Hai dan assalammualaikum.
Korang mesti dah baca confession daripada Areef pasal susahnya non-bumi untuk masuk ipta. Sejujurnya, aku pun terpikir benda yang sama. Aku ada darah non-Bumi mengalir dalam badan aku, berstatus Melayu, dan student tajaan MARA. Bukan nak berlagak, cuma aku tertanya-tanya apa akan jadi kat aku untuk sambung belajar kalau aku bukan Melayu? Pendidikan awal (sekolah rendah & menengah) diwajibkan untuk semua kaum tak kira lah kau bangsa Melayu ke, India, Cina dll tapi untuk tahap seterusnya jadi sangat terhad hanya kerana bukan taraf Melayu atau bumiputera.

Kalau kau nak tahu, waktu zaman sekolah lah aku dapat berkawan dengan semua bangsa tak kira warna kulit dan agama tanpa wujud perasaan rasis, makan kat kantin semeja, masuk pertandingan sekolah sama-sama, duduk sebumbung satu kelas, sama-sama kongsi dan tuntut ilmu sebab sedar pentingnya ilmu untuk masa depan. Dan kalau orang kata waktu bersukan (terutama bolasepak) wujudnya semangat bersatu padu, pendidikan pun salah satu aspek besar untuk kau rasa perasaan belas kat semua orang sebab kau bertahun-tahun akan bergaul dengan diaorang.

Tapi sayangnya bila masuk universiti, suasana tu hilang. Aku (tak tahulah orang lain) dimomok-momokkan yang bertuah sebab mereka yang non-bumi tiada disini (uni) sebab kalau tak memang tak wujudlah aku nak dapat peluang ni (itu apa yang mereka bagitau). Aku tak paham kenapa kena ada sifat rasis macam tu dalam kawan-kawan sebaya, seolah-olah dah masuk uni dorang taknak langsung ada kawan non-bumi. Aku rasa rugi sangat orang yang bersifat macam ni sebab perbualan kau dengan kawan2 non-bumi selalunya takkan kosong dengan hanya isu-isu hiburan je. Serious.

Mungkin lepas ni akan ada golongan yang cakap dah ada scholar, tutup mulut je lah, diam dan bersyukur dengan apa yang dah ada. Hek eleh nak lepuk je rasa. Derr, alhamdulillah aku rasa ni antara nikmat yang besar aku pernah dapat. Tapi, tak bermakna aku dapat aku kenyang sorang2, aku puas hati sorang2 dan duduk diam2. Mungkin kau (segelintir) tak sedar sebab sekeliling kau Melayu, tapi aku berkawan dengan dorang yang bukan taraf Bumiputera, kesian sebab mereka salah sorang pelajar top yang belajar sungguh-sungguh dan penuh cita-cita.

Dan ada pulak yang cakap, dah tu ekonomi non-bumi dah pegang, nanti orang Melayu jadi pengemis di negara sendiri. Tepuk dahi aku baca comment cik akak brader2 semua. “Adverse effect”, mereka berbisnes sebab sedar yang kos pendidikan beribu-ribu untuk anak nanti mereka kena tanggung sendiri, sebab peluang yang terhad. Daripada sekecil-kecil bisnes buka kedai tepi jalan sebab nak sara pengajian anak dll, itulah namanya “survival skill”, those who fit in the situations can survive. Sebab tu mereka nampak menonjol dari segi perniagaan. Aku rasa sekarang ramai Melayu yang dah sedar perniagaan itu membawa keuntungan. Peluang tu terbuka untuk semua orang. Nak dengan tak nak je.

Last aku nak cakap, aku sayang bangsa aku (Melayu) dan AKU SAYANG MALAYSIA. Insyaa allah aku akan buka sebuah firma akan datang, jadi usahawan muda sebab setiap peluang perniagaan tu banyak ruang untuk kita tolong orang lain. Setiap potensi anak Malaysia perlu digilap, bukan dinafikan. Buang perasaan benci pada orang lain, walau sekelumit tak kisah lah bangsa apa pun kau boleh berjaya. Aku tak berniat nak politikkan pendidikan (mansuhkan kuota etc), cuma minda kita (Melayu) dibentuk untuk mengiyakan itu kita punya dan mereka tiada hak hanya kerana mereka berbeza daripada kita. Mungkin itu bukan rasis…. kot. Sekian.

p/s: just my two cents and i might be wrong, feel free for any constructive criticism without any hatred. there’s so much hate in this world, why adding more?

– Areef (ii)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit