Trauma Dalam Keluarga

Salam warga IIUM Confession yang dikasihi.

Aku Y. Sejujurnya, tujuan tulisan ini bukan untuk membuka aib. Tapi dengan harapan, terbuka segala mata dan minda pembaca budiman untuk menasihati atau menjadikan ia sebagai sempadan dan tauladan.

Sungguh sesak rasa didada menahan perasaan benci, marah dan sebal dengan apa yang bakal aku kisahkan disini.

Walaupun bukan berkisar tentang hidupku, tetapi ia bersangkut dengan kisah perit dan pedih kehidupan insan yang bernama wanita sama seperti aku.

Warga IIUM Confession yang budiman, aku adalah sekadar kakak ipar kepada M. Berdekad hubungan kekeluargaan ini terjalin.

Diringkaskan cerita, aku terkedu hingga menitis airmata bila mendengarkan esak tangis dia melalui mesej whatsapp.

Ketika itu, baru aku tahu yang dia pemegang kad pesakit mental. Pelbagai dugaan satu demi satu dihadapinya tanpa dokongan ahli keluarga.

Mahu terjun dari bangunan tinggi, mengelar tangan, menamatkan hayat sendiri, semuanya ada. Tapi dipandang sepi malah dianggap hanya untuk menarik simpati dan perhatian orang oleh ibu ayah dan adik beradik.

Yang memahami hanyalah ibu saudara yang membesar bersama-sama ketika kecilnya yang dianggap seperti kakak-kakak sendiri.

Tekanan hidup diawali semenjak kecil. Ya, dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang nenek dan datuk bagaikan anak bongsu walaupun dalam keluarga dia anak kelima daripada 11 beradik.

Diberi kemewahan, dimanjakan tapi bukan dengan kerelaan hati seorang anak untuk berjauhan dengan ibu ayah kandung.

Namun, apabila menginjak remaja dikembalikan semula kepangkuan keluarga atas sebab tertentu.

Berbelas tahun dibesarkan dengan keadaan dan suasana yang berbeza, dia dianggap manja dan tak pernah merasa hidup susah sebagaimana adik beradik di kampung.

Tapi bagi dirinya, mengapa hanya dia yang dipisahkan dan dibesarkan bukan oleh kedua orang tuanya. Dia terpisah daripada adik beradik kandung sendiri yang jauh dipedalaman.

Hinggalah satu ketika, terasa ingin benar dihatinya untuk merasa hidup sekeluarga dengan ahli keluarga yang lain. Ternyata keputusan yang diambil waktu itu sangat dikesali dalam hidup. Sebesar-besar kesalan.

Ada satu insiden, ayah begitu bengis memarahi dia kerana buku nota sekolahnya diconteng adik.

Pertama kali dalam hidupnya mendengar orang membentak-bentak marah, dengan suara yang kuat menjerit menghampiri pintu bilik yang tidak dikunci.

Sekilas ketika dia menghampiri pintu, untuk menuruti arahan ayah, tiba-tiba kapak menembus disebalik daun pintu bilik.

Disitu bermula trauma dan hilang semangat dalam diri dia bila berhadapan dengan sikap garang yang belum pernah dirasa sebelumnya.

Dalam esak tangisnya menaip whatsapp, dengan emoji airmata yang tak henti, dia meneruskan kata. Apa yang lebih memilukan hatinya, dalam keadaan berbelah bahagi samada wajar atau tidak dia meneruskan cerita kerana ia terlalu mengaibkan.

Tapi kerana rasa percaya dan kisah itu terpendam begitu lama dalam hidup, dia ceritakan jua.

Semenjak kakak kandungnya berkahwin dan ibunya selalu ke bandar untuk membuat urusan-urusan penting, tinggallah dia bersama adik beradik yang lain.

Seingatnya ketika itu, dia bersama adik perempuan tidur sebilik manakala abangnya dibilik bersebelahan. Tiba-tiba ayah masuk kebilik tidur dia yang berkunci.

Di cabulnya dia dengan rakus ketika dia nyenyak tidur. Yang pasti, dia tahu itu adalah ayahnya sendiri kerana ia bukan kali pertama berlaku.

Dengan sepenuh tenaga, dia menjerit memanggil nama adiknya disebelah. Kerana ketakutan, ayah berlari keluar.

Setiap kali ada kesempatan, ayah akan buat perkara yang sama. Berterusan menc4bul anak kandungnya sendiri.

Tak kira dimana, didapur waktu memasak, menyapu rumah atau mana saja yang ketika dirasakan peluang bagi ayah, pasti dia akan diperlakukan sebegitu.

Dia hanya berdiam ketakutan kerana dihadapan keluarga, ayah menunjukkan sikap bengis pada anak-anak seolah tiada apa yang berlaku.

Tidak berani melawan malah terasa benci kerana sikap ayah.

Maka dia tekad untuk lari jauh dari keluarga dengan cara belajar. Hanya dengan cara itu dia mampu keluar semula dari genggaman ayah durjana.

Ketika pengajian, dia berkenalan dengan MM. Di ajak berkahwin tapi kerana masalah yang ditimbulkan kakak sulung, MM dibenci walaupun MM sanggup menanggung kos belajar yang hanya tinggal semester akhir.

Ibu juga tak dapat memujuk ayah. Malah ibu pengsan setelah dihujankan pelbagai desakan dan kata-kata biadap kakak seolah-olah ibu memilih kasih dan terlalu memanjakan M.

M serba salah kerana kes perbalahan ini, adik-adik yang sedang peperiksaan, dihalang untuk kesekolah. Bermulalah rasa benci adik-adik pada M kerana pada mereka, M lah punca mereka tak dapat mengambil periksa.

Oleh kerana beberapa faktor yang membuatkan M kecewa, M nekad untuk tidak lagi kembali ke situ lagi. Biarlah M yang dituduh segala macam tuduhan menjauh diri dari menambah masalah.

Bertahun M tak kembali. Dan selama bertahun itulah pelbagai lagi ujian untuk dirinya. Semuanya menambah beratkan lagi tohmahan dan penilaian negatif pada M.

Ya, ada silapnya M ketika itu tapi harus bagaimana lagi dia lari dari toksid dalam keluarganya.

Dipendekkan cerita, M dan MM disatukan jua selepas M nekad menghilangkan diri dari keluarga bertahun lamanya. Akan tetapi tanpa redha ibu ayah sepenuhnya. Diusir keluar tanpa dibenarkan membawa apa-apa.

– Aku penyampai cerita, Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *