disebalik straight As spm.

assalamualaikum semuaa.
aku terasa sangat akan kekuasaan Allah dalam result spm aku baru2 ni. alhamdulillah, Allah beri aku peluang merasa nikmat straight As yang aku rasa aku tak layak dapat. kenapa? based on aku punya studies, memang tak mencirikan seorang yang bakal dapat straight As spm. cara belajar aku sambil lewa, dlm gap spm aku masih sempat gi tgk wayang T.T masa tu lps balik wayang aku bersalah sangat. masa spm jugak, aku slalu ralit dgn utube dgr lagu(sbb utube satu satunya apps yg tak boleh di uninstall, yg lain macam insta, twitter, wechat aku uninstall semua). jujur, aku tak sempat study semua sampai habis. physics misalnya, aku x sempat habiskan beberapa bab dan aku masuk exam dengan tawakal sangat. biology, aku tak sempat study sampai habis jugak. untuk addmaths, hanya tuhan saja yang tahu betapa susahnya soalan. sama juga, aku tak sempat study habis utk addmaths, msuk dewan dgn tawakal sepenuhnya. ya Allah lepas aku keluar dewan exam, aku mengalah. aku cakap kat diri aku mungkin straight A bukan rezeki aku kali ni. aku terbayang wajah mak ayah yang mengharapkan kejayaan dekat aku. menangis aku.

habis spm, aku redho sepenuhnya tapi masih takut2. aku tak berani beri jaminan dekat parents yang result aku yang aku bakal peroleh seperti yang mereka harapkan. bila aku cakap, "mak, achik mintak maap tau kalau achik tak dpt straight A spm"
muka mak mencuka. dalam hati aku berdoa, ya Allah aku harap aku dapat melihat senyuman kebahagiaan di wajah mak masa hari result nanti. hiba hati.

sepanjang cuti spm, aku x putus2 doa. doa, doa dan terus doa, tanpa henti. walaupun aku rasa usaha aku mcm "jgn mimpi la nk dapat straight A" tapi tetap doa dan yakin. hampir setiap malam, aku solat hajat, baca quran. aku tau walau usaha ku sedikit, tapi aku ada Allah yang lebih berkuasa atas segala sesuatu. kadang2 aku menangis dalam doa sbb terbayang wajah mak ayah yang penuh pengharapan. jadi, jgn sombong dengan Allah. minta apa sahaja daripada Dia. Dia yang menciptakan kita. Doa juga mampu mengubah takdir. aku pegang kata kata tu. lepas doa, aku berserah kepada Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita serta yakin dengan kekuasaanNya.

selain doa, aku ada terbaca satu confession kat sini yang dia suka bagi burung makan and minta doa dekat burung supaya dia dikurniakan result yang baik dalam exam dia. aku juga buat macam tu. nasi lama yang lebih2 dalam periuk daripada buang lebih baik beri kepada burung untuk makan. rumah aku byk burung suka hinggap. sambil aku beri burung makan, aku pun minta burung burung tu doakan aku supaya aku boleh dapat result 10As dalam spm. hampir tiap2 hari sepanjang cuti spm aku beri burung makan. binatang merupakan makhluk Allah yang sentiasa bertasbih. tapi bila cakap dgn burung tu, aku cakap slow2, kdg cakap dlm hati je. kalau aku cakap kuat takut jiran sebelah kata aku mereng pulak. lagi satu, bukan binatang sahaja malah pokok2 juga makhluk Allah yang bertasbih. setiap pagi aku siram pokok aku selalu cakap dengan pokok
"pokok, pokok, hiduplah dengan subur ye. nah minum air ni bebanyak. doakan aku dpt straight A spm tau hihi"
nampak macam desperate kan, tapi ni lah antara usaha yang beri aku kejayaan. alhamdulillah.

doa mak dan ayah serta keluarga juga tak lupa. mak setiap hari bangun malam solat doakan kejayaan aku. ya Allah terharu sangat. aku selalu minta mak ayah doakan aku. sepanjang cuti spm tu, aku jaga hati mak ayah sebaik mungkin. takut hati mereka terluka dengan perbuatan aku, Allah murka. dan doa mak ayah especially doa mak, tiada hijab. Allah makbul terus.

hari result. 03.03.16.
hari yang membuatkan diri aku menggigil ketar berskala ritcher 9.9. sebelum gi skolah aku minta doa mak ayah. doa terakhir. huhu. tepat pukul sepuluh pagi, aku send sms 15888(aku masih ingat number keramat ni hehe) untuk tau result. beberapa minit lepas tu, mesej masuk. eh, mesej hotlink rupenye. kaco line betul, hati tgh mcm gempa bumi dah. titttt! mesej masuk lgi, aku tgk fon dengan sebelah mata, takut! aku bukak notification bar. "15888: SPM 98****…" hah! mesej dah sampai! waduhh kecut perut. dengan lafaz bismillah aku suruh kawan aku bukak msg tu. tak sanggupnye ya Allah nak tgk walaupun aku yang paling bersemangat nak hantar mesej pukul 10 pagi tadi. aku tutp muka dgn tangan tak sanggup nk tengok. dah kenapa tadi aku yang eksaited nak hantor mesej haha. aku bukak mata, tgk muka kawan aku, mulut dia melopong. haa sudahh! semua kawan2 aku kat situ peluk2 aku and ucap tahniah. tapi aku tak rasa bangga sikit pun, sebab aku tau usaha aku masa exam setakat mana. aku rasa tak deserve dengan semua tu. memang aku rasa macam x deserve dgn result tu, tapi aku trus teringat dgn semua benda yang aku dh buat before. dan yang paling buat aku terkesan ialah kuasa Allah. Dia yang Maha beri Pertolongan. Dia yang Maha Segala-galanya.

tapi satu je yang buat aku bangga dan gembira, aku mampu buat mak menangis gembira bila dengar result aku tu. lps tau result thru sms tu, trus kol mak ayah, tak fikir apa dahhhhh. bagi aku senyuman gembira mereka priceless.

jadi, sekarang ni adik2 yang nk spm, bukan sahaja yg nak spm malah exam apa2 sekalipun kena ingat. pertama, usaha. kedua, tawakal. ketiga, doa. keempat, yakin. kelima, mak ayah. keenam, makhluk di sekeliling kita. insyaAllah, Allah akan beri kejayaan untuk kita :D
perjalanan ku menuju kejayaan masih belum tamat, doakan saye :)
moga bermanfaat, insyaAllah :)
saya manusia yang masih belajar. anda semua lebih hebat dari saya :) sekian.

– cik ninonino

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *