bahagia dgn cara sendiri kak. Akak masih punya mak dan adik yg menyayangi. :)
Arraihah Hahiaruz just nak share.. sentiasa berhusnuzon ye..
Nak kann jugak. Hehe
Betui3…kasi sepak terajang sume tu
Betui3…kasi sepak terajang sume tu
jom kita g tumbuk ramai2..bg alamat
Geram pula baca ?
Rasa nk berkenalan jer dgn keluarga parasit ni…nak tahu ape citer dorang skg…huhu
Ya Allah melampau sgt dorg tu
sedihnya kak.. moga akak kuat.. aamiin. sian suami akak. mangsa keadaan juga
Meyirap ja darah aku baca, .. Kata kat mak mrs. A kolot bagai, padahal hang dgn anak n menantu hang yg kolot, biawak hidup betol satu keluarga.!
Hg bca jugak ka mad. Haha. Sama la mnyirap jaa
Feveret aku kot page ni, HAHAHA.. Nampak x aku antara org2 yg terawal komen ok, haha
Ya Allah..akak..kuatnya akak. Sebab tu org cakap kalau dah kahwin sebaiknya jgn tinggal ngan mentua. Huhuhu. Saya doakan akak kuat. Don’t worry hidup akak pasni mesti lebih baik. Tpi syg kan..sebab family, akak dan suami berpisah.
Ingatkan dlm drama je mcm ni. Mmg ade eh realiti skang mashaAllah
Smoga sis kuat.. Naik lemak sgt tu. Geram pulak kita
Semoga Allah pertemukan jodoh yg baik utk saudari kelak.
Betul.. Mak aku pun pesan, nk kawin tu selidik sapa adik beradik laki tu.
Kalau bole jgn ramai adik beradik perempuan. Kalau tak ada adik beradik perempuan lg bagus.
Lucky, aku jodoh dgn lelaki yg lansung tak ada adik beradik perempuan. Berdasar pengalam mak aku, sama kes mcm kau tp jodoh mereka masih panjang sampai ke hari ini.
Orang yg rasa je tahu mcmana seriknya bergaduh dgn ipar duai ni.
Rasanya depands. Cari yg family dan adik beradiknya yang beragama. Jaga akhlak. Yg xsemestinya ulama tapi tahu adab, pegangan agama yg kuat. Tahu batas hak kita sesama keluarga. Ipar duai. Jaga semua bab tapi open minded. Berlapang dada.
Kalau ikutkan baik cari yg tunggal. Hihi… tapi xtaulah nak kata. Jodoh pertemuan ketentuanNya
Adik beradik saya pun ada je perempuan tp elok je. Rapat lagi ngn abang ipar ktorang.
Setuju
Allah Maha Mengetahui..tu yg blm dikurniai ank..klu ada ank tah hape plk problmnya
Nmpk isu utamanya kat sni..better jgn stay togeder2 dgn mertua. Tu je.
Nk kenal nk rapat nk bina hbngn an Mertua tu org kata biaq jarang2 ja jmpa. Org kata biaq duk jauh bau bunga2 cintaa drpada duk dekat bau taikk busukknyaaa.
Kalau dalam sebuah sarang semut pon ada sekoq ja ratu mcm tu la jgk dlm institusi umah tgga ptut ada satu ja ratu. Kalau p buh dua2 ratu dlm stu umah dia jd celaru.
adik bradik laki pun sama
arwah mak dgn ayah saya cerai waktu sekolah lagi itu pun sbb pakcik iaitu abg kpada mak saya
bila mak meninggal habis harta semua dorang ambil dgn menipu
nasib sempat slamatkan rumah..
skrg bila jumpa mmg xbertegur
biarlah dia kata xde adab
dia ingat ambil harta beradab ke
adik bradik laki pun sama
arwah mak dgn ayah saya cerai waktu sekolah lagi itu pun sbb pakcik iaitu abg kpada mak saya
bila mak meninggal habis harta semua dorang ambil dgn menipu
nasib sempat slamatkan rumah..
skrg bila jumpa mmg xbertegur
biarlah dia kata xde adab
dia ingat ambil harta beradab ke
Satu hal plak nk cri lelaki yg adik die semue lelaki.. Dh la nk crik yg baik sush… Huhuhu…
Cik Siti bc ni
x jugak weyh…ade adik badik laki yg jenis mls keje mkn minum tanggung dok umh mak ayah…bila kite duduk sekali dah dok menanggung dia…sakit ati weyh
Aku yang baca pun menyirap dengar
Sis…suami sis tak salah malah masih berpihak pd sis waktu bgaduh teruk tu mungkin hubungn kalian boleh diperbaiki..mgkin betul kata org bila duk dekat2 bau , duk jauh bau ..sis fikir masak2 ye, klau boleh rujuk, rujukla..duk jauh dr diorg yg suka ambik kesempatan tu..baru diorg tahu bukan mudah nk cari sesuap rezeki, kudrat ada pun malas.. Kalau tak sedar jgk xtahulah…sabar ye sis..
Tu lah kesian jugak kat suami dia tapi hati dah tawar kalau get back together pun belum tentu jadi macam dulu
Kesian kan..2-2 mangsa keadaan. Tp…sedihla sampai tpaksa bcerai.maybe sbb trauma dh smpai kena tumbuk bagai.huhu…hrp boleh pulihkan lagi ?? lambat atau cepat…arghhhh serius sedih
Klau dah tawar hati tu wlpun masih syg kt bekas suami tp masih ada kaitan dgn kluarga mertua if get back. Betul dh tu keputusan dia utk berpisah sbb xnak ada kaitan lgsg dgn bekas mertua. Huhu
Tiga tahun, mungkin Mrs A kecewa dengan suaminya sama kerana tidak mengambil tindakan sepatutnya dalam tempoh tu. (Pandai lak wat analisis cite org huhu). Saya berharap Mrs A diberkati dengan ketenangan dan kebahagiaan. Semoga dipermudahkan jalan kehidupan Mrs A
Bkn nk mnghasut,tp klu berbaik smula pun ttap akn ade kaitan dgn kluarga mertua..klu x sbyk msa tggal bersama pun,mslh akn ttap ade..problem sgt bila ade kluarga mrtua yg brmslh..mcm2 bleh brlaku..no worries sis,truskan khidupan..jaga hati sndiri dlu..lgpun xde anak lg,inshaAllah lbih mudah utk move on..sy doakan kebahagiaan utk sis..
Eh nk tmbah point lg..bygkan dh rujuk,tp kluarga tu ttap mnimbulkan mslh n then plak mgkin dh ade anak..x ke lg truk situasi tu nnt..no la sis..u need to find someone yg sekufu..bile sekufu ni mksudnya cara khidupan dia dn kluarganya tu x jauh beza dgn cara kta.. Huhu..sy bca sparuh cter sis pun dh mnyirap darah..sbr ye sis!
Tiada anak takper…maaf hubungan dgn.mertua sangat penting…kalau dah macamni baiklah berpisah….
It’s okay sis. Just move on. Sometimes letting go means you are stronger. Biarlah dorang tido dlm kete viva tu.
sy harap mak mtua dia diberi kesedaran n mohon maaf kat sis ni..
Lps diorg cerai, belum tentu hubungn makcik tu dgn anak sdiri boleh pulih, ambik masa…still kesian kat ex suami dia…tentu stresssss..?
Sis, bertabahlah!!!tenangkan diri pegi holiday ye sis..?
ya allah beratnya dugaan. semoga sis diberi kesembuhan hati jiwa dan raga. dan dapat teruskan hidup dgn lebih tenang. semoga yang bersalah cepat sedar diri.. suka hati je nak hidup senang tanpa usaha
Yaa..suami dia tak salah..cuma bangang jaa..tu jaa salah si suami dia..patutnya awal2 dia sbgai suami dah handle n control benda ni..ni last minit acah2 bertumbuk
sape baca cite ni menggigil sebb tahan geram!
X suami dia x salah. keputusan diambil adalah utk kebaikan bersama. Sis ini mungkin tidak mahu bekas suaminya menjadi anak derhaka. Semoga kedua2nya tabah dan dpt meneruskan kehidupan masing2.
Kalau perangai lanun mcmtu mmg tkde jalan la sy rase. Semua dia nk cekau
Saya setuju. Suami sis tak salah pun..mgkn selama tu dia terpaksa bersabar sbb dia pun tersepit antara keluarga dan isteri. Sy rasa kejadian tu dh cukup membuka mata dia. Dia x sebelahkan keluarga dia pun. Sepatutnya sis cubalah bagi dia peluang dan cuba bina hidup baru bersama tanpa campur tgn keluarga dia. Lambat laun diorg akan menyesal jugak bila dah rasa susahnya nanti. Tp tak patut suami sis yg jadi mangsa atas perbuatan keluarga dia. Mgkn dia pun tak tahan dgn keluarga dia tp xkanlah dia nak memutuskan silahturrahim. Cubalah rujuk dulu tgk mcm mana hidup dlm dunia kalian sendiri…
Ann Wan
Klo dh berani sgt”pukul , kasar”..maki hamun bagai”..dah xpayah!! Skrg masa kita ada duit pun,,sanggup diaorg buat,,lg nanti..satu hr nanti,,kata laa..kt x berduit,,x sehat ,,lg kita d campak,,mcm kain buruk, sudah”..family sendiri pun,,xkan buat kita mcni,,kn?..sudah laa…pisah cara baik”..lg baguss…melampau sesangat…jaga diri sendiri,,sebaik mungkin..terus kn hidup,,jadi diri sendiri…insya allah,,..allah permudah kn…amiiin…
sethu sy si ank x dkira derhaka andai kata dia tdk ikut pkra yg ibunya sruh yg bcanggah dlm Islam..
Memang patut cerai je. Bayangkan la mak dia kena hina, lepastu mrs A siap kena tarik rambut, kena tampar, kena tumbuk. Padahal diorg amik harta benda dia kot? kete hasil titik peluh dia kot???? Tapi dia pulak yg kena dera mcmtu. Sudahla segala jenis bil dia yg bayar. Sampaikan makan minum anak kakak iparpun kena tanggung!! Tapi diorang balas dengan hinaan mcm ni!!! Melampau sgt ni. Mmg suami dia ok tp kalau sekadar suami ok, tapi kita yg merana setiap hari what for kan? Buang masa aje. You really deserve a guy yg sekufu dengan you. You mmg tak layak dilayan begitu sbb you mmg org yg baik. Bagus sebab cerai. Sangat sangat setuju
teruk Sgt. ..hidup nk hak org. .mmg teruk
Berat mata mmndang,brat lg bhu yg memikul..xdak bergerak stu zarah pun tnpa izin nya.Stiap yg berlaku pasti ada hikmah nya,minta dn mengadu lh pd DIA YG SATU serta berkasih syang lh dgn nya.in sha ALLAH..pasti akan diganti dgn yg lbih baik ke atas itu,semoga tabah kn kuat..positifkn hati,lepaskan..da xde rezeki disitu..
Berat mata mmndang,brat lg bhu yg memikul..xdak bergerak stu zarah pun tnpa izin nya.Stiap yg berlaku pasti ada hikmah nya,minta dn mengadu lh pd DIA YG SATU serta berkasih syang lh dgn nya.in sha ALLAH..pasti akan diganti dgn yg lbih baik ke atas itu,semoga tabah kn kuat..positifkn hati,lepaskan..da xde rezeki disitu..
And suami dia memang tak ambil tindakan sepatutnya. 3 tahun tu panjang sepatutnya suami dia do something!! Bukannya buat tak endah biar isteri tanggung derita!!! Suami sepatutnya peka keadaan sekeliling.
And suami dia memang tak ambil tindakan sepatutnya. 3 tahun tu panjang sepatutnya suami dia do something!! Bukannya buat tak endah biar isteri tanggung derita!!! Suami sepatutnya peka keadaan sekeliling.
Xpayah la..bukan kawen ngn suami je..nnt nk kena hadap kuarga die sampai bila2…mula2 ni bleh la xbalik…tp smpai bila..nnt2 kena balik juga…kena hadap juga….yg berlalu biarkan berlalu
Xpayah la..bukan kawen ngn suami je..nnt nk kena hadap kuarga die sampai bila2…mula2 ni bleh la xbalik…tp smpai bila..nnt2 kena balik juga…kena hadap juga….yg berlalu biarkan berlalu
Muhammad Safwan Ibrahim scary nyaaaaa
Muhammad Safwan Ibrahim scary nyaaaaa
Kwin nie bkn suami isteri je kwin..tp dua buah fmly..klu dh sampai tahap mcm tu..lbih baik berpisah, sbb klu pun dia rujuk..x kn sampai mampos x tgok2 mertua dia..mesti akan balek tgok mertua..n mesti akan ad bab sakit hati lg..
Kwin nie bkn suami isteri je kwin..tp dua buah fmly..klu dh sampai tahap mcm tu..lbih baik berpisah, sbb klu pun dia rujuk..x kn sampai mampos x tgok2 mertua dia..mesti akan balek tgok mertua..n mesti akan ad bab sakit hati lg..
aku kalo jd sis yg luah perasaan ni..aku g tampar je semua org yg jahat tu..xpun bakar rumah tu..haha..kejam sikit
aku kalo jd sis yg luah perasaan ni..aku g tampar je semua org yg jahat tu..xpun bakar rumah tu..haha..kejam sikit
aku kalo jd sis yg luah perasaan ni..aku g tampar je semua org yg jahat tu..xpun bakar rumah tu..haha..kejam sikit
Sy pun sokong..kalau ade jodoh adelah nnt..biar dorg yg zalim tu berubah sendiri..sbb nnt takut lama2 suami dia pun termakan hasutan..lg teruk nnt
Sedih bc kisah sis..bw bsbar,insyaAllah ada hikmhnya nnti..ada lg ibumertua bgitu ye
Hidup didunia hnya skali sorang bila2 msa akn dijemputnya jd crlah jalan utk mmbahgiakan hati masing2 tanpa melupakan yg maha esa jdkanlah ia sbg pngajaran dan pngalaman hidup sblm nafas terhenti.
Skit hti bca..melampau..xmalu amik hak org..
Nurfatin Norzamri
Hmmm..menakutkan…
Stay strong sis ☺
Yakin dengan penghitungan Allah yang Maha Teliti. Moga sentiasa kuat dengan nusrah-Nya.
Sampai akhirnya bercerai…Allahu Allah…semoga tabah ye puan…tiadalah yg lebih mengetahui melainkan Dia Yang Maha Mengetahui…berat sgguh ujian tu….sdih dan marah pun ada :'(
Safinah Said baca ni.huhu
Sedih gila… ?
Mu ni jenis kurang g dengo sejid sura. Gini la. Hok mana no 1 pun mu dok reti base.
Bkn mslh no 1..mslhnya dah melampau sgt..bkn dia halang suami dia bg duit kt mil pun..1 more thing, duit dia adalah duit dia. Mohon g dengo sejid sura lg pasni.
Apa maksud komen ni. Pompuan tak wajib g masjid dll. Tanggungjawab suami didik isteri. Dah hidup dah tak serasi bagus bercerai.
Tuan/puan yang dihormati…hormatilah dan tegurlah dgn perkataan yg baik
Semoga tuan/puan di atas fpt muhasabah diri
Komen apa ni?
Ayuni Jalilah
Duit dia. Kene tny laki dia. Apa2 laki nombor 1.
Jgn jadi bebal mcm lembu gitu.
Benda boleh bincang.
Hidup berlandaskan agama.
Apa2. Bincang. Kaitkan dgn agama.
Kalau dia tak puas hati dgn mertua.
Bincang dgn laki.
Mu nok pikir ikut pale mu berat la.
Bulan Bintang
mu ngaji duane?
Org puan mmg x wajib masjid surau.
Tapi kena dengar jgk ceramah agama
Zaman canggih.
Xkan xblh buka youtube tgk ustaz2 bg ceramah free.
Mu ckp psl tanggungjawab suami didik isteri.
Doh apa guna ada isteri yg saling tak melengkapi?? Apa guna?
Laki salah. Isteri kena tegur.
Isteri salah. Suami tegur.
Jgn main ikut pale otok mu je.
sorry bro..duit dia ,hak dia…harta dia , hak dia…bro kalau nikoh doh pah2 ni jange la buat bini gini…mak meme no 1 tapi, kalu buat nayo ko isteri boleh ko masuk syurga? bro g sejid xke tu jah bro belajar?…sekian
Betollll sis ?
Nur Kahfi
aku marah sbb cerai.
Bukan sebab dia bagi duit kat mok pok laki dia.
Bagi duit suka hati gitu mmg saloh doh.
Duit hok bini skali pun
X bermakna dia blh g judi walaupun pitih dio sndiri.
Klo gitu bini kijo wi pitih blko la ko jiran2 anok beranok.
fuhh kalau mcm ni lah bro.. mati akak tu kene sedut duit bagai ngan family mertua..
Aqees Balqees
boleh ckp kan.
Nak jd bebal bg org sedut duit tu kenapa?
Aku rasa brother ni jenis mintak duit dgn bini ni.
Err…duit isteri tu, biarlah dia nk buat mcm mne pn..kalau tlg suami, kira ehsan…
Neuro Shewazni
ye mmg blh guna duit sendiri.
Tapi klau bnde yg kita beli tu membuatkan suami marah.
Elok ke mcm tu?
Utk keharmonian rumahtangga.
Tanya la pendapat suami even duit sendiri.
Bulan Bintang xde point jgn komen.
Ni bkn masalah isteri beli barang x tanye suami ke pe.. tapi isu keluarga sebelah suami yg melampau ‘mempergunakan’ si isteri.. dorang dh bincang byk kali, spa si isteri tahap max dh sabar.. huhu
Poyolah mung.koya pandai
SaMihah Zura
so amik keputusan sendiri? Cerai? Benda tak kritikal pun. Bukan tahap pukul.
Dh kalau rasa duit tu kita punya. Jgn la bagi
Bulan Bintang
koya panda mu.
Mu try jadi laki org tgk.
Klo kawin haa mu try tuko tanggungjawab mu.
Tgk staro mano kehebatan mu urus rumahtangga mu.
Ckp mcm bahagia bena.
Nak tgk Guane balah mu urus rumahtangga.
Brse ge sedak sgt ckp.
Jenis suka dgr ceramah maki hamun ni.tulah bahasa cantik sangat.
Yg Xkritikal physical…. Tapi rasenya akk nie dh emotional down tahap gaban dh kot.. Bkn keputusan dorg dh bincang sesame sendiri ke? Dan suami setuju. Cma mungkin berat hati.. npk kesian kt suami. Tpi kesian lg kt isteri
Bulan Bintang bia dia meroyan sorg2..jenis tegur org bhs kasar tp diri sdri xleh ditegur..cpt melenting..kah3x..
Kesian puok mu suka ketawakan org. Manusia xkene kasar sampai mati x sedar. Mu tunggu la saat mu kene. Bru tau mana langit dan bumi
Samihah Zura tak nampak sangat effort dan hikmah suami nak lindungi isteri.asyik play safe je. Baguslah cerai cara baik. Mgkin jodoh dah takde.
Ok.mu pn tunggu la saat mu kene. :)
Ye aku tunggu. Semoga mu dok cerai la. Kalau cerai tahniah.
Mungkin die nk jge hati mak die.. nasib baik ade gk usaha tolong backup isteri.. perangai family laki cmtu susah nk ubah. Isteri bijak gk mikir xnak berkait dh ng orang cmtu.. baik move on kpd hidup yg lebih positif. Tula, jodoh dah xde Bulan Bintang
Belajar kawal emosi sdri sebelum ada hati nak kawal pasangan.haha..
Anyway semoga Allah merahmatimu.
Sekian wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt. :)
Salah sjk awal ialah tgl mnumpg dg mentua n ipar, salah ke2 pling bsr ialah myalahkn suami dg kemusnahan hdup hga mta cerai yf tdk sepatutnya sb suami terang2 tdk bsalah..hrp puan ini muhasabah diri.
Jadi secara keseluruhan, apa yang terjadi ni salah Mrs A?
Aku x rasa pun dia salahkan suami dia.
Ape yg sy baca, dia x salahkn ex suami dia. Dia slh kn famili ex. Kalau msh bersama, x kemana jgk. Kalau brpisah, dh xde kne mngena. Err awak baca skali lg
Dia tak salahkn suami dr segi zahir. Tp dr segi batin, dia begitu. Jika tdk, dia tdk akan mta cerai tak bsebab. Sb tu kna buat solat taubat byk2 n muhasabah diri, bkn myesal tanpa sbb.
Ain Amira sakit hatinya baca zz
Suami tak salah, baik laki nya sbb bekap isteri hmn
Yaa somi dia elok je tp tah dia sebesalah kot kang tiap tahun mesti jumpa jugek
Hmm 10 minit aku baca kisah ni ?
Hahahahahha panjang ?
Kesian suami. Kak, semoga tabah. Kita diuji dengan cara berbeza. Diharap terus tabah. Sabar. Semoga berbahagia..
Akak memang kuat la..memang bagus dh tindakan akak keluar dari rumah mertua tu dgn cabut wifi , ugut report polis. Geramm kot. Tapi kesian pulak kat ex suami. Hmmm pape pon moga akan sentiasa kuat dan bahagia.
semoga depa dua ada jodoh kembali kan..mslh trbesar mertua ngn ipar dia..
semoga depa dua ada jodoh kembali kan..mslh trbesar mertua ngn ipar dia..
sygnya sebuah prkhwinan terlerai mcm tu je.. sumai x salah.. yg slh sbnrnya tinggal dgn keluarga mertua.. harap sis rujuk balik..
Betul suami tak salah .
Lepas ni rasakan dorg hidup merempat bila awak xde. Geram pulak aku baca
Rasa nak lempang kakak ipar dia, abang ipar dia ngn mak mertua dia. Geram plak aihh
Semoga kluarga ex suami tu di beri hidayah..
Sakit nye hati dgr cerita sis..geram sgt2..x sedar dek untung..ada lagi org cmtu..smoge tabah yer dis..beruntung sbb xde baby lagi..
Aini Alisha
Sedihnyaaa….suami dia baik,tp fmly suami dia pulak gitu
kannn….gere plop dga…rsa mcm diri x ssabar kak tu jh.. :)
Tula..dia kira sabar dh tu..klu ore sehari sero xleh nk tahan…abg ipar dia tu..memalukan ore kelate jah..ishhh
panas lak ht aku baca, Suhaila Adam
Gigih plak aku baca .hahaha
Bukan salah suami. Tak nampak pun suami sangat bersalah sampai kena ceraikan akak. Haih. Agree with your story but disagree dengan cerai tu. Tapi maybe sebab dah byk sgt sis pendam kak. Apapun still tak setuju sampai bercerai sbb rasa tk rasional utk suami.
Saya rasa rasional je dia bercerai. Sbb kalau dorg still lg suami isteri, tetap akan ada kaitan dgn keluarga mertua tu. Xkan xnk balik langsung smpai bila2. Lebih baik die xde kaitan langsung dgn mertua die. Sbb based on citer ni, da teruk sgt dia kena.
Suami dia mmg tak bersalah.. tp sbb dia taknak relate lg dgn bekas mertua dia..nnti mesti sentiasa bermasam muka klo berjmpe blk kmpung ke.. xsedap la cmtu..huhu
Shaakirah Amer Azhar Lagipun xde anak lagi kan…run while you still can
mgkin dia xnak pentingkan diri sndri .yelaaaa. syurga ex suami dia. kt ibu dia ..
Yelaaaaa tp cm kesian kt suami dia ? kejam sih mertua dan ipar dia tu. Harap jodoh sis ngn ex suami dia masih panjang ? and mertua and ipar dia berubah.
Dio jenis bodo. Xsey g denga ustaz kabo beri. Gitu la. Cerai. Dio igt. Allah suko sgt cerai2 ni.
Amboi cik/en stran ger..suke membodokn org..btl Allah xsuka bercerai..tp agak2 Allah suke ker kat org yg menyebabkn ank lelaki derhakai ibu sndri?? Dia da xthn dgn sikap mertua n kakak ipar dia..cara mane lagi nk mmtuskn hbungan dgn mertua n kakak ipar slain dr brcerai?? Dduk asing pon still kne hadap..so sy stuju dia bercerai..mngkin ad hikmah utk semua tue..doakn yg baik..jgn nk bodokn org suka2 aty lak yer..salam ramadhan ?
Kalo dia bodo awak pandai Stran Ger. Cuba bagi pendapat membina dekat dia. Kesian dia.
Kita baca pon dah rase menyirap apa lagi tuan punya badankan..tapelaa.. Bagi aku baik tinggalkan benda yg boleh buat kita tambah dosakan.. Hidup ni abdikan diri pada Allah bukan abdikan diri pada sesama manusia
en stran ger nie gi denga ustaz kabo psl nie jah kali.. hok pasal kecek molek ko gapo dio xgi dengar bo kali
Xpe la lau jodoh panjg bile mil tu mati sok2 rujuk la balik.
Nurha Muhammad , hihihi…
Bg saya pun elok bercerai..sb penceraian tu bkn haram..slg masih bersama, slg tu kena bersemuka dgn makhluk2 Allah tu..at least suami masih blh berbaik dgn ibunya . mmg apa2 pun hubgn suami isteri blh putus…sabar ye Mrs A…klu dah tertulis dia jodoh awak one fine day Allah will put you together again.. Tp klu mmg sampai di situ, redakanlah…n thank them for those experiences that for sure made you a little bit wiser…chill!
Farah Mardhiah mu nok trime. Mu trime. Mu xsey sudoh lah. Dok kaca periuk nasi aku pun.
Faris Ridhwan kalau ada depan mata aku ckp doh. Mu jgn wat sendik gitu awang. Ckp sini xdok guna pun.
Betul2..klu bbaik semula pun..dia cuba cara lain lk nk bg bgaduh..org mcm2 mmg xkn brubah..elok lps ni..makan pasir je kluarga mertua…tahniah krn bpisah..yg mlaluinya shj yg phm..ex suami tu bijak..mtunjukkan dia syg puan sbb xnk puan terus tsiksa..
Betul2..klu bbaik semula pun..dia cuba cara lain lk nk bg bgaduh..org mcm2 mmg xkn brubah..elok lps ni..makan pasir je kluarga mertua…tahniah krn bpisah..yg mlaluinya shj yg phm..ex suami tu bijak..mtunjukkan dia syg puan sbb xnk puan terus tsiksa..
Kurang dosa sikit bila bcerai..klu masih bsama..dosa dgn suami pun ye..dgn kluarga pun ye..baik hidup sorg..dosa sndr..xpyh mleret..kkdg kite senyum..tp dlm ht..yg mllui je phm..klu bunuh org tu xsalah..rs dh lme sembelih bg anjing mkn..
Kurang dosa sikit bila bcerai..klu masih bsama..dosa dgn suami pun ye..dgn kluarga pun ye..baik hidup sorg..dosa sndr..xpyh mleret..kkdg kite senyum..tp dlm ht..yg mllui je phm..klu bunuh org tu xsalah..rs dh lme sembelih bg anjing mkn..
Ni sume korg xd kt tmpt dia korg leh lah kata xstuju cerai. Korg tgk from point of view korg. Kalau dah diri sendiri yang tanggung, lain gamaknye. Xyahlah criticize decision org yg dah lama disakiti hatinya yang kalau diteruskan, buruknye lebih pada baiknya. Be wise in commenting about people’s life.
bro Stran tu g sejid katanyo dgr ceramah…tapi, bakpo jadi lagutu bro? decision y sis buat dgn pertimbgkan baik dan buruk …..sy pn sokong die cerai…semestinya ada hikmah disebaliknya..amin
Ni bukan isteri dah. Ni hamba.
Mybe da xtahan sgt. Tu yg mintak cerai. Lgpon kite xtahu mcm mne hati die.cuba byngkan kite di tmpt die. Tp kene igt nafkah zahir&batin drpd suami(abang ipar). Dan kene igt tanggungjwb suami ape. Mangsa tu manusia bkn robot. Kalo Allah bg kite pancaindera yg sempurna kesihatan yg baik ,bekerja la cari rezeki.
Mohd Helmy Mat Zain sbg panduan kita brsma
what I can say is Allah sentiasa bersama org yg sabar akak :)
Moral of the story. Fikirlah 15x sblm buat keputusan tinggal serumah bersama mertua dan keluarga mertua
Nurhidayahsyafiqah Amran Siti Zubaidah Ahmad ape ni…-_-
Heeee mcm drama kak!takott!minta dijauhkan dri kitaa
minta jauh.ape punye prangai. tak sedar di untung
Xpelah sis…bersabarlah….bg sy ade hikmah penceraian ni…geram pulak aku baca pasal ipar2 mcmni…
Wan Nur Suhada ..
Darah aku pun menyirap jugak bila baca.
Mastura Marzan
Tindakan yg tepat…walaupun ex husband tu tak salah dan still dipihak c isteri..tapi dia tetap kena utamakan c ibu dalam apa juga hal…..susah sket nak sembuh dari sifat tamak haloba ni…
Tol tu..lau ape pon yg brlaku..suami kne perlu utamakan si ibu..perceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua
Setuju
Nasib belum.ade anak…
Memang kena utamakan ibu melainkan perkara ikut perkara mungkar .
Ibu pon ada hadnya. Sesuka dia nak ambik hak orang…jangan ingat status sebagai ibu/bapa/suami means boleh tindas org lain…
mak laki pun xcerdik..mentang2 kuasa veto dia besar gedabak..aishhh..
mak laki pun xcerdik..mentang2 kuasa veto dia besar gedabak..aishhh..
Tak payah nak kahwin la kot kalau asyik2 melebihkan ibu suami je mcm ni. Isteri bukan hamba tau.
klu ak ad tmpt tu…mmg xsbr da ..mmg ak lmpg je…adk ipor ak yg jnde ad ank sorg …laki mnggl pun xhrp an laki ak…klu ikot an mmg laki ak n bpk mertua ak yg kne tggung ank n adk ipar ak…..adk ipar ak pndai brdikari…mk mertua ak plok bkn jnis minta2…ciap dye yg bg….mcm2 nk bg ak n suami idup slese ….pdhl mk mertua ak xkaye..xsht da pun…kje lagi…
Paling sakit hati dgn bekas abg ipa puan ni. Laki tak guna
Semoga sis tabah menghadapi dugaan ni. Semoga Allah beri balasan pada yg meruntuhkan masjid sis.
Sis, betabah lah..
Fadtin Fatanah macam2 zaman sekarang
Ya Allah..kesiannya.. kadang2 kesabaran kita ada tahapnya kan. Jika org ambil kesempatan sampai mcmtu mmg melampau. Tak dihargai malah dikata berkira lagi. Allahuakbar. Sbbtu prevention utk problem ni seeloknya bincang dgn suami utk tidak tinggal sebumbung dgn family sejak awal lebih2 lagi ada adik beradik lain yg telah berkahwin. Biarlah tinggal di rumah sendiri. Tapi takpalah past is past.
Actually ada juga sesetengahnya juga mempunyai masalah sebegini yg melibatkan adik beradik kandung. Yg tersepit terpaksa menanggung beban yg byk sedangkan dia juga mempunyai hal2 peribadi sendiri yg perlu diselesaikan. Atas desakan adik beradik dan kerap dikata berkira membuatkan dia rasa tertekan. Simpati jika dia terpaksa akur.
Apapun tahniah. Awak bertindak bijak. Teruskan hidup. U are positive person. InshaAllah.. Allah akan bantu. Semoga Allah permudahkan hidup awak dan berjaya dunia akhirat.
One thing, betul tu. Selidiki ltar belakang bakal suami sebelum membuat keputusn utk berkahwin. Kisah2 sebegini membuat kbykan wanita trauma utk memasuki dunia sebenar perkahwinan. Thank you for sharing with us. Saya suka baca sekdar pengetahuan dan iktibar.
Aini..setuju..sbb tu kalo ko kawen nti..sediakan la umah sendiri yg berasingan dulu..sewa ke beli..utk elak benda2 camni la..
Betul.. takut kan.
Nur Anis Rohimi
Moga sentiasa kuat dan tabah sis.
Ibul Dhia
x malu siot, siap nk ambik keta org..
Dah la xmintak…eiii aku pun marah klu jadi kat aku
Baca ni Rosma Risman, Khaulah Binti Thalabah
Aku rase nok gocoh..nk baham org je..Hahha
Set dio ..
Hahahah
Yargh!! ada gop org gini skrg ? takutnya…huhu….ssmoga kita jmo org baik2 saje..huhu……
Tu ate ..sian pulop