Aku ke kau yang lain???

Nama aku Anne (bkn nama sbnr). Aku ada keistimewaan yang disebut Talasemia. Korang tau ke apa benda tu? Yer…sejenis penyakit darah tapi tak berjangkit pun. Orang je yang pandang mcm aku ada penyakit berjangkit. Aku nak kongsi sikit cerita supaya kalau korang jumpa pesakit mcm aku takdela korang jakun sgt.

Sejak zaman sekolah aku boleh dikatakan antisosial. Sampai skrg pun ada berapa org je kwn yg betul² rapat dan memahami. Bukan tak nak berkawan tapi org selalu ckp 'eh, kau kan ada sakit.' so??? aku nampak tak normal di mata orang utk join aktiviti. Pernah kena rotan sebab aku tak dtg sekolah lama dan cikgu tak bg peluang aku terangkan sbbnya aku masuk hospital. Ada jugak cikgu masa sekolah menengah panggil aku 'puteri ponteng' sbb aku selalu M.C. Aku akan igt sampai bila² beb!

Ni aku nak cerita. Sbb org selalu pandang sebelah mata pd aku, aku tekad nak berjaya dlm hidup (cheewahhh…mcm dah berjaya sgt je skrg ni). Pada aku still boleh dibanggakan dan aku nak adik² yg ada Talasemia tak rasa rendah diri mcm aku walaupun tinggi aku persis supermodel. Aku berjaya tamatkan degree dan master walaupun mcm siput buat tesis akhir.

Masa zaman belajar tu, punyalah mencabar sebab tiap 4 minggu kena pergi hospital tambah darah. Kalau boleh diminum je darah tu mcm Edward Cullen buat, aku rasa senang sikit la hidup kot. Tak pyh la kena cucuk banyak kali sampai urat pun naik keras! Lepas tambah darah tu semangat sikitla nak stay up (konon rajin sgt…pdhal hadap drama korea). Kalau darah dah kurang sgt, aku rasa malas yg amat nak buat apa². Tidur atas katil kat hostel lagi best sbb kalau aku byk gerak gak, tenaga aku akan dibazirkan mcm tu je. Jd kena pandai jimat tenaga (jimat duit gak tak pi memana) utk aktiviti yg lebih penting. Kalau boleh aku taknak ponteng kuliah dan sebolehnya appointment hospital aku pilih masa takde kuliah. Tak ada la org panggil aku 'puteri ponteng' lagi ye tak? haha. Tapi sbb aku suka memerap ni la buatkan tak ramai org nak campur dgn aku. Pernah kena tikam belakang dgn room mate sama course yg jaja cerita yg aku confess pd dia. Tak sangka beb! Lepas tu aku suka jd lone ranger je…org ckp aku sombong, anak manja sbb nak gi memana kena bgtau mak. Haa…tp nasib aku de jugak jumpa sorang dua member yg macam aku ni (mintak izin parents baru boleh join). Dengan dia la aku baik sampai sekarang. Dia gak yg tau aku tiap² malam kena cucuk ubat sendiri (injection desferal). Nasibla dia tak kisah bunyi bising mesin pam desferal aku tu sbb aku kena pakai sampai Subuh. Dia gak byk tolong aku kalau aku sakit. Bila darah dah kurang, aku tak larat nak jalan sgt sbb jantung berdegup laju (ala² org nervous) dan kadang² pening dan mengantuk tak kira waktu, dialah tolong aku belikan makanan. Terima kasih kwn..kalau kau tak ada aku tak taula mcm mana mereput dlm hostel tu agaknya.

Pum pang pum pang dah habis degree. Aku tak tau aku layak ke jd cikgu dgn keadaan aku ni (taknak la jd cikgu yg menyusahkan). So, aku decide sambung master dgn beberapa org kwn yg baik dgn aku. Ambil research mode konon² nak cabar diri sendiri. (bgn tidur bgn tidur baca tesis dgn jurnal je. padan muka). Akhirnya setelah menulis draf yg lebih 10 kali, dpt jugak aku konvo! (walaupun tak dapat naik pentas. sobs. lain kali jela cerita)

Moral of the story, aku rasa mmg aku ni lain dpd korang (sbb aku ada Talasemia) tp aku tak de byk beza pun dgn org lain. Aku boleh je buat apa yg korang buat. Jadi, kalau ada kwn yg ckp dia ada Talasemia…bglah support sikit. Tolong fhm. Ada masa kami nk melangkah kaki pun tak larat. Bukan saja jd antisosial.

Thanks sbb baca.

– Anne

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *