Matlamat Hidup

Assalamualaikum semua pembaca iiumc. Namaku Hani. Berumur 23 tahun. Seorang housewife, Status berkahwin dan ada anak satu. Thread aku ni lebih kepada nak cerita kepada matlamat hidup aku dan aku nak ajak kita semua berusaha ke arah matlamat hidup yg sama.

Aku kahwin awal pada umur 21, aku takde diploma, takde degree mcm orang lain sebab aku hanya pelajar tahfiz. Aku tinggal dia area bandar di Selangor dengan kos hidup yg agak tinggi. Hanya suami aku bekerja manakala aku hanya dduk di rumah menjaga anak.

Suami aku pemikiran dia tak sama dengan kebanyakan lelaki lain, dia lebih suka aku duduk di rumah sebab katanya lebih banyak kebaikan. Aku sbg isteri hanya taat shj . Alhamdulillah walaupun dia seorang bekerja, suamiku tak lupa kirimkan duit untuk ibu bapa dia dan ibu bapa ku juga setiap bulan.

Kami memang hidup sederhana sahaja, suami kata kita yg kawal kewangan dan gaji kita, gaji kita sebenarnya sentiasa cukup, Allah sentiasa cukupkan keperluan kita, jd bergantung pd kita mcm mana kita nak kawal gaji kita. Besar kehendak, besarlah wang yg diperlukan.

Harini ni aku nak cuba buka mata semua pembaca berkaitan dgn matlamat hidup. Sejujurnya aku pernah rasa tak seronok dgn kehidupan aku, yela duduk rumah siapa yg tidak bosan kan. Rutin suami aku keluar kerja awal pagi, balik petang, dari mghrib shgga selepas isyak dia akn ke surau, ada kerja dakwah yg perlu dia settle kan.

Memang aku selalu bersendirian sebelum Allah anugerahkan seorg puteri. Tetapi semua tu berubah bila satu hari aku umpama dpt mutiara kata terindah dari suami aku. Letakkan Allah sebagai matlamat hidup. Satu kata yg cukup bermakna.

Sedarkah kita wahai pembaca, dunia yg kita huni ini hanya sementara waktu sahaja? Tak lama pun, sekejap sahaja, dan selepas ni kita akan berjumpa dengan satu kehidupan yg kita akan kekal selamnya di dalamya. Kehidupan akhirat yg kekal sampai bila2. Jadi kenapa kita letak selain dari Allah sbg matlamat hidup ? Bukan kah Allah yg menciptakan kita, mencukupkan rezeki kita, mengizinkan kita bernafas pada hari ini, memberi kita berbagai nikmat yg terlalu banyak sehingga tak dapat kita hitung.

Pembaca yg mulia, bila kita letakkan Allah sebagai matlamat hidup. Kita akan rasa bahagia hidup di dunia. Ye la, matlamat hidup kita Allah, bukan sebuah rumah, sebuah kereta, sehelai sijil, bukan segala yg sifatnya binasa tapi kita letakkan Allah, Rabb kita sebagai matlamat no 1 kita.

Bangun pagi kita terus ingat Allah, dengar azan kita nk menuju pada rahmat Allah. Jika kita letakkkan Allah sbg matlamat hidup, percayalah kehidupan kita setiap hari akn berubah di mana kita akan rasa jauh lebih bersyukur dan kita hidup hanya untuk suka kan Allah, .

Dan secara tak sedar, segala perlakuan kita, kita berusaha nk dapatkan redha Allah. Automatik diri ini akan cuba usaha menjauhi perkara maksiat, terutama maksiat hati mulut telinga, ingin dekatkan diri dgn kalamullah. Tak hairan dah apa orang cakap pasal kita, sbb matlamat utama kita bukan nk dpt kn pujian org, tp kita mtlamat dpt kan redha Allah.

Buat pembaca yg dikasihi, tak kisah la apa jua pekerjaan yg kamu lakukan, buatlah untuk mendapat redha Allah SWT. Tuntut ilmu bukan sebab lain selain dri Allah. Allah dgn sifat pengasih dan pnyanyang ciptakan kita di muka bumi ini, untuk kita abdikan diri padanya. Hatta satu kebaikan yg kita lakukan semua berlaku dgn izin dari Allah. Lazimi bibir dgn zikirullah, sama2 kita tadabbur kalamullah.

Jika letakkan Allah sbg matlamat hidup, kita akan rasa dunia ini tiada nilai, dunia hanya persinggahan sementara menuju akhirat. Dunia hanya tempat Allah ingin uji dan lihat kita. Jika kita letakkan sijil @ rumah sbg matlamat hidup, jika kita tak dapat @ rumah kita musnah, kita akan berasa kecewa. InshaaAllah, semoga dgn apa yg saya sampaikan ini dpt juga saya amalkan.

– Hani

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *