Antara Kerjaya Dan Ibu

Aku baru ja grad, sekarang tinggal dengan ibu aku…sebelum2 ni aku mmg tggal kat asrama dari sekolah rendah sampailaah ke zaman universiti…balik pun sekejap je,time cuti skolah dan cuti semester tu pun xpernah lah luangkan masa kat rumah ja mesti balik kampung tinggal dengan nenek ataupun kerja part time xpun travel dengan kawan2…pendek kata jarang lah tggal dengan family aku, dan aku pun xrapat dengan ibu dan adik beradik aku yang lain malah aku lagi rapat dengan kawan2… Aku jadi macamni lepas abah aku meninggal, ibu daftarkan aku masuk sekolah asrama sebab dia cakap kat sana ada orang akan tengok2 kan aku. Memanglah rebel sebb aku baru darjah tiga time abah meninggal. So aku rasa ibu memang x sayang aku. At least tunggulah sampai aku masuk sekolah menengah kan, aku tak nampak siknifikan masuk sekolah asrama waktu darjah tiga.. Hati aku hancur sangat.. Since saat tu semua benda aku belajar uruskan sendiri. Alhamdulillah aku cemerlang dalam pelajaran. Aku pun dah tamatkan pengajian hampir 7 bulan, dan dalam jangka masa 7bulan tu banyak aku habiskan masa kat rumah dengan ibu, ibu pun dah tak bekerja sekarang so banyaklah masa dia kat rumah tapi aku macam biasalah sentiasa buat2 busy…Susah betul nak dapat kerja sekarang… Tapi tiba2 ada satu peluang kerja dalam bidang yang memang aku minat… Passion aku mmg dalam bidang yg dioffer, gaji pun boleh tahan cuma jauh dari ibu… Waktu dapat call dari syarikat yang tawarkan kerja tu hati aku jadi berat tiba2 fikir pasal ibu.. Dan untuk pertama kalinya dalam hdup aku, aku tanya pendapat ibu… Ibu suruh aku pergi cari pengalaman sebab aku masih muda,dia dah tua bila2 ja boleh dijemput Allah… Aku tak tau kenapa tapi hati aku macam ditusuk2 dengan gunting.. Aku tak kuat kalau ibu tak ada sebenarnya… Jadi aku nk tanya, perlukah aku teruskan dengan tawaran tu atau aku patut luangkan masa lebih banyak dengan satu2nya ibu yg aku ada di dunia ni? Ibu tak boleh nak ikut aku kat tempat baru, sebab ibu ada komitmen lain kat kampung aku sekarang.Admin tolong approve confession ini sebab aku betul2 dalam dilemma…antara ibu aku dan kerjaya…

– Sudah Istikharah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *