IMAN

Cmne cara kita nak tingkatkan iman kita ye?
.
Aku ni org biasa2 je.. x lah alim..tapi aku masih solat 5 waktu. Dan amalkan ajaran islam dlm kehidupan seharian aku. Cuma masalahnya..sekarang aku dah berada di dalam tempoh "iman down" untuk tempoh yg terlalu lama..
.
Kita kan memg tahu iman tu ada turun naiknya.. skrg ni iman aku tak naik2 wei.. cmne nak buat?? Aku sedar je..tp mcm tertewas oleh syaitan.
.
Cthnya dlu aku rajin solat2 dhuha 4 rakaat..sekarang..buat juga. Tp mcm terpaksa sbb ada doa yg aku nak minta. Itu pun buat 2 rakaat je. Sekali seminggu bila aku free.
.
Dulu aku rajin solat sunat. Rawatib. Skrg.. bukan solat sunat.. solat fardhu pun aku dah laju2.. setakat solat je.. dulu aku rajin doa panjang2 dlm bhs arab ..skrg ni setakat doa apa yg aku nak je.. zikir semua entah ke mana.
.
Dulu aku rajin tambah hafalan alquran.. skrg bukan tmbah.. nk ulang apa yg dihafal pun pemalas giler.. apa lah nak jadi dgn aku ni.. aku masih beriman..tak terpesong lagi.. cuma kualiti iman aku tu semakin berkurang hari demi hari..
.
Anyone.. boleh bagi cdgn x?
Terima kasih. Pada yg baca atau komen..sy doakan iman awak smua terpelihara..amiiiin.

– iman

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *