Diploma Pendidikan

Terima kasih admin kerana siarkan confession saya ni :)

Assalamualaikum. Saya tengah serabut sekarang mengenai Diploma Pendidikan di UM. Sekarang saya bekerja as admin and ni pekerjaan yang paling better sepanjang perjalanan karier saya. Baru-baru ni kawan mak saya whatsapp mengenai diploma pendidikan ni. So, mak saya teruja suruh saya daftar.

Memandangkan saya sudah selesa bekerja jadi saya agak confuse sama ada nak teruskan bekerja ataupun ambil diploma seperti permintaan mak. Btw, saya sudah ada degree. Saya jadi berat hati sebab wang dan faktor umur. Ye, saya fikirkan bajet sepanjang pembelajaran memandangkan ‘full time study’. Kos perbelanjaan belajar mesti banyak. Yuran, sewa bilik, belanja harian dan lain-lain. Saya pernah tanya mak pasal kos ni tapi mak cuma jawab “daftar je”. Saya sebenarnya dah taknak menyusahkan parents. Pening weh fikir. Lagipun umur saya dah 25+ so saya sekarang ni terarah untuk kumpul duit untuk masa depan.

Ada tak sesiapa yang tahu mengenai diploma pendidikan especially kat UM? Berapa kos fees semua? Nak cek kat mana? Saya pernah buka satu link ni, tapi error. Boleh ke saya guna PTPTN? Dekat part ‘financial support’ dalam sistem, saya kena tick others and specify PTPTN ke? Atau just tick ‘I’m self financing’? Part ni paling confuse.

Sekarang saya decide untuk daftar je. Demi tak menghampakan mak jadi saya ikutkan saja permintaan beliau. Rezeki kita tak tau kan. So saya harap ada sesiapa yang boleh bantu saya untuk clarify semua. Terima kasih :)

– Syer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. Dalam dunia fiksyen aku, yuran pengajian adalah free di universiti awam dan kerajaan for local and international students (Dari diploma sampai Phd)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *