Petang tadi di dalam lrt, kelihatan beberapa student MRSM pulang dr asrama. Maklumlah esok bermulanya cuti sekolah. Mereka semua bertudung hitam. Tiba-tiba aku terkenang kisahku yg bertudung hitam.
15 tahun dahulu, aku mendapat tawaran asrama. Bukan asrama penuh. Tetapi sekolah separa asrama dan aku bakal ditaja sepenuhnya oleh yayasan rakyat termiskin negeri. Aku amatlah teruja. Setelah sekian lama aku ingin masuk asrama, akhirnya apa yg aku inginkan tercapai, walau sebenarnya aku benar-benar mahu masuk sekolah berasrama penuh atau MRSM. Namun, aku datng dr keluarga yg kurang berkemampuan, jadi dgn tajaan yayasan rakyat termiskin ini, kuranglah beban mak ayah aku. Maka aku pun daftarkan diri di sekolah baru.
Minggu pertama, kami, yakni aku dan rakan-rakan lain yg daftar sekali, dibuli oleh akak-akak senior. Malahan kami tidak dibenarkan lansung memandang aspura yg berkongsi dewan makan. Aku selalu yg menjadi mangsa, berbaju kurung dan dikehendaki buat pumping jantan di atas jalan tar. Aku ikutkan sahaja, tapi aspura yg ternmpak aku dibuli, mereka menjerit memberi semangat kepada aku supaya bertahan. Balik asrama, akak-akak senior kata aku menggatal, hingga ketua aspura dan aspura lain boleh tahu nama aku dan menyebelahi aku. Entahlah, aku bukan jenis yang berbual dgn lelaki. Tak pasal-pasal jadi mangsa buli akak-akak senior.
Tinggal di asrama juga, buat pelajar tajaan yayasan rakyat termiskin, kami dikehendaki memakai tudung hitam. Lain dari pelajar lain. Alasannya adalah untuk memudahkan kami dikenali. Ya. Kami dikenali ramai. Dan kami juga dihina. Setiap kali aku bangun untuk mengambil makanan, aku akan dengar suara- suara yang berkata "itu lah budak miskin". Setiap kali akak-akak senior ingin memanggil kami, bukan nama yg dipanggil, tetapi gelaran 'budak miskin' atau 'oi miskin'.
Salahkah aku ditaja yayasan rakyat termiskin? Hinakah aku yg miskin ini? Kami di sekolah dahulu, sentiasa di kutuk, seolah-olah, kami yg miskin ini tidak layak bersekolah bersama mereka. Malah ada yg merasa jijik untuk makan semeja dgn kami.
Aku tidak pasti samada perangai mereka ini adalah genetik atau didikan yg salah atau kedua-duanya sekali. Sedih sekali bila dicop budak miskin. Makan pn orang bayarkan. Sedarlah diri tu miskin. Ayat-ayat sebegitu kerap disebut kepada aku. Aku endahkan.
Aku kuatkan semangat dan berusaha kuat untik berjaya. Aku mungkin tidak bergaji besar. Namun aku kini menjawat jawatan eksekutif. Yg membuli dan mengata aku? Malas aku nak bukak cerita. Yg pasti, hampeh. Hehe
Jadi, janganlah hina pelajar yg miskin. Bukan kami minta dilahirkan begini. Dan kami juga tidak suka meminta-minta. Andai ditawarkan kemudahan,sudah pasti kami mengambil peluang tersebut. Janganlah hanya kerana dia bertudung hitam, ditaja yayasan..anda menghina dia.
– Bertudung hitam