Perempuan Jahat Untuk Lelaki Jahat

Assalamualaikum. Terima kasih seandainya confession ini disiarkan. Oleh kerana aku rasakan terlalu sesak di dalam dada, tapi aku tak boleh meluahkan kepada sesiapa demi menjaga aib, maka aku ingin berkongsi keadaan yang aku alami sekarang dan ingin meminta pendapat kalian.

Aku perempuan berusia awal 30-an, masih belum berkahwin. Aku dah stabil dari segi kewangan dan kerjaya. Cuma jodoh belum sampai. Aku asalnya bersekolah agama dan aku faham hukum-hakam, batas aurat, batas pergaulan dan sebagainya.

Aku jaga solat di awal waktu, kadang-kadang bertahajjud, mengaji al-quran setiap hari, jaga aurat bertudung melebihi paras dada, berstokin, tak pernah bersentuhan dengan lelaki secara sengaja. Pendek kata dari luaran nampak seperti wanita solehah gaya ustazah. Namun sebenarnya aku ada sisi gelap yang tak siapa pun tahu.

Waktu aku kecil dulu, aku pernah dicabul oleh dua orang lelaki dari kalangan keluarga terdekat. Yang peliknya, aku tak marah sebab aku rasa seronok mungkin sebab tak tahu benda tu haram. Bila dah besar, aku jadi ketagih on*ni. Dan aku juga pernah terjebak melihat gambar dan video luc*h.

Walaupun aku dah tahu hukumnya haram, tapi kadangkala aku tak dapat kawal nafsu. Setiap kali selepas buat tu, aku menyesal dan solat taubat, puasa kifarah dan denda sedekah. Aku pohon diberi kekuatan iman agar tidak mengulanginya lagi. Namun aku sering tewas.

Sekarang ni aku sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki. Setelah beberapa bulan, si dia menyatakan hasrat untuk berjumpa keluarga aku. Dia secara serius nak mengambilku sebagai isteri. Waktu tu aku amat bersyukur kerana mungkin dengan perkahwinan dapatlah aku salurkan nafsu dengan cara yang halal.

Namun aku dapat detect something wrong dengan dia. Then aku direct tanya dia berkenaan status dia dengan ex-girlfriend. Alangkah terkejutnya aku bila dia mengaku pernah berzina dan bersekedudukan dalam tempoh yang agak lama serta mengamalkan seks luar tabie. Hancurnya hati aku saat itu hanya Allah yang tahu.

Aku menggigil baca text pengakuan dia, dan aku hampir termuntah. Allahu akbar, sampai sekarang aku masih teringat-ingat. Dia mengaku dah bertaubat sebelum kenal dengan aku, tapi aku tak tahu setakat mana taubatnya sebab dia mengaku kadang-kadang masih melakukan on*ni. Dan si dia kadang-kadang menghantar text yang aku rasa hanya untuk pasangan yang halal.

Entahla, disebabkan aku tak pernah ada pengalaman bercinta secara serius, pada aku text seperti kiss, nafkah zahir dan batin, muah-muah dan sebagainya aku rasakan agak daring tapi kadang-kala aku sebenarnya suka.

Ya aku tahu benda tu salah, tapi nafsu dan syaitan berjaya menggoda aku. Cuma aku berjaya mengawal diri dengan tidak memberi respon setiap kali dia text macam tu. Itulah aku, sering diuji pada titik yang aku tak mampu nak hadap. Aku berjihad dan berperang dengan nafsu sendiri.

Pada saat aku dapat tahu semua ni, saat itu juga aku rasa ini semua kifarah buat aku. Aku bukan perempuan baik, maka layaklah aku untuk lelaki yang tidak baik. Dan balasan yang Allah bagi tu selalunya lebih teruk daripada apa yang kita lakukan.

Dosa aku setakat melakukan on*ni, tapi adakah jodoh aku bukan setakat beron*ni, tapi pernah berzina? Sekiranya begitu, benarlah firman Allah bahawa perempuan baik untuk lelaki baik, dan perempuan jahat untuk lelaki jahat.

Aku buntu sekarang ni. Haruskan aku teruskan hubungan ini dan mempercepatkan pernikahan kami? Aku takut perkahwinan ini atas dasar seks semata-mata. Sedangkan aku berimpian untuk membina keluarga yang mengamalkan islam secara total bukan separuh-separuh. Aku tak tahu samaada si dia dah benar-benar berubah dan sanggup bersama dengan aku dalam kehidupan islamik.

Aku juga berfikir apakah hikmah di sebalik pertemuan aku dengan dia. Adakah untuk sama-sama beriringan ke jalanNya? Atau sekadar ujian nafsu dan ujian dunia buat aku? Atau aku sebenarnya penyelamat untuk dia agar dia tidak lagi terkandas dalam kemaksiatan memandangkan aku ada ilmu agama walaupun aku sendiri kadangkala tersilap langkah.

Aku takut juga kalau aku tak mampu memimpin dia ke jalan yang diredhai Allah, malah aku takut aku sendiri yang hanyut bersama dia. Atau patutkah aku tinggalkan dia dan mencari lelaki lain yang masih virgin dan dapat membimbing aku ke jalan yang diredhaiNya?

Aku dah banyak kali solat taubat dan istikharah namun belum dapat buat keputusan dengan akal yang waras, bukan dengan nafsu. Kini, aku harap coretan ini sebagai istisyarah yang dapat membantu aku buat keputusan yang terbaik untuk hidupku, masa depanku dan agamaku.

Tolong nasihati aku dan tolong doakan pilihan yang terbaik buat aku. Wassalam.

– Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *