10 Tahun Yang Berakhir Duka

Untuk pertama kali aku menulis disini adalah tentang cerita aku dengan orang yang ‘pernah’ aku kenal dengan bernama Ifraa (bukan nama sebenar).

Pernah dengar orang yang sudah berkawan lebih tujuh tahun akan kekal bersabahat sampai bila-bila?. Dulu aku percaya tapi sekarang semua itu hanyalah kenangan untuk aku.

Nak dijadikan cerita aku kenal dengan Ifraa yang merupakan kawan baik aku semenjak di tingkatan satu. Daripada sekolah menengah sampailah ke Universiti Awam memang kami ke tempat yang sama kelas yang sama.

Kecuali di Universiti, kami berpisah disebabkan kami mengambil kursus yang berbeza. Mungkin doa-doa cikgu yang mengenali kami yang sering sekali ‘memerli’ kami yang sering bersama. Kalau boleh lepas kahwin pun nak rumah sekali. Tapi itu dulu la….

Lepas tamat tingkatan enam, Ifraa kenal dengan seorang lelaki yang tidak ingin aku sebut namanya dia. Masa mula aku dengar cerita pasal lelaki itu aku pun rasa bahagia bila tengok dia bahagia.

Tak lama lepas kami masuk Universiti macam-macam pulak yang jadi. Asal kami adalah dalam tujuh orang berkawan. Lepas sahaja Ifraa kenal teman lelaki dia yang sekarang tiba-tiba dia putuskan hubungan persahabatan dia dengan salah seorang daripada kami.

Awalnya aku tak fikir panjang dan jujur banyak ‘backup’ Ifraa. Apa yang aku dengar daripada mulut Ifraa. Kawan kami tu banyak burukkan pasal teman lelaki dia.

Tapi lain pulak cerita daripada kawan kami tu. Kata dia teman lelaki Ifraa banyak mengacau hidup dia sebab sibuk nak tahu pasal kisah silam Ifraa dan buatkan dia dah serabut dengan lelaki tu.

Semenjak daripada itu perhubungan kami bertujuh memang menjadi renggang. Tak rapat macam dulu lagi,

Pada mulanya aku tak hairan mana sebab orang cakap umur 20 ni lah fasa kita hilang kawan. Ingatkan itu kata-kata sahaja. Sekarang semua itu dah jadi benda yang betul.

Daripada satu tahun menjadi hampir tiga tahun mereka bercinta. Kami kawan-kawan bahagialah untuk dia. Tapi tak lama…..

Pada tahun 2018, Ifraa mula menjadi lebih terbuka untuk menceritakan kisah hubungan dia dengan lelaki itu kepada aku.

Mula-mula dengan lelaki itu yang tidak suka dengan dia yang buat group assignment dengan lelaki kepada marahkan dia naik grab dengan lelaki.

Pada awalnya aku sudah terdetik rasa tak enak dengan sikap lelaki tersebut. Bagi aku normalah untuk kita beriteraksi dengan lelaki dalam seharian kita. Tapi aku hanyalah orang luar…..

Sampailah suatu hari kami keluar berdua dia tiba-tiba nangis depan aku sebab lelaki itu. Paling aku tak tahan bila dia cakap “Aku tak kisah dia konkong aku asal dia tak tinggalkan aku,,,”.

Tak cukup dengan itu sambil dia menangis dia tanya aku soalan-soalan seperti dia cantik atau tidak.

Sebab lelaki itu cakap dia tak cantik dan sibuk bandingkan dia dengan perempuan lain. Sampai dia kata yang tak ada lelaki lain akan terima kawan aku tu selain dia siap package dengan perkataan-perkataan yang jijik.

Untuk pengetahuan semua antara kami bertujuh Ifraa itulah yang paling cantik diantara kami. Tak cukup sampai situ akhir tahun 2018 Ifraa akhirnya buka satu cerita yang paling aku tak boleh maafkan lelaki tu.

Lelaki tu pukul Ifraa depan orang ramai sebab Ifraa tengok lelaki lain semasa diorang berjalan-jalan. Padahal Ifraa tu rabun yang dia nampak kabur je,

Dua kali pekara ni terjadi. Tapi bodohnya Ifraa dia simpan cerita itu dan maafkan lelaki itu. Kata dia tak sakit sangat pun.

Setiap kali diorang bergaduh Ifraa akan cut semua contact dengan lelaki itu. Beberapa kali jugaklah dia tukar nombor telefon. Tapi lelaki itu lebih bijak.

Kalau Ifraa block nombor dia, dia akan contact dengan nombor kawan-kawan dia. Kalau tak berhasil dia akan datang sendiri dekat rumah Ifraa mintak Ifraa terima dia balik.

Kalau dia datang mintak maaf tak apalah juga. Ini tidak. Dia datang bawak maki hamun. Tapi itulah macam curah air ke daun keladi.

Berbuih mulut aku minta Ifraa tinggalkan lelaki tu, Tetap dia terima balik dan maafkan walaupun dia kata dia dah tak ada perasaan.

Masa tahun 2019 aku dan kawan-kawan decide untuk beritahu cerita dia kenal pukul dekat keluarga dia selepas lelaki tu ugut nak rogol Ifraa.

Sebab keluarga dia terima lelaki itu dengan baik tanpa tahu tentang cerita yang sebenar. Tambahan pula lelaki itu memang sering datang kerumah dan selalu memaksa Ifraa untuk berkahwin dengan dia.

Semenjak haritu memang hidup aku tak tenang. Memang aku dah tanam dalam hati dalam-dalam yang aku bersedia segala kemungkinan yang dia akan buang aku sebagai kawan.

Lagipun kawan-kawan aku yang lain tahu pasal dia kena pukul dan lain-lain bukan aku ataupun Ifraa sendiri yang cerita tapi setelah lelaki tu sendiri serang salah seorang senior kami tanpa sebab munasabah.

Hari demi hari memang nampak perubahan dia. Dari orang yang berisi elok tubuh dah jadi kurus kering. Hidup dah macam tak terurus.

Kalau keluar sama-sama habis tengok dia dengan telefon sahaja bergaduh dengan teman lelaki dia. Tetap dia tak nak lepaskan katanya lelaki itu boleh berubah menjadi lelaki yang dia kenal mula-mula dulu.

Tapi memang dan ‘instinct’ orang kata aku mula rasa dia makin jauh daripada aku. Ifraa yang aku kenal 10 tahun yang dulu dah berubah.

Setiap kali aku jumpa dia selalu aku cakap “kau jangan tinggalkan aku”. Layanan dia pada aku makin dingin. Bergitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Jika ajak bertemu pun susah macam-macam alasan dia beri.

Dah memang tuhan dah kata setiap apa yang berlaku semua bersebab. Doa untuk aku satu universiti dengan dia Allah makbulkan. Asal aku fikir mungkin Allah memang tak nak aku dengan dia berpisah. Rupanya Allah nak uji dengan pekara yang lebih hebat.

Pada tahun akhir di Universiti Ifraa putuskan semua contact dengan aku tanpa sebab. Sedangkan beberapa hari sebelum itu aku baru sahaja bertemu dengan dia.

Tapi memang hari tersebut firasat aku dah mengatakan ada benda yang tidak kena. Setiap kali dia buka mulut pasti tinggi suara dia kepada aku.

Adalah beberapa kali kami bertentang mata setelah aku ‘spam’ mesej di whatsapp namun tak dibalas. Kali terakhir aku bertentang mata dengan dia masa makan tengahari setelah habis kelas di dewan makan.

Dia dengan kawan dia dan aku dengan kawan-kawan aku. Tidak ada bicara diantara kami. Ditegur pun tidak. Aku rasa bersalah nak tegur takut tak dihiraukan. Malu muka nanti.

Beberapa hari jugaklah aku patah hati. Betul lah orang kata hilang teman lelaki tak seberat hilang kawan baik.

Kawan-kawan aku yang lain tidak tahu lagi tentang pekara ini. Mereka fikir kami masih sibuk dengan tahun akhir kami di Univerisiti tapi itulah aku pun tidak tahu mengapa dia berbuat demikian.

Jika ini untuk kebahagian dia, aku doakan yang terbaik. Aku terima walaupun pada akhirnya aku yang banyak kena menjawab kemana dia menghilang sedangkan aku sendiri tidak ada jawapan.

Mungkin pada awal aku inginkan jawapan tersebut tapi pada akhirnya aku percaya tak semua pekara perlukan jawapan.

Jika pekara ini terjadi disebabkan aku mengadu pada keluarga dia pasal lelaki tersebut aku terima dengan hati terbuka sebab aku tahu pekara ini akan terjadi cuma tidak secepat ini dan aku lakukan pekara tersebut juga untuk kebaikan dia.

– Syafaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *