Harap dapat siarkan luahan saya ini. Saya grad 2008 dan telah berkahwin selama 7 tahun. Saya selalu terbaca dan dengar orang cakap, selepas 5 tahun berkahwin, hidup akan start stabil. Tapi lain jadinya pada saya. Rasa seperti dugaan bertimpa-timpa.
1) Sejak dari saya grad 8 tahun lepas, saya mmg bercita2 untuk sambung masters kerana saya memang minat belajar. Jurusan saya ambil adalah jurusan professional dan saya antara best student suatu ketika dulu. Tapi sampai sekarang tidak tercapai kerana tinggal di luar negeri selangor/kl mengikut suami. Saya juga ada masalah kewangan dan tiada scholarship yang layak untuk saya apply untuk sambung belajar. Faham2 jela keadaan ekonomi negara kita sekarang. Kemain susah nak cari sponsorship untuk masters.
2)Saya juga sudah berhenti kerja atas arahan suami supaya lebih menumpukan perhatian pada keluarga dan anak. Setelah 6 tahun menjadi housewife, sehingga sekarang ayah saya asyik menyuruh saya bekerja kembali. Saya sangat stress untuk memilih di antara mentaati suami atau ayah yang telah berkorban segalanya untuk membesarkan saya selama ini. Betul, isteri perlu taat pada suami. Tapi saya bimbang ayah saya tak redha dengan saya. Saya perlukan redha ibu bapa juga dalam hidup ini. Saya terlalu buntu. Orang kata selepas 2-3 tahun parents akan senyap dan mulai faham dan kurang bertanya. Tapi sebaliknya untuk kes saya. Masalah ini berpanjangan bertahun2 sehingga sekarang. Sehinggakan saya rasa renggang dgn ayah saya. Apatah lagi, adik beradik saya yang lelaki ataupun perempuan semua berkerjaya hebat. Suami pula berkeras untuk saya terus menjadi surirumah dan menjaga anak sendiri.
3) Kini anak sulung sudah berusia 6 tahun. Saya telah berusaha untuk mengandung anak kedua sejak anak sulung berusia 1 tahun setengah tapi sehingga kini masih belum ada rezeki. Bertambah stress bila lihat kawan2 anak dah 4-5, orang pon bertanya bila nak tambah tapi saya masih juga gagal untuk mengandung.
4) dugaan datang bertimpa-timpa bila kereta asyik rosak akibat accident dan mengambil masa 8 bulan untuk dibaikpulih. Bayangkan betapa sukarnya kami sekeluarga hidup tanpa kereta..
5) saya lihat kawan-kawan seusia saya semua semakin stabil, memiliki pelbagai eset seperti rumah dan kereta yang besar selesa serta anak-anak yang ramai dan paling penting dapat sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Seolah-olah tiada masalah besar yang mereka hadapi. Saya tak cemburu cuma saya sedih dengan pencapaian diri saya sendiri. Saya rasa seperti zaman kegemilangan saya telah hilang. Saya sedih kerana saya rasa seperti saya tidak punya apa-apa dan seorang yang gagal dan apa yang saya impikan semua saya tak dapat. . Tolong bantu saya dengan nasihat dan perkongsian kisah hidup kalian atau saudara mara terdekat yang berguna untuk saya hadapi masalah ini.. Terima kasih.
– Elle
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit