Assalamualaikum..
Akak ingin kongsi kisah adik lelaki akak.supaya sapa2 yg rasa x cukup tinggi atau terlebih tinggi tu bersyukur la ya.
Ni yg di ceritakan oleh mak akak ya.adik lelaki akak ni masa lahir memang kecil n pendek jururawat yg sambut pun terkejut..
Masa adik akak ni sekolah rendah dah masuk darjah 4 pun pernah cikgu perempuan dukung dia.adik lelaki akak ni belajar sampai tingatan 6 je..lepas habis tingatan 6 adik akak ni ada dapt pangilan untuk masuk u.tapi akibat masalah kewangan n masalah lain adik akak ni x dapt nak pi..
Ketinggian adik lelaki akak sekarang dlm141 je.Lepas x dapt nak sambung belajar adik akak pi lah cuba mintak kerja kilang.tahu x semua kilang x mau ambil dia kerja kerana faktor ketnggiannya yg kurang.
Dah jenuh cari kerja akhirnya dia dpt juga kerja kantin di sebuah kilang ni.tapi x bertahan lama sbb adik akak ni selalu kena buli dgn pekerja lain.adik akak ni berhenti n dpt kerja di sebuah restouran jepun.gaji adik akak ni agak boleh tahan juga la.restouran ni buka cawangannya di tempat lain.adik akak telah di beri khusus untuk berkerja di cawangan yg nak buka tu.adik akak naik pangkat la sikit la.dia kerja dibahagian dapur.dlm 3 bulan mcm tu dia kerja di cawangan baru tu.satu hari tu adik akak masuk dlm stor restouran n ternampak 1 kotak n lambang kotak tu adalah minuman yg orang islam x boleh minum tu wain kut.
Selama ni adik akak ingat cuka yg di campur dlm mkanan yg di masak rupa benda tu.blk kerja tu terus adik akak bagi tau mak kta dia nak berhenti kerja.esok memang dia x pi kerja dah la..lama juga la adik akak ni x kerja.sbb adik akak ni payah dpt kerja sbb diorang bagi alasan adik akak ni kurang tinggi.
Akak suruh adik akak pi minta kerja cleaner sbb ada kosong..adik akak pun pi la mintak kerja cleaner tu.mula diorang x mau terima dgn alasan adik akak ni rendah.siap suruh adik ni pi mintak kerja lain n kena hina lagi.tapi 2 minggu lepas tu diorang call bagi tau adik akak diterima sbb diorang perlukan pekerja..
Alhamdullilah sampai sekarang adik akak tu kerja cleaner n sbelah mlm magrib n isyak adik akak ni kekadang akan bertugas sebagai imam di surau sebuah resort..Adik akak ni sekarang dah kahwin dpt isteri lebih tinggi dari dia..
– Iz