AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN

Assalamualaikum..ini berkaitan member bilik yg saya baru kenal di sini. Kami baru sambung master di U ini. Jadi kiranya dah lebih kurang sebulan kami kenal. Cukup la saya kenalkan member saya ni dgn nama Kak.A.

Kak.A ni lembut je rupa parasnya, bertudung labuh, menutup aurat dgn sempurna dan bila bercakap dengan kawan laki dan perempuan sangat2 lah manja dan lembut. Dia pun suka solat sunat banyak2. Kalau solat fardhu tu, before and after solat tu mesti solat sunat jugak. Bangun malam pun tak tinggal, dhuha pun sama skali dengan mengaji. She inspired me at first.

Tapi dah 3 minggu mula tu saya hairan kenapa dia takde call any family member or parents dia. Then dia cerita yang sebenarnya dia tengah gaduh dgn parents dia. Dah berbulan2 rupanya. Dia gelak2 je dan kata benda tu biasa. Dia admit yang dia suka marah mak ayah dia sebab mereka suka tak ikut cakap dia, tambah lagi bila berkaitan duit (dia orang susah) . ALLAHU…terkejutnya saya..then haritu saya dengar dia bercakap tengking dgn maknya masa call. Tak semanja dan selembut dia dgn org lain. Kasar sangat. Then dia juga admit yg hidupnya selalu rasa sgt susah. Jodoh (dah 29) dan kewangan memang susah nak sangkut dgn dia.

To all my friends out there, parents kita adalah org yg patut kita hormat. Siapa2 yg dah lama tak contact family, pls do it now. Kita berjaya kerana doa mereka, jgn sombong :(

– Adila

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *