Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Utk confession ni, sy akan gunakan mix Manglish utk menyedapkan cerita dan menggunakan kata ganti nama ‘Aku’ bg mendekatkan rasa pembaca bila membaca artikel ni. Firstly, aku bukanlah warga IIUM, cuma menjadi silent reader mengambil tahu kisah dan iktibar orang lain. Mungkin ada yg boleh dijadikan sbg pengajaran. Aku belajar di salah satu institusi awam di Kuala Lumpur dan juga telah berkahwin baru-baru ini. Confession ini berdasarkan pekerjaan yg aku alami sebelum ini.
Back in 2013 aku dah mula bekerja di sebuah advertising company. But the luck wasn’t on my side, the company is taken by another director. Which to be resulted, everyone in the company, resign. Start from there, aku mula job hunting semua pekerjaan yg ada diiklankan di media. You named it, Jobstreet, LinkedIn, join group whatsapp cari kerja, group telegram post kerja kerajaan, aku dah cuba. Then, aku dapat offer from 1 of the company yg aku apply but as a contract only. I do really hope boleh dapat kerja permanent dkt situ, tp takda rezeki lg. Kalau ikutkan, aku dpt offer situ disebabkan company tu masih tak dapat any applicants yg memohon utk jawatan tu. So they decide to ask me wether want to join them. Pelik jgk, kenapa company besar mcm tu takda backup applicants. So aku pun dengan berbesar hati, terima shj kerja tu tanpa banyak soal. Gaji yg ditawarkan juga lumayan. Almost 1k increment, tp masih lg belum melepasi tangga 3k gaji. Sebabnya, gaji kasar aku dekat company lama dalam 2k genap. Pengalaman pekerjaan yg ditawarkan juga sgt bagus. Di mana aku boleh explore mcm2 bidang yg berkaitan. Dan selepas tamat contract, aku kembali menganggur, makan masa setahun juga. Kesian suami aku, terpaksa menanggung aku. Aku dah biasa bekerja sebelum ni, cari duit sendiri. Aku sediakan apa2 yg aku nak. Tp skrg aku dah tak mampu buat itu semua. Rasa sedih sgt sbb tak dpt membantu suami. Aku jd kelu bila keluarga dia sebut pasal bekerja.
Bagi mengatasi masalah kewangan aku dan suami, aku bekerja dengan sebuah farmasi dengan gaji yg tak seberapa. Dan aku berhenti setelah beberapa bulan bekerja, krn tidak dpt menyesuaikan diri dengan bhgn management yg sentiasa mencari kesalahan aku. Aku jd tak faham, kenapa bila bangsa aku sendiri yg jd supervisor, diorg jd seorang yg bangga diri. Segala kerja dr cleaning, organizing, sampai ke closing aku buat. Tp bila aku tengok supervisor aku tu, dia boleh on call dlm office dengan husband dia, update brim, which bg aku yg tengok ni, kerja dia tak seberapa. Aku juga dipaksa utk menjual kad member farmasi tersebut, bg membolehkan stor mereka berada dlm ranking teratas dan akan menerima reward. Aku sebagai part timer bekerja di situ? Tiada mendapat apa2 insentif melainkan gaji basic shj.
Baru2 ni, aku ada menghadiri interview di kilang Shah Alam. Aku hadiri interview session tu dengan keadaan masih sakit, demam, batuk sehingga suara tiada. Tp ending interview selama 10 minit tu, aku dapati mereka perlukan seorang pekerja lelaki, bukan perempuan. Tp kenapa panggil aku utk datang interview. Bukankah zaman internet hujung jari skrg ni, interview boleh dilakukan secara atas talian, di mana applicants yg short listed shj akan menghadiri inerview tersebut. Tidakkah mereka tahu setiap perjalanan tu melibatkan kos duit, di mana setiap RM1 tu sgt2 bernilai bg org yg dlm keadaan aku. Rasa sangat sedih, dipergunakan semata utk melengkapkan proses interview mereka.
Doakan aku spya tidak mudah lemah semangat utk mencari pekerjaan. Permudahkanlah aku utk mendapat pekerjaan spya dpt membantu suami dan keluarga aku sendiri.
– Dik N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit