Mertua & Adik-beradik Ipar Melampau

Assalamualaikum. Maaf jika saya gunakan medium ini untuk meluah perasaan, sebelum itu, selamat mennyambut bulan Ramadhan semua. Saya bekas penuntut UIA, graduasi pada tahun 2007.

Saya baru bercerai dengan suami dua minggu sebelum bulan Ramadhan. Saya redha jika dah tertulis jodoh kami hanya setakat itu sahaja. Bukan niat saya nak mengaibkan namun diharap apa yang saya ingin tulis dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan orang lain.

Saya berkahwin dengan suami 3 tahun lepas, di mana ketika itu kami berdua sudah mempunyai kerjaya stabil. Suami saya bekerja sebagai guru di sekolah rendah dan saya di sebuah syarikat swasta, pendapatan saya lebih tinggi daripada suami tapi suami tetap beri duit belanja kepada saya. Jujur saya kata, ex suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Bila saya cakap bertanggungjawab, ex suami memang akan melebihkan keluarganya sendiri. Pada mulanya saya sangat bersyukur sebab ex suami tidak lupa tanggungjawab pada ibu dan keluarganya namun semuanya berubah selepas saya kenal sendiri bagaimana perangai mereka.

Sekali lagi, bukan niat mengaibkan. Begini, pada mulanya selepas kami berkahwin, ex suami mengajak saya tinggal di rumah keluarganya atas desakan ibunya. Ex suami merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik, kakaknya sudah berkahwin dan mempunyai dua org anak (juga tinggal di rumah ibu mertua saya), dan dua adik-adiknya seorang di kolej dan seorang masih bersekolah. W/pun keberatan, namun saya ikutkan juga dan berfikiran ada baiknya boleh mengeratkan hubungan dgn ibu mertua saya.

Long story short, bermulalah satu-satu perkara berbangkit. Pertama, sejak kami masuk di situ, ibu mertua, kakak ipar & abang ipar mula lepas tangan dalam soal belanja rumah. Pada mulanya, saya sangat tidak kisah sebab gaji saya dan suami mencukupi untuk menanggung belanja rumah mertua saya spt barang basah, duit dapur, bil elektrik & air. Mereka juga minta dipasangkan wifi dan astro di rumah tersebut (sebelum ini tiada) Kami berpakat memperuntuk RM1000 untuk kesemua tersebut. Kami juga menanggung adik-adik suami yang masih belajar. Namun, lumrah manusia, tidak menghargai malah tamak.

Konflik pertama apabila kakak ipar & suaminya mula mengharap pada saya dan suami soal biaya anak-anak mereka (9 & 12 tahun). Kakak ipar tidak bekerja, suaminya pula sangat malas bekerja, ex suami saya pernah beritahu abang iparnya selalu bertukar-tukar kerja, sama ada dibuang kerana selalu ponteng dan tidur di rumah. Sekarang suami kakak ipar mengambil upah menolong kawannya menjaga gerai pasar malam. Isunya, mungkin bagi mereka kami bergaji tinggi jadi tidak salah meminta tolong, saya pun pada mulanya kesian memikirkan kesusahan mereka namun makin lama makin naik lemak sampaikan suami abang ipar mula minta duit setiap minggu daripada kami termasuk duit rokok, minyak, topup dan pernah minta juga dibelikan telefon baru. Suami mula tidak gemar dan pernah 'sound' abg iparnya namun kakaknya marah dan cakap suami kedekut, ibu mertua juga mula berkata suami berkira dengan adik beradik dan pernah menuduh saya yang menghasut suami. Demi Tuhan, saya tidak pernah melarang suami menolong adik-beradiknya namun saya perasan kakak ipar dan suaminya suka mengambil kesempatan. Sudahlah menumpang di rumah ibu, tidak keluarkan satu sen pun untuk apa-apa sejak kami pindah masuk (sebelum ini pun mengharap pada duit pencen arwah ayah suami). Kemuncaknya apabila seperti mereka mengajar anak-anak mereka meminta duit sekolah pada saya. Saya akan berikan namun semakin lama anak-anak mereka juga berharap pada saya untuk duit sekolah mereka, duit tuisyen, buku, yuran, baju sekolah dan semua. Pernah satu hari, anak mereka yang darjah 6 pulang sekolah dan cakap sekolahnya buat lawatan ke Langkawi dan perlu bayar RM120 untuk menyertai. Dengan selamba mak ayah dia cakap "mintak dengan cikngah (saya), mintak RM500 sekali duit belanja and mak nak pesan barang jugak alang-alang pergi sana" saya yang mendengar di dapur mula rasa menyirap, kerana senang-senang kakak ipar saya cakap macam tu. Anaknya datang dan cakap 'cikngah, nak RM500 esok, ada lawatan." kemudian terus berlalu. Suami saya ada masa tu and cakap pada kakaknya kalau anak dia nak pergi mana-mana, dia dan suami la bertanggungjawab, jangan mengharap kat orang. Kakak ipar tarik muka, bila suaminya balik, dia mengadu dan terus jadi bertekak dan dikatakan kami berkira. Saya taknak suami saya bergaduh jadi saya berikan juga RM500 pada anak buah saya tu.

Sebenarnya banyak lagi, terlalu panjang. Ibu mertua saya juga sangat suka dibelikan macam-macam, saya tak pernah menghalang suami saya berbelanja pada ibunya namun mertua tidak pernah puas. Pernah sekali saya beli beg tangan untuk diri saya dengan duit saya sendiri, bila mertua nampak dia cakap dengan suami saya kenapa belikan kat saya dan tak belikan pada dia juga, suami terangkan yang saya beli dengan duit saya sendiri dan mertua terus marah saya dan cakap saya membazir, lebih baik beri pada dia buat beli barang rumah, sedangkan apa ayng kami beri lebih pada cukup. Paling saya marah, syarikat saya berikan saya bonus dalam bentuk percutian atas prestasi kerja beberapa bulan lepas atas tender yang berjaya. percutian 4 orang ke Korea, jadi saya decided untuk bawa suami, ibu saya dan adik saya. Mertua sangat marah sebab tidak bawa dia (mertua suka tengok kdrama), marah yang melampau sangat sampai cakap saya menantu tak sedar diri, berkira dengan dia, pergi bercuti tak ingat mak dah macam-macam lagi. Ditambah lagi dengan batu api kakak ipar yang turut tidak puas hati pada kami. Tapi masa tu saya dah tawar hati dengan mertua and kakak ipar jadi saya terus je pergi bercuti dua minggu dengan suami, ibu dan adik saya. Tapi apabila balik, saya tetap belikan macam-macam buah tangan untuk mereka. Mereka masih lagi perli saya dan cakap macam-macam di belakang saya.

Kemuncak semua perkara ini adalah perangai kakak ipar & suaminya. Mereka ada sebuah motor sahaja untuk urusan transport, itupun sebenarnya ihsan arwah ayah mertua. Digunakan suami kakak ipar untuk pergi kerja. Saya dan suami mempunyai 3 kereta, 1 milik suami dan 2 milik saya. Saya beli viva second hand ketika masih menuntut di UIA ketika itu menggunakan duit hasil kerja part time dan sebahagian duit biasiswa untuk memudahkan saya belajar ketika itu. Tahun kedua kerja, saya beli kereta baru yang lebih selesa. Saya bercadang memberikan kereta viva tu kepada adik perempuan saya (18 tahun) selepas dia siapkan lesen dan masuk universiti. Kakak ipar dan abang memang selalu pinjam kereta viva tu untuk mereka anak beranak dan saya tidak kisah pun, cuma lama-lama mereka buat seolah-olah harta sendiri pula. road tax, minyak masih harap saya yang bayar. Kakak ipar suruh ibu mertua cakap dengan saya supaya berikan kereta tersebut pada dia dan suami. Ibu mertua juga suruh begitu, namun saya cakap baik-baik tidak boleh sebab dah janji dengan adik. Ibu mertua dan kakak ipar cakap saya tidak mahu menolong sesama ipar. Bagi saya, kalau nak, usaha lah, jangan nak semua benda free, lainla mereka cakap mereka nak beli daripada saya. Bukanlah saya kedekut, tapi hasil penat saya ikat perut zaman universiti untuk beli kereta tu supaya memudahkan saya bergerak, saya taknak adik saya rasa susah macam saya, sebab tu saya janji nak beri pada dia. Kemuncaknya, saya dah beritahu mereka saya akan balik ke rumah saya dah akan bawa kereta viva tersebut untuk beri pada adik saya. Mereka cuma diam jadi saya rasa tiada masalah. Saya nak balik pada hari jumaat, pada hari rabu itu, bila saya balik kerja, saya tengok kereta viva saya tiada, saya assumed kakak ipar dan abang pinjam la kot untuk pergi mana-mana. Saya tak kisah. Esok pagi nak pergi kerja, kereta masih tiada, saya dah tak sedap hati, balik kerja tu, saya tengok masih tiada. Saya tanya ibu mertua saya, mana kakak ipar dan abang? Pinjam kereta ke? Ibu mertua dengan selamba cakap "oh diorang dah balik kampung abang ko kat kelantan, tak tahu balik bila. ko pun bagi-bagi je la kereta tu kat diorang, kesian diorang takde kereta, jangan berkira sangat, ko banyak duit tak berkat hidup ko kedekut."

Darah saya menyirap, dan masa itulah saya terlalu marah. Rasa dipergunakan jadi saya marah ibu mertua saya dan kami berperang besar. Saya cakap ibu mertua saya ambil kesempatan, rumah ni pakai duit saya, dengan nak membela anak-beranak kakak ipar dan abang macam biawak hidup, dan saya terus ditampar ibu mertua. Saya dah tak tahan, saya kemas barang saya, saya cabut semua wifi rumah dan panel astro. Bukan saya berkira, namun saya dah tak tahan sangat. Masa pergi bercuti di Korea baru ini pun, ibu mertua perli ibu saya cakap ibu saya kolot, buat malu je bawak pergi luar negara, selekeh dan macam-macam, namun saya sabar. Kali ini mereka melampau sangat buat lari kereta yang saya nak bagi pada adik saya. Saya callkakak ipar banyak kali namun tak berjawab, message berpuluh-puluh kali tak reply, whatsapp dia bagi saya bluetick. Last-last saya message kalau esok diorang tak balik bawak kereta saya, saya akan report polis mereka curi. Terus kakak ipar saya call and marah-marah cakap diorang pinjam je and macam-macam. Tapi saya dah sakit hati dah dengan keluarga suami saya. Masa ini, suami saya takde, dia pergi ikut lawatan sekolah 3 hari jadi guru iringan. Sebab itu mertua and kakanya berani sangat, sebab suami saya takde. Esoknya, kakak ipar, abang dan anak-anak diorang balik and kakak ipar serang saya, tampar saya tarik-tarik saya dengan suami nya tengok je dan cakap "bagus, bagi je penampar, sepak je betina macam ni". Mertua pun takde langsung nak meleraikan. Mujurlah masa itu, sempat-sempat suami saya balik dan bila dia tengok keadaan macam tu, dia dah naik gila and tarik kakak dia and bertumbuk dengan abang iparnya. Mertua pegang suami and cakap saya punca semua benda and macam-macam fitnah keluar seolah-olah saya lah paling jahat, berkira dan semua benda.

Suami tarik saya masuk bilik and masa itu suami cakap dia ikut saya pindah. Saya masa itu dah tawar hati dengan semua perkara dan selepas dua minggu saya fikir masak-masak di apartment baru saya, saya called suami and minta dia lepaskan saya cara baik, sebab saya dah tidak mahu ada kena mengena dengan mertua, kakak ipar dan abang ipar saya lagi. Dah tak sanggup. Suami pujuk namun akhirnya dia juga terpaksa lepaskan. Kami bercerai secara baik, tanpa anak. Ex suami lepas kejadian itu pindah keluar dari rumah ibunya dan menyewa di tempat dekat dengan sekolah tempat dia kerja. Saya pun dah ada apartment (sewa beli) sendiri dan sedang cuba bina hidup baru. Tolong doakan saya semua, semoga saya kuat.

Pesanan saya, sebelum berkahwin selidikla juga keadaan keluarga bakal pasangan kita, berkenalan la juga dengan adik-beradik mereka, tahu latar belakang mereka sedikit. Salam Ramadhan semua, maaf post ini terlalu panjang, ini pertama kali saya meluahkan. Harap dimaafkan.

– Mrs. A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

828 Comments

  1. Tahniah….puan telah buat tindakan yang amat bijak…x perlu kite nk tnggung biawak hidup….utk x suami…..tanggungjawab dia hnya pd ibu dia sahaja…bkn perlu tgngg ank beranak kakak dia…..
    Manusia zaman sekarang…….pelik sungguh perangai….

  2. Sabar ye sis. masih ada peluang untuk rujuk. in sha Allah, ini semua akan memberi pengajaran kepada ramai orang. Mereka pasti amat terasa ketiadaan sis. suami sis (masih dlm edah, masih kira suami) juga perlu muhasabah. Sebagai suami, memang dia perlu bertegas mempertahankan haknya. bila ayah mertua meninggal, suami sis adalah ketua dalam keluarga mertua sis. ada hikmah penceraian ini. beri ruang untuk semua pihak muhasabah diri. istikharah lah. sebolehnya, rujuklah semula. tetapi, jangan tinggal di rmh mertua lagi.

  3. Suami dah ckup baik aku rasa dah sangat sayangkan kau dan sanggup bela kau. Dia pun mangsa keadaan. Kenapa kau tergamak rela nk cerai ngn dia? Ingat senang ke nak dapat lelaki yg setia yg jujur n bertanggungjwab? Buatnya Allah uji kau dpt suami baru mcm ex abg ipar kau tu mcm mane? Sbb kau sanggup gegarkn tiang arasy mintak cerai ngn suami kau. Astaghfirullah…bawak2 ngucap. Manusia ley brubah patutnya doa2 la kluarga suami kau tuh berubah diberi hidayah n kau ikut suamiku duk jauh dr family dia n start a new life with him. Bknnya bercerai..fikir baik3 smula mngucap banyak2..bab tindakan atas family dia tuh aku stuju sgt tp kat suami kau tu… hmm…

    • Kalau dah berada dalam perkahwinan yang menyedihkan lebih baik keluar daripada perkahwinan tersebut. Lagipun dorang xde anak lagi. Kalau ada anak lagi complicated.

    • walau get back dgn suami, still relate dgn keluarga suami..dok jauh mana, xkan suami dia xnak balik jumpa family dia.. tambahan tgggjwb ketua keluarga terletak kt tgn suami dia, jd suami dia mcm mana pon masih kena peduli ibunya.. mungkin ini keputusan terbaik untuk sis ni.. jgn doakan bukan2, doakan sis nie jumpa jodoh yg sekufu dgnnya.. jgn ditambah ayat yg menyakiti hatinya dia dah terlalu sakit hati sampai tawar hati.. kita xmerasa sedapla berkata.. bukan suami dia je sakit, dia lagi sakit, perempuan kot..

    • Manusia ley berubah..hati Allah yg pegang..xmustahil kan mereka2 tuh ley berubah 1 ari nnti. Perkara ley bincang.. sbb tu org dulu2 perkara2 mcm ni mereka baiki,kalo org skrg mreka buang.
      Tp nak cakap bnyak2 kang xley jgk,dah besar pandai2 lah pk baik buruk.
      Ape2 pun,ksian suami dia.

    • Sedari dah kawin tak? Tau tak syurga suami dekat mana? Berkat tak rumahtgga kalau ibu / ibu mertua tak redha? Jgn pandang remeh pada darjat seorang ibu walau seburuk mana pun dia.. Bila rumahtgga tak berkat, agak2 boleh capai happy ending macam drama tv tak? Jika sedari belum berkahwin, sedari sudi tak terima pinangan dari seorang lelaki yg derhaka kepada ibunya? Sorry banyak tanya.. nak bagi otak sedari berfungsi sikit..

    • Sbb dah kawen n dah merasa idup sndiri lah sy berkata2.. susah nk cakap klo org xpaham ape yg sy smpaikan. Tggjwb n syurga suami mmg dkt ibunya tp semua dlm kuasa Allah. Doa mintak kt Allah. Hati2 manusia ni kn Allah punya. Allah xkan uji hambaNya melainkan sesuai kemampuannya.
      Pk n baca baik2 ape yg sy smpaikn bkn baca skali imbas trus laju tgn taip komen.

    • Tambah sikit, “bersabar” tu tak semudah kata2.. zaman skrg bukan mcm dulu.. hari ni bawak lari kereta, esok2 dimandremnya si lelaki tu sebab pilih ikut isteri.. buatnya time tu dah ada anak mcm mana dgn nasib si anak? zaman ni takda yg mustahil sedari.. btw i’m a wife, a mother, menantu, ada ipar dan biras..

    • Klo xdek dalil sklipun anggap jela mcm perumpamaan betapa cerai ni x disukai n digalakkn.. sbb msih ada sifat simpati lah sy komen kot2 ley nasihatkn dia kembali rujuk..dr sy komen sokong cerai lg teruk kn..

    • mungkin ujian sis xmacam sis confessor sebab tu sis cakap doa biar hati mereka lembut… nak tunggu hati mereka lembut, sampai bila.. kalau mereka xberubah sampai bila2 mcm mana? Allah bg kita akal, utk kita cari macam2 jalan.. Allah bagi kita pilihan, utk kita pilih mana yg terbaik utk kita.. dan ini pilihan sis konfessor nie, ini jalan dia untuk mencari kebahagiaan sendiri.. sis mohon memahami.. sis xmerasa apa yg dia rasa.. cukup lah menumpang sedih.. jangan diberi lagi kata2 yg menyakiti hati..

    • Mmg bsabar x semudah kata2.. tp aaiihh nk type kang mcm panjang sgt. Malas laaa sy terangkn pndapat sy. Tuan pnya post xbaca jgk..Sy x tanya status siapa2 pun dlm ni..sy komen brdasarkn pandangan sy..puan2 cik kak2 yg ade pndangan sndiri sila la buat ruangan komen sndiri yek.

    • Cik kak puan2 skalian yg dah kawen sila jaga rumah tangga anda2 skalian smoga long last. Aamiinn. Doa2 dijauhkn dari cerai berai coz dugaan perempuan lpas bcerai ni lain mcm sket. Sekuat2 perempuan pun tetap lemah jgk. Yg dah rasa jek akan tau n hargai.. keep calm.

    • Semoga Allah merahmati puan Nurul Shahida Syabil dan diberi kesihatan yg baik.. kadang ada pilihan orang lain yg nampak buruk dimata kita tapi baik bagi dia.. perjalanan hidup setiap org tu tak sama..

    • I don’t understand why some people like to force a guilt trip towards woman divorcee,,,she clearly not happy in that marriage why force her to stay and she has HUGE reason not to.

    • Tp alangkah bgusnya kalau suami dia bertegas untuk tggl berasingan dgn mertua sejak dr dlu lagi…kalau semut dlm satu sarang ade satu ratu ja…dalam stu rumah tgga juga tkleh ada dua ratu…nanti haruuu biruu.

    • Type jela nk type apa sbb xguna sy nk terangkn berkali2 knapa sy berpendapat bgitu. Penat dah komen banyak2 kt atas. Up to you ladies. Kurang2kan berfikir menggunakan emosi n perasaan. Pasti dpt tangkap apa yg sy cuba sampaikn. Nite salam ramadhan.

    • Or maybe sy gunakan aku kau kt komen atas tuh then its look like too harsh?? Terlalu kasar? Owh jgn salah anggap puan2 skalian coz komen tu sperti sy sdang bercakap dgn kawan sy. Bkn kasar2 dgn pngadu. Chill.

    • Cakap mmg senang, org mengalaminya yg paham.. Klu x kena kat batang hidung.. Cer kena tgk.. Smpai bila.nk.sbaq? Klu x cerai still kena brhubung ngn.keluarga husband dia.. Dia da wt baik lama da, still.keluarga mertua x terima. Ada org smpai jadi tekanan jiwa bila ari2 kena seksa cmni. Lebih baik brpisah cara baik. Bkn nya dia.hina ex laki.dia pon.. Dalam cni, semua x sokong u lah.. Adoi..

    • Try u ganti tempat dia tgk, nk x? Or u doa la semoga ujian ni trbalik kat u.. Baru leh taw u leh sbar ke x smpai akhir hayat? N jgn lupa senyum je taw bila mak mertua n keluarga dia caci maki u.. U ckp slow2 kat dlm hati, xpe dorg akan brubah. Aku chill je.. Nk kena tampar ari2 pon ok what.. :-)

    • Salam..
      Maaf komen..
      Kita kawen untuk bahagia..
      So kalau tak bahagia lebih baik tinggalkan perkahwinan tu..

      Saya setuju dengan Puan yang buat confession ni..
      Mungkin dah terlalu lama hati terluka..
      Dah bertahun pendam rasa..
      Kalau saya kat tempat dia pun saya akan buat benda yang sama..

      Kita doakan lah dia jumpa jodoh yang baik lepas ni..
      Sedih baca kisah dia..
      Semoga bahagia menanti dia lepas ni..

    • Den setuju dgn Nurul Shahida Syabil.. pempuan bila ckp mmg xpikir pnjng.. bila org bg pndpt cuba fikir positif. Sbb tu la talak pada lelaki bkn pada wanita. Perempuan ada mslh dlm rmhtangga je mtk cerai. Pastu org sekeliling yg baca kisah dia pun terus menyokong tindakan dia. Zaman skrg ni penceraian dah dianggap mcm pekara biasa. Ini la jdnya bila pempuan dah berharta dan punya kerjaya sndri. Sng mtk cerai sbb xrisau xde suami sbb ada pndptan sndri. Cuba diri dia suri rumah mesti dia terima ajakan suami untuk berpindah dan peceraian dpt dielakkan. Ingt bgus ke cerai? Snggup cari blik org yg mendoakan masa korg nikah? Kalau suami dia dayus x jalankn tngjwb sbgi suami bru layak nk mtk cerai. Ini suami dia siap ajak pindah untuk keluar dari kemelut. Kita org islam ada senjata iaitu doa. Doa la yg baik2 untuk rumahtangga. Korg yg dah kawin aku tgk mcm galakkn penceraian. Org2 bujang yg baca kisah gini akan jd mkin risau nk berkahwin silap2 jauh hati dari perkahwinan sdgkan ia pekara yg baik. Jgn baca n komen guna emosi. Tp guna akal. Sekian.

    • Sy baca konfesyen tu smbil dok berhalusinasi sy tgh tampaq pijakk2 sepak2 terajang kak ipar, abg ipr n mak mertua tu. Tu bru bace. Tk jd kt sy lagi.

    • Ko laki Mmg la sokong. Cer ko jd tempat isteri dia.. Ko leh sabar x mohd razali? Nk senyum n sabar ari2 ke? Pmpuan tu mnx cersi slpas dah x thn sbb xnk ada pertalian da. Dia baik sgt, siap tggung mkn mnum tp still mertua benci. Kawen utk bhgia, klu da x suka. Cmna nk kekal lma dlm hbungn mertus menantu? Cer pkir.. Ckp mmg sng.. Laki tu x slh tp mak n kluarga mmg jhat. Trpksa jgk la lps bini dia sbb dah lma trseksa. Nk bg pluang bini dia rasa bhgia jgk dlm alam rumah tangga, ado fhm? Nak bahagia sebenarnya.. Ari2 cmni bole masuk wad gila ko taw, tekanan.. Kesian la dia.

    • Thank god ade jgk phm ape sy cuba smpaikan. Xperlu suruh sy duk tmpt pengadu,coz awak2 skalian kalo idup sndiri bercerai berai pun x tentu hala lg. Sy bcakap bdasarkn pngalaman lah wahai puan. Puan nk doa cmtu dah pk masak2? Or just guna emosi? Tkut berbalik smula..Seelok2nya elakkan perceraian. Itu sahaja tp kalo nk cerai jgk,its depend on you. Its ur life. Takdir Allah buat anda bgitu. Sy x melarang tidak juga memaksa. Sy memberikan pndapat sy shaja. X setuju ngn sy x apa tiada paksaan tiada caci maki kata2 keji dari sy.

    • Sy lg brckp brdasarkan pengalaman la cik puan.. Mcm2 org sy jumpa.. Tmbhn pula kluargs kmi ramai.. Mmg ragam byk.. Kku da memudaratkn, allah x larang utk bercerai demi ketenangan hati. Ari2 kena seksa, allah pon x pksa kita memaksa diri terseksa.. Sbb tu sy kta jgn ckp besar. Tkut2 trbalik kt u je.. Kita x thu situasi bini dia. Suami dia pon lpaskn cara baik sbb apa? Sbb mgkin dia da xnk bini dia trseksa sbb da lma brdoa n.berharap mereka berubah.. :-)

    • Chill kak. Akak tu org berkahwin dugaan alam perkahwinan akak pun x tentu lg camne so jgn emosi2 sgt untuk masalah pngadu yg kita xkenal pun siapa.. Kita berikan pendapat scara santai n tenang bkn guna kata2 emosi. Xsuka x apa abaikn.

    • Klu u btol, knp sorg je sokong u? Yg lain x pon. So phm2 je la ye. Skdar pndapat. Sama lah, klu u x trima pndapat I.. I pon x trima pndpt u.. Trpulanglah, kmi semua ada pndpt msing2.. U rasa u btol. Kmi pon sama. K bye.. Chill

    • Klu u btol, knp sorg je sokong u? Yg lain x pon. So phm2 je la ye. Skdar pndapat. Sama lah, klu u x trima pndapat I.. I pon x trima pndpt u.. Trpulanglah, kmi semua ada pndpt msing2.. U rasa u btol. Kmi pon sama. K bye.. Chill

    • Kaaakkk sy xkate pun soal lama ke baru. Sy kata akak tu org berkahwin dugaan alam prkahwinan xtau lg cmne sbb spnjang msih brkahwin spnjang itu lah diduga.
      Sy tau knapa sy dkecam krna saya bfikir guna logic better suami baik family buruk dari suami buruk family baik. Nak dpt suami baik lg bkn senang tp semua tu kerja Allah.
      Xpela kak sy xkesah org x sokong sy pun sbb emosi x bawa kmana2 ???

    • Kaaakkk sy xkate pun soal lama ke baru. Sy kata akak tu org berkahwin dugaan alam prkahwinan xtau lg cmne sbb spnjang msih brkahwin spnjang itu lah diduga.
      Sy tau knapa sy dkecam krna saya bfikir guna logic better suami baik family buruk dari suami buruk family baik. Nak dpt suami baik lg bkn senang tp semua tu kerja Allah.
      Xpela kak sy xkesah org x sokong sy pun sbb emosi x bawa kmana2 ???

    • Tq :-) chill.. Semoga wanitu tu akan jumpa bakal mertua yg lebih baik.dari ni.. Allah nk duga utk bg pahala. Dan semoga keluarga suami dia sedar n menyesal.slpas khilangan wanita yg hebat tu.. Dpt blsan yg setimpal. Amin

    • Sy sokong akk nurul shahida .. Dulu kisah sy mcm akk confessor tu jgk.. Fmily in law mmg xsuke dgn sy n prnh duk skli.. Sy mmg dh buat baik dgn fmily in law tp nk buat mcm mne ble org dh xsuke xleh ckp ap.. Last2 husband ajk keluar.. Sbb xnk rmhtge rnth sbb hal ni.. Skrg berkat doa sbr alhamdulilah dorg accept sy.. N dorg skrg lg ambik brt dri sy dri fmily sy.. Biarla cerai jln yg terakhir.. Alhamdulilah suami baik.. Pnyyg.. Bila ade yg bercanggah dgn agama suami xikut xderhaka.. Allah je thu.. N sy msih muda.. N sy seorg istri,ibu,menantu,ank,dan pekerja..

    • Biarkan jela org yg komen guna emosi. Org yg celik blh berfikir dgn rasional tnpa dipengaruhi emosi. Jge la rmhtangga masing2. Setel.

    • Situasi sama tp perasaan x sama cik kak n abg2.. Korg bole, dia x bole… Apa bole buat.. Smpai kna tggung 1 kluarga, kna tmpar lg .. Kna kikis.. Stakat x suka bole je nk sbar.. Emosi tetap ada.. Ni pndapat sy.. Nk trima or x.. X ksh.. :-)

    • Tau pun jaga rumahtangga sendiri, dia dah bercerai dah pun, yg gigih sgt nak marah dia kenapa. Lain la dia mintak nasihat nak cerai atau x. Jaga la rumahtangga sendiri, jgn sibuk nak judge org lain.. Adoii..

    • Stakat x suka ramai boleh sabar, tp.klu da kna pukul n kikis bagai. Ramai sgt ke bole terima? Klu ada pon, lma mna ye? Biarla dia.. Nk cari kbhgian sndri yg da lma x dpt. Da lma trsksa ngn kluarga kejam mcm tu

    • Ok Nurul Shahida Syabil fokus kat isu suami dia ja. Kita2 dok geram kat isu kluarga laki dia. Sy setuju dgn cik yg komen tp part keluarga tu payah dh tu. Boleh jd kes mhkamah. Istri boleh failkan saman.. Abah mak sy ponn mst sedih gila, rasa terhina sgt kalau tau anak pompuan yg depa bela tatang dr kecik kena layan mcmtu dgn org. Dh la kita serah anak kita elok2, depa bolehhh p buat mcmtu noo.

      Adakah kawen2 je pempuN ni..kene bersedia untuk dipergunakan? Kene bersedia untuk mnjadi bhgn kutuk kat blkng? Menjadi bhgn utk dibenci2?

      Sia2lah usaha perjuangan rasulullah nk tingkatkan penghormatan kepada wanita, sedangkan wanita muslim sndri yg merendah2 kn wanita, dengan mempergunakan wanita yg sejantina dgn dia. Sdgkn tanggungjwb menantu pmpn bukan untuk membela keluarga si suami.

      Apa2 pn jd pengajaran kat kita…suamiii…kawen esok2 buat la satu rumah utk istri kamu..islam pon kata kn basic need utk suami n istri adalah rumahhh, pakaian n mknan. Sediakan lah umah utk istri kamu hatta sebesar n reban ayam sekalipun.

    • memang suami dia x salah. keputusan diambil adalah utk kebaikan bersama. Sis ini mungkin tidak mahu bekas suaminya menjadi anak derhaka. Semoga kedua2nya tabah dan dpt meneruskan kehidupan masing2. Amin

    • Allahuakbar, tepat sekali cik ismi. Sy setuju. Prempuan bkn alat utk dipergunakan. Sis ni da dipergunakan.. Bkn nya hanya x disukai kluarga mrtua.. Rasulullah pon mengangkat darjat wanita. Bkn utk diguna2.

  4. Fuhh, nasib baik bercerai. Saya faham gila keadaan awak. Kalau saya pun saya mintak cerai jugak. Doesnt matter suami ok ke apa tapi kita bukannya hidup berdua je!! Kita kena mingle dengan family suami jugak. Tengok keluarga dia layan mcmtu mmg patut cerai pun. Kurang ajar sangat sangat. Kedekut tamak naik lemak. Fuh panasnya hatiiiiiii!!!

  5. Aku yang baca pun rasa sakit hati gila. Kalau kena kat aku, dari awl lagi dah sound. Mertua nye pun satu hal, abg, kak ipar dan ank2 satu hal. Grrrrr!!

  6. Ye.begitulah cabaran rumah tangga.kadang2 kita dpt suami/isteri yg baik,tp keluarganye ade masalah.dapat yg kurang baik tp keluarga sgt2 supportive.dlm hal ni pendapat aku peranan suami tu penting.sejak awal lg patutnye dah bawak isteri tnggal asing.nak berbakti pada ibu sendiri tak salah,mmg kewajipan suami tapi ingat isteri pon masih punya mak ayah sendiri.dan paling penting isteri pon ade kemahuan sendiri yg nak dituruti.keputusan bawak isteri tnggal dirumah mak adlh kesilapan pertama.

    Keduanya terlalu berlembut dan baik hati.buat baik berpada2 jahat jgn sekali.sebelum nak tlg tengok dlu yang nk ditolong ni manusia ke,kera ke atau buaya.takut kemudian hari kalau tak ibarat kera dpt bunga,maka tepaksa dukung biawak hidup.

    • Setuju sangat.setiap orang ujian dia beza2 Allah kasi.ada juga yg ada famili smua baik but then anak yg Allah jadikan ujian.tp saya doakan moga Allah bukakan pintu hati kluarga ipar akak.mana tahu berkat ramadhan,Allah izinkan ianya berlaku.sebab syg,suami akak mungkin masih sygkan akak.apa2 pun,will pray the best for u sis.
      Lagi setuju part selidik b4 get married.sebab kita bukan hanya kahwin dgn suami shj,tp dgn kluarga mereka juga.Allahumma yusahhil akak??

    • Setuju sangat.setiap orang ujian dia beza2 Allah kasi.ada juga yg ada famili smua baik but then anak yg Allah jadikan ujian.tp saya doakan moga Allah bukakan pintu hati kluarga ipar akak.mana tahu berkat ramadhan,Allah izinkan ianya berlaku.sebab syg,suami akak mungkin masih sygkan akak.apa2 pun,will pray the best for u sis.
      Lagi setuju part selidik b4 get married.sebab kita bukan hanya kahwin dgn suami shj,tp dgn kluarga mereka juga.Allahumma yusahhil akak??

  7. menyirp je ble bce kisah hakak ipr sis ni.. tp ape tndkan yg sis buat sgt btl.. ptt nye mlm sis kn pkul tu sis g je reprt plis biar hakak n suami die msk lokap bru thu lgit tggi ke rndh.. org bg betis nk peha.. geram btl lh.. tp xpe lh sis. ade hikmah d sblik nye.. sis bna lah khidupn bru.. sis pon ade kerjaya.. jd xssh pd sis nk survive hidup brbndg dgn housewife yg d ceraikn..

  8. Sy rasa cerai ada baiknya even ex suami baik n menyebelahi sis tp ibu dia ttp tanggungjwb dia..bai x tah ade ape2 pertalian dgn keluarga mcm ni..baik la dyit kita kita bantu family kita…

  9. tabah la .. trsa sy yg kekdg mengalaminya .. tpi satu sy nk pesan .. suami anda adalah yg terbaik .. seboleh bolehnya ruju’ la .. sbb wlu mcmna pun dia masi bela awk kan .. sungguh jantung mcm nk jatuh je bca crita ni .. smua perna mngalmi suka duka brumhtgga .. tah la , ipar duai ni mcm2 jnis yg akn kta jumpa .. alih2 pendam sorg2 jgak .. allahu akbar .. smoga ada sinar bru slpas ini

  10. Hidup beripar duai..mmng bnyk mmerlukn ksbran…kna bnyk give n take..jgn involve kn dr dlm bnda yg bwk kpd perblhn..ade hal kita perlu buat dont no..ade hal kita perlu nsht mnsihati..jgn pernh jd org tgh..jgn bnyk mik tahu hal adkbradik dorg..jlnkn tugas sbgai isteri ..n mnantu..sdh cukup…

  11. jilaka punya mak mertua, ipar. lepuk je dme tu. bangang. kak, rujuk la balik dengan suami. sian suami. urusan kluarga suami tu xpyh msuk cmpur, jumpa ble perlu je & xyh lme2.

    tapi tu la, kak yg rase kn… moga korg kuat & moga makcik tua tu sedo diri skit & diberikan hidayah. jangan dh tua nt, tak sedo diri gak. letak tepi bucu, lepuk laju2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *