Reflect Movie Munafik

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya baru tengok cerita munafik and aku nak sangat share apa pengajaran daripada movie hasil Syamsul Yusuf ni.

Kalau siapa dah tengok cerita munafik ni akan tahu lah ape yg aku nak share ni. Serius ah, bagi aku cerita munafik ni bagi pengajaran yg sgt besar pada umat Islam terutamanya sebab setiap ucapan dalam cerita tu banyak bagi aku sentap n terasa deep gila.

Contohnya yg bagi aku paling deep gila bila time Maria kena rasuk dengan jin yg mengaku dia islam n konon nak tolong si Maria tu tapi sebenarnya si jin ni munafik. Tapi pointnya dalam cerita ni bukan si jin tu yg munafik tapi bapak Maria yg munafik. Masa Maria kena rasuk, biasa ah suara jadik lain sebab suara jin. Memang seram jugaklah sebab tengok kt wayang sound effect dia memang kuat ah, dahlah jin tu cakap bahasa arab perghhh bagi aku memang seram ah. Dengan dia cakap kafir munafik murtad bagai adoi serius aku rasa takut gila time tu. Rasa macam ya Allah sebenarnya setan ni memang nak sangat manusia ni jadi derhaka pada Allah. Masa tima ustaz adam suruh si jin ni keluar, si jin tak nak ah memang time tu si Maria melompat lari sana sini, effect dari jin yg degil taknak keluar dri badan Maria. Time tu Ustaz Adam tanya siapa hantar kau then jin tu cakap apa tapi aku lupa n ada part paling deep n menusuk kalbu gila bila jin tu kata nanti akan ada satu lagi hamba Allah yg akan datang untuk menyesatkan manusia. Then Ustaz Adam curious ah nak tahu siapa kan then si jin tu jawab dengan penuh perasaan marah "Dajjal!!!!" Time tu aku n kawan aku kat sebelah dah sebut Allah berulang kali sebab Allahu… bagi aku part tu paling deep; deep bukan apa deep sebab kita memang tahu dajjal akan datang tapi kita still main2 lagi n preparation kita masih lemah untuk lawan si dajjal laknatullah ni. Time part tu memang aku rasa takut gila bapak sebab memang terasa takutnya Allah… Dajjal weh memang akan datang weh! Ni bukan mimpi atau gimik k. Time tu aku dah bayangkan camana nanti aku nak hadap zaman dajjal kalau preparation aku nak 'belasah' dia pun masih rapuh?

Ni part kedua yg bagi aku deep gila n menusuk kalbu jantung hati paru-paru aku semua, part dah nak final cerita tu. Time ni dia dah reveal siapa sebenarnya punca si Maria asyik kena ganggu. Rupanya bapak si Maria yg punca semua ni. Bapak si Maria ni, Pak Osman. Dia ni la watak si munafik yg depan orang selalu solat jemaah kt surau, derma bagai tapi sebenarnya dia ada ikat perjanjian dengan setan semata-mata dia nak jadi kaya, isteri lawa muda n segala kekayaan dunia semata. Si Ustaz Adam ni dah pelik pahal si Pak Osman ni macam berdendam dengan dia tau sebab sebenarnya Pak Osman yg paksa Maria langgar lari kereta Ustaz Adam sebab nk bagi Ustaz Adam ni mati tapi sasarannya meleset apabila yg mati bukan Ustaz Adam tapi isteri ustaz tu.

Maria langgar lari isteri Ustaz Adam sebab bapak dia yg suruh. Pak Osman aka bapak Maria ni tak suka orang yg beriman macam Ustaz Adam ni so sebab tu dia berdendam dengan Ustaz Adam sampai nak bunuh dia. Okey time ni ade lah part si Pak Osman baca ayat apa tah rasanya macam dalam bahasa arab, dia panggil iblis keluar. Part ni memang nampak iblis keluar tapi just bayang2 nampak tanduk bagai. Serius seram weh! Pak Osman tried very hard untuk psiko Ustaz Adam join dia sebab time tu Ustaz Adam tengah depress atas kematian isteri dia n sebab isteri dia mati dia macam tak boleh redo n cara dia tu menunjukkan dia macam ragu n tak yakin dengan ketentuan Allah. Pak Osman tahu si Ustaz Adam tengah dalam depression so dia psiko ustaz tu, dia kata "Kau sebenarnya ragu dengan Allah! Kau boleh lihat apa yg Allah buat kat kau! Allah amek isteri kau! Tu bermakna selama ni Allah tak terima keimanan kau! Allah tak sayang kau!!!!" Memang time tu Ustaz Adam tu stress gila weh memang kena siksa dengan Pak Osman n dia punya setan sebab nak suruh Ustaz Adam ni murtad punya pasal. Sampai satu tahap dia nak ketuk ustaz tu dengan batu. Time tu iman ustaz tu masih utuh. Dia tetap cakap Allah sentiasa ada dengan orang beriman! Allah takkan sia2kan hamba Dia yg bertawakal pada Dia! Ustaz Adam baca segala selawat, lahaulawakuwwata illahbillah, hasbunallah wanikmal wakil, siapa tahu maksud zikir2 ni mesti rasa sangat dalam hati tu, sayu n sangat berharap hanya pd Allah. Time ustaz tu hampir kena hentak dengan batu, Allah turunkan kilat panah petir kena tepat pada Pak Osman. Tak sempat lah ustaz tu kena hentak. Apa yg aku rasa time event ni adalah ALLAH MEMANG AKAN ADA SENTIASA BANTU HAMBA-HAMBA YG SENTIASA TAWAKAL PADA DIA. ALLAH SENTIASA MELIHAT DAN MENDENGAR DAN ALLAH SENTIASA MAHA MENGETAHUI MANA HAMBA DIA YG BERIMAN DENGAN SEBETUL IMAN PADA DIA. Aku terasa sangat part ni sampai menangis- nangis hehe sebab aku terfikir yg aku sebenarnya tak sedar yg aku selama ni byk kali tak yakin pada Allah. Aku banyak pentingkan urusan dunia berbanding berkorban untuk Allah. Aku nagis sebab aku tak letakkan kepercayaan yg penuh pada Allah sedangkan Allah itu maha berkuasa dan sentiasa tahu apa yg terbaik buat kita cuma kita je yg selalu ragu pada Allah dan sentiasa letak harapan tinggi pada manusia. Kita ni lupa Allah itu paling baik merancang kehidupan kita.

Tu la sedikit sebanyak point or pengajaran yg aku dapat dri filem munafik ni. Kalau siapa yg belum tengok aku syorkan n sangat galakkan korang tengok sebab sumpah ah terlalu banyak pengajaran yg boleh kita kutip dri filem tu n kalau perasan dalam filem ni semua perempuan yg berlakon pakai tudung n takde langsung adegan peluk memeluk. Macam yg kita semua tahu, Syamsul Yusuf kan sedang dlm proses berhijrah so dia dah mula jaga semua batas antara laki perempuan even dalam filem. Bagus gila kan. Dia pun aku tengok tak sentuh perempuan langsung dalam cerita tu. So sekian dari aku. Harap korang ter-inspirasi untuk tengok filem ni. N sorry sebab aku dah terbocor rahsia jalan cerita ni sikit2 kepada manusia yg belum tonton filem ni kat pawagam hehehe bai

– Diyy

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *