Bila Harus Memilih

Assalamualaikum readers. Pertama sekali aku nak perkenalkan sedikit latar belakang aku. Aku seorang ibu kepada 2 orang cahaya mata and expecting, seorang surirumah dan berkelulusan sarjana dan umur aku dah masuk 3 series pun.

Aku ni takde buat apa apa bisnes online atau menjana apa apa side income. Anak anak masih kecil semua belum sekolah, belum tadika pun (Ya, aku beranak rapat. Jangan ceramah bab bodoh merancang pulak ye, maaf). Suami punya kerja tetap, tiada masalah kewangan dan alhamdulillah mampu memberi nafkah yang cukup buat kami sekeluarga. Tiada masalah dengan mertua, ipar duai dan sebagainya. Tiada airmata perlu dititiskan buat confession ini. Hanya buah fikiran yang bernas diperlukan. Haha.

Ok done with part intro, now aku nak beransur ke fasa seterusnya. Aku wanita berkerjaya dulu zaman zaman anak dara. Bukan kerjaya biasa, tapi sebagai tenaga pengajar di kolej swasta. Pensyarah lah senang cerita. Aku berhenti kerja sebelum kahwin lagi, na’ah bukan sebab bakal laki aku (masa tu lah) suruh, tapi sebab aku nak fokus kat pengajian sarjana aku. Aku tak mampu nak juggle things up between tuntutan kerja dan komitmen pengajian pada masa tersebut. Plus, aku dah lebih masa pengajian. Banyak kali sangat tangguh viva sebab thesis tak setel setel dek kerana kekangan masa. Fahamlah kerja swasta ni macamana. Selagi diorang boleh perah, dia perah keringat ko sehabis boleh.

So lepas selamat grad sarjana, aku kahwin. And I got pregnant right away. My morning sickness was very bad at that time and I decided to jadi surirumah dulu sebelum mula kerja semula. Maka bermulalah fasa hidup aku menjadi surirumah sehingga kini. Lama nau morning sickness nya ye, hahaha. Pernah jadi homebaker tapi sebab kami selalu berpindah randah (tuntutan kerja suami), aku macam malas nak start over and nak build up nama kat tempat baru. So, kembalilah sis menjadi surirumah sepenuh masa.

Dilema nya bermula apabila lately ni banyak sangat job offer sebagai pensyarah (which memang bidang yang aku suka) datang non stop. Sangat banyak. And yes hati aku terdetik dan terjentik untuk mencuba sebab rindu sangat kat bidang yang satu itu. Cumanya, my biggest concern now is my kids plus I’m currently expecting. Aku tak pernah tinggalkan anak aku kat sesiapa. Tak pernah hantar rumah baby sitter. Tak pernah jauh dari diorang. Plus aku memang 100% bf kan anak anak aku. So paham tak clingy dan manja diorang ngan aku tu macamana.

Aku teringin nak kerja balik. Aku rindu dengan suasana kerja. It’s not that I’m stressed and done being a housewife, I love being a housewife and raising my kids on my own. Tapi jauh di sudut hati aku pun teringin nak punya kerjaya. Nak jadi career woman. Dengan job offer yang datang bertubi tubi ni, aku rasa membuak buak sangat perasaan nak kembali berkerjaya tu. But at the same time rasa macam tak sanggup nak tinggalkan anak anak untuk bekerja. I know they need me. Adoi, dilema akak dik. Hahaha. Serius, tak pernah aku dilema macamni seumur hidup. Nak pilih calon suami pun tak stress macamni lah, hahahaha. Gurau.

So tujuan I confess kat sini is untuk mintak pendapat ibu ibu diluar sana, patutkah I just go and grab the opportunity atau stick to be a housewife je? Kalau pilih kerja, sebabnya kenapa, pros and cons nya macamana? Begitu juga kalau pilih untuk jadi housewife. Please, I really need mature and thoughtful advices. Thank you in advance.

– Mama Buntu

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *