Pengalaman Jadi Budak Bodoh – 9:49 PM

Pengalaman Jadi Budak Bodoh – https://iiumc.com/forumv2/

Salam semua, aku ingin kongsikan satu cerita dimana dulu aku pelajar cemerlang ketika PMR. Masuk Form 4 hidup aku menjadi gelap ketika itulah hidup aku berubah. Masa aku form 4 aku pindah sekolah asrama, tapi atas sebab kena buli maka aku datang sekolah lama aku semula. Btw, aku perempuan… aku masuk sekolah lama dan aku masuk kelas sains, ni zaman tahun 2009 (form 4) , masa tu kau tahu perasaan aku? Aku sangat sedih, aku masih trauma. Lepas tu aku kena sindir dengan cikgu sebab datang balik sekolah tu, wahai cikgu kau tahu mengapa aku pindah? Kau terus kata macam tu kat aku cikgu? Cikgu tu kata "yelah awak kan suka dengan sekolah yang tercinta ni, manja sangat awak ni". Aku pilih sekolah tu sebab dekat dengan rumah, bukan sebab sayang sangat pun memandangkan sekolah tu memang banyak kes gaduh, kalau aku tak kena buli dekat asrama memang aku tak jejak sekolah tu tapi pengalaman mengajar aku sesuatu.
…………
Aku masuk form 4 aku pernah dapat no last. Sedihkan, kawan aku yang konon rapat pulak jenis kedekut ilmu, aku rasa sedih sampai sekarang. Then masuk form 5, lagi teruk aku kena dengan cikgu. Aku tak kisahlah cikgu tu smpai sekarang aku tak kisah. Pernah ada satu hari aku tak datang atas sebab 'period pain', perempuan fahamlah kan period memang ada masanya sakit terlampau2.. Nak dijadikan cerita kawan aku cakap macam ni esoknya, dia cakap cikgu cakap depan kelas begini "kenapa dia tak datang?", dan kawan aku cakap "dia period pain cikgu.."… then kau tahu cikgu tu cakap apa? "alah…baru period pain, ni dah beranak macam mana?!". Cikgu tu malukan aku dalam kelas. Bertambah sedih aku tahun tu iaitu tahun SPM aku.
………..
Lepas SPM aku dapat result, macam biasa kawan2 memang nak selalu nampak diri diorang pandai dan aku yang selalu dapat nombor corot ni bodoh. Result aku not bad jugaklah, aku tak gagal any subjects, aku dapat A subject Bm, Agama, dan English. Tapi result bagi subjects kimia semua tu agak hancur lagi2 addmath aku dapat E, tapi aku tak kisah lah sebab aku memang tak nak ambil sains dah.
………..
Aku apply IPTA tapi tak dapat, yang aku dapat hanyalah Politeknik. Bidang arkitek gitulah…. tapi aku tak nak sebab dekat Kedah. Aku nak jaga mak aku. Nak dijadikan cerita aku ambil STPM, result aku teruk. X sampai 2.00 aku mula musykil sebab aku study..then aku mintak check balik, keputusan? Alhamdulillah result aku elok. atas 2.00 well zaman aku STPM tak ikut semester macam sekarang.
……….
Lepas dari tu aku dapat offer dari UIA, UIA offer walau aku tak apply :P bidang yang aku nak pula tu. Aku pun confused boleh pulak UIA yang offer iaitu TESL (degree). Dalam masa sama aku apply University dekat overseas. Maka aku pilih overseas.. bye UIA… hehe.. now aku dapat offer dari UIA lagi untuk jadi trainee lecturer dekat UIA.. Bila aku toleh kebelakang aku jumpa manusia yang banyak hina aku masa aku bodoh.
………
Aku toleh lagi aku nampak cikgu yang pandang sinis dekat aku kecuali cikgu yang aku paling sayang cikgu agama dan cikgu math. Diorang tak pernah marah aku, diorang tahu aku ada masalah, jadi diorang hanya bagi semangat. Sampai sekarang aku ingat nama dan muka cikgu2 tu, cikgu yang pandang sinis dekat aku tu aku harap anak dia tak jadi macam aku, hahahaha. Yelah, Allah kan boleh terbalikkan semua tu. Juga buat kawan2 aku yg sangat mengecewakan hati aku kerana aku bodoh, dan siap ejek aku lagi kata "kau lah paling last dalam kelas". Aku ingat sampai mati ye. Bukan dendam, tapi kata2 yang akan buat aku tak kan toleh dekat kau lagi.
……..
Alhamdulillah, Allah tu Maha dengar hati hamba dia. Aku cerita pengalaman ni bukan nak burukkan sesiapa, cuma kalau jadi cikgu jangan pilih kasih. Tahulah kena maintain result baik supaya tak kena marah dengan Pengetua, tapi jangan pula hina pelajar. Aku sememangnya sangat berkecil hati dengan cikgu sekolah aku dulu, walau aku nak berganjak umur 23 tahun tapi memang lah lidah tu memang lagi tajam dari pisau. Cikgu, jika kamu ingin dihormati janganlah pula menghina sesuka hati ;) Pelajar itu ada hati.. ;)
……..
Aku harap pengalaman ni dapat membuka mata manusia semua.. Bukan untuk mengaibkan guru (aku tak mention nama cikgu) tapi untuk memberitahu jangan menghina manusia yang baru nak belajar sesuka hati. Aku kalau lalu depan sekolah memang tak akan pandnag sekolah aku tu sebab aku terlampau sedih. Macam sampai begini trauma aku kan? :) Hehehe. Salammm..semoga ambil iktibar

– Manusia Biasa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *