Salam korang.. aku ade sorang kawan ni..dia ni jenis cepaaat gilaa terasa tau..kena pulak ngan aku, aku ni jenis mudah terhibur..ketawa aje sepanjang masa.. so, kawan aku ni kalau bab membahan memang boleh tahan ah pedas dia..aku memang kadang2 down gak dgn dia ni tp aku cover gelak2 ape semua kan…ada masa aku bahan dia balik, alaa supaya terhibur sikit la kononnya.. then, dia x boleh terima tau,, aku pun tak faham kenapa..padahal bahan aku tu tak la jahat sgt compared to apa yg dia bahan aku depan semua org.. takkan nak terasa kut? Hmm.. pastu, dia ni jenis mmg takkan tegur aku even kat kelas ke hape..ikut mood dia..even ko tegur dia pun dia takkan jawab…btw, dia tak pakai earphone pun, nampak sgt dia mmg tanak tegur kau,.tapi bila dia nak something mcm nak print ke, nak pinjam duit ke buku ke or adelah something yg dia nak dari aku, sehari sebelum tu dia akan berbaik ngan aku.. aku pun x faham perangai dia ni..die benci aku ke? Takkan la aku nak jaga perasaan dia aje kan..habestu perasaan aku ni sape nak jaga..huhu.. aku ni jenis kalau org sakitkan hati aku, aku jd lepas cakap aje.. memula mmg aku jaga tapi lepas dia dah rendahkan aku dulu(dia mungkin x igt tp aku igt sampai mati), aku jd x kisah..aku ckp je apa aku nak ckp..lantaklah kan apa nak jadi pun,, kekadang tu aku yg rasa bersalah sendiri takut tersakitkan hati dia ke ape,,tp aku x kisah dah.. huwaa..aku malas dah sebnarnya..aku give up..skrg aku x rapat dah dgn dia..but still, as usual, ade masanya dia akan bergantung gila kat aku..tetiba aje..then esoknye n 2 hari kemudian dia akan jauhkan diri dr aku..aku x fhm serious, ngan org yg perangai camni.. plz guys, nasihatilah aku ni,, camna aku nak deal ngan minah ni..serious aku fed up..
– Tilla.K
wasalam, alhamdulillah kerana ada juga insan yang nak minta tolong dengan kita. itu menunjukkan kita adalah insan yang dapat membantu dia, memang tipu la kalau nak kata tolong dengan ikhlas atas segala yang dia nak lakukan pada u kan. tapi think positive yang tu, kita tolong dia kerana Allah dah tetapkan segalanya.. buat masa sekarang selagi kita boleh senyum , kita senyum, jangan berdendam.. jika tak, kita yang akan rasa bersalah, berdosa,
first, try tanya dia face to face or personal msg dengan dia, tya masalah dia , or kita yang ada buat dia kecil hati, . jika ada try to be the first person yang minta maaf, pernah dengar istilah meminta maaf bukan beerti kita kalah..tapi kita yang nak hati kita tenang.
insyaallah selepas itu, hati kita akan tenang even dia buat perangai balik, dari situ kita tahu dia x tegur bukan dari sebab kita.. tapi mungkin caranya.
maaf atas kelanjuran kata, maaf jika saya salah. perbetulkan.
cik P.