Assalamualaikum semua. First and foremost, aku just nak share since aku dah banyak join program daripada jadi orang bawah hingga sekarang jadi orang kuat dalam team mungkin sebagai pemangkin semangat dalam kehidupan berprogram especially student dan orang ramai.
Realiti yang aku sedar as seorang ketua dalam team atau timbalan akan pegang tanggungjawab yang sangat besar yang perlu kita pikul. Sebagai seorang ketua atau timbalan, kita nak sesuatu tu adil dan pastikan semua tahu jalankan tanggungjawab dan tugas masing-masing walaupun tak datang meeting, involve hanya melalui idea dan suara atau pendapat.
One things yang aku percaya as seorang ketua, kita akan involvekan anak buah atau orang bawah kita sebagai pembuat keputusan bersama walaupun realitinya mereka sebagai anak buah sangat takut untuk bersuara lantang dan lawan pendapat seorang ketua untuk memperbetulkan kesilapan ketua mereka dan memahami secara terperinci setiap arahan yang diberikan.
Apabila kita jadi orang bawah dalam satu team, sometimes kita tak perlu menanti arahan tetapi lebihkan bertanya dan memberikan pendapat untuk memikirkan solusi dan bekerjasama dalam memberikan sesuatu idea yang baru dalam team. Hakikatnya apabila kita menjadi seorang ketua memang tidak dapat dinafikan akan selalu tidak sempurna di mata orang bawah kita sebab ragam manusia berbeza terutamanya dalam aktiviti berprogram bila melibatkan pasukan ataupun melibatkan kerjasama sama je macam assignment berkumpulan.
Tipulah kalau dalam berpasukan ni tak akan timbul sifat kecewa, malas, rajin, rasa gagal, iri hati, dengki ataupun penipuan yang akan dilakukan demi kepentingan diri sendiri. Masa berprogram ni lah yang kau akan jumpa pelbagai ragam manusia especially dikenali sebagai ‘toxic people’ ataupun orang yang hanya pentingkan diri mereka sahaja. Bagi yang pentingkan diri sendiri, mereka akan cipta beribu alasan untuk orang lain percaya bahawa mereka adalah benar walhal mereka adalah salah.
Nasihat aku, jadi seorang ketua dalam berprogram ni kita perlu bersikap matang dan kukuhkan bonding dalam pasukan. Kita jaga semua ahli tak kira siapa pun yang always ada dalam team walaupun sumbangan yang kecil especially yang banyak membantu itulah kita perlu jaga. Jadi ketua sometimes bukan tiket untuk kau pilih bulu siapa siapa yang perlu kau agungkan dalam team and naikkan jawatan mereka ke peringkat yang lebih tinggi walhal mereka tak membantu sangat pun dalam idea eventhough datang meeting.
Tak datang meeting sebagai orang bawah bukan suatu alasan untuk kau cipta tidak bertanya mengenai tugas dan tanggungjawab kau, bukan juga untuk seorang ketua jadikan mereka sebagai alasan untuk memberikan kerja yang banyak. Jadi orang bawah tak semestinya kita perlu dengar 100% apa yang ditugaskan sebab kita ada kuasa membantah dengan memberikan idea serta hujah untuk membidas ketidaksetujuan kita terhadap perkara tersebut. Bila ada teguran on behalf of mereka dan on behalf of us, kita give and take sama-sama ubah sebab manusia semua tak sempurna.
Percayalah, semakin tinggi pangkat dan ilmu yang kau ada nanti akan membuatkan kau rasa kerdil dalam kehidupan ni. Semakin banyak yang kau belajar akan semakin banyak yang kau tak tahu. Sebagai ketua kita jadi leader yang samasama bantu dan belajar bersama orang bawah, bukan hanya sekadar tahu untuk memberikan arahan kepada mereka. Realiti kehidupan berprogram tu berbeza-berbeza bergantung kepada carta organisasi especially ketua dan anak buah dalam mencorakkan kain putih menjadi kain yang cantik.
Sebagai seorang ketua ataupun leader dalam berprogram ni sometimes boleh depress sebab kita takkan mampu untuk puaskan hati semua pihak dan sebagai seorang anak buah tak juga kita mampu untuk tunaikan semua tugas namun jelaskan dan berikan solusi dan pendapat untuk mereka faham situasi anda sebagai org bawah mereka.
No gain without any pain dan no rainbow without a little rain. Believe me, the best view will come after the hardest climb. Sekian sahaja coretan insan yang kerdil di mata manusia. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.
– Seorang insan yang kerdil di mata manusia.
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit