Assalamualaikum. Sebelum masuk part aku dan suami, baca dulu part kawan aku dan suami dia. Dua tahun yang lalu, kawan aku menerima bantuan NGO2 dan beberapa parti-parti politik sebab anak dia ada sakit kronik. Berita itu masuk surat khabar, juga di ‘share’ kan di FB dan beberapa akaun media sosial yang lain.
Aku tertarik dengan sebuah komen di FB dalam post bantuan kawan aku tu. Antaranya adalah:
a) Kenapa awak yang bekerja, kenapa bukan suami??? *aku ingat triple question mark dia*. Soalan lain,
b) Cuba terangkan kenapa??? Dengan gigih kawan aku tu PM dia cerita satu-satu.
Masuk part aku pula. Tahun 2018, atas perbincangan bersama suami, dia setuju untuk menjadi house husband kerana aku menerima tawaran kerja 3 kali ganda dari gaji yang aku terima sebelum ini. Tawaran tersebut di Utara tanah air. Untuk makluman, gaji suami 10 persen dari gaji aku (dia berniaga sendiri). Kami berbincang dari hati ke hati, telus dan halus. Selalu aku jumpa ramai komen dari lelaki yang soleh-soleh, tentang tanggungjawab suami bekerja dan minta isteri dirumah membelai anak, percaya konsep rezeki dan lain-lain.
‘House husband’ dalam masyarakat kita macam ‘kepantangan sangat’ atau ‘taboo’. Seolah-olah lelaki tu yang patut bekerja, bukan wanita. Tengok situasi dulu sebelum menghukum. Tapi untuk situasi aku, kita berbeza. Suami mengambil keputusan menjadi house husband kerana kami lebih realistik dengan keadaan semasa.
Kerja aku terjamin, ada skim pencen dan untuk apa pun, aku dahulukan suami dan anak. Anak aku pula didiagnose mempunyai penyakit yang memerlukan belanja yang besar. Dengan 10 persen gaji yang suami aku ada, mustahil untuk mendapatkan rawatan terbaik buat anak aku. Kalau di hospital kerajaan, appointment pakar 3 bulan sekali. Dengan itu, suami rela hati untuk mendidik dan menjaga anak. Aku tidak anggap suami aku goyang kaki dirumah, tapi suami aku adalah suami mulia yang rela mengorbankan kerjaya dan impiannya untuk keluarga bahagia kami. Anak aku pun steady, happy sebab bonding dengan ayahnya membentuk karakter dan personality diri dia.
Masuk pula cerita house husband pakcik saudara aku. Anak lima, dia bekerja sendiri dan steri cikgu. Dulu masa dua-dua bekerja, anak dia terabai katanya. Bila ditaska didera, tak diberi makan dan lain-lain. Atas perbincangan mereka suami isteri, pakcik aku ambil keputusan untuk menjadi house husband. Skop kerja sama hebat macam housewife. Hantar, ambil anak, basuh kain, lipat baju, masak, dan jaga anak. Alhamdulillah, mereka suami isteri suka dengan kehidupan begitu. Salah seorang korbankan kerjaya demi melihat anak-anak bahagia. (selalunya kita lihat isteri, tapi ini dari konteks suami).
Aku pernah menjadi ‘full time housewife’ sebelum ini dan Alhamdulillah, bak pesan lelaki-lelaki soleh memang aku dalam keadaan cukup seadanya (read: seadanya). Aku tak boleh nak demand rewards untuk diri aku, perubatan terbaik untuk anak aku dan lain-lain. Suami aku kesian, tetapi beliau cuba untuk mencukupkan. Aku anggap apa yang aku lakukan sekarang ibadah. Aku beri suami aku duit ihsan sebab suami aku berhak. Ada masa me-time dia seperti memukat ikan disungai, memancing udang dan apa-apa aktiviti dia. Aku sikit pun tak halang.
Di eropah, benda ni biasa.. situasi yang biasa, yang tak ada siapa pun persoal kenapa bini bekerja bukan suaminya. Dalam komuniti anak aku sendiri (yang mempunyai penyakit yang sama), ramai sahaja house husband. Mereka give up career kerana berfikiran realistik dengan keperluan semasa. Coretan aku ni untuk membuka mata kalian untuk berfikir kerana keperluan keluarga kita berbeza. Tabik kepada semua ‘house husband’ yang ada.
– Mrs Ah Seng
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit