Salam.
Yang biasa kita dengar, orang nak belajar english ni kena gelak ngan kawan-kawan dia kan. Cakap english terabur sikit kena gelak, padahal kawan tu sedang berusaha nak tingkatkan bahasa inggeris dia.
Well, cerita aku ni terbalik sikit. Aku kena gelak walaupun aku cakap english dengan betul. Boleh dikatakan aku ni kategori pelajar yang bijak bahasa inggeris, bercakap dan menulis dari kecik. Cara belajar aku tak terhad dalam kelas atau bergantung pada cikgu bahasa inggeris semata-mata. Jadi, banyak benda yang aku belajar sendiri. Aku minat gila bahasa inggeris. Sampai tahap aku dah bosan belajar benda yang sama daripada sekolah rendah sampai la zaman universiti. Alhamdulillah, anugerah Allah bagi aku pandai sikit dalam bahasa inggeris ni.
Masalahnya, dari dulu kalau dalam kelas, aku jawab soalan lecturer atau cikgu dalam term bahasa inggeris, ada je budak-budak lain gelakkan aku sebab dorang ingat aku cakap bahasa inggeris salah. Padahal aku betul, dorang salah dan ada je yang sama-sama betul. Contoh, sebutan US dengan UK. Kan berbeza tapi masih lagi betul. Dorang ramai-ramai gelak, bukan gelak-gelak biasa, gelak macam hantu siap tunding-tunding jari dekat aku lagi. Merah padam muka aku. Lepas tu ada lah sorang dua yang tegur aku punya kesalahan depan kelas macam aku ni bodoh sangat bahasa inggeris sampai yang senang macam tu pon tak tahu. Kalau tegur tu aku tak ada masalah. Masalahnya mentaliti student yang suka hukum orang tanpa sikit pon terlintas dekat kepala dorang yang mungkin orang lain tu betul dan dorang yang salah. Biasanya, masalah ni berlaku kalau aku sekelas dengan budak-budak atau lecturer yang aku tak kenal. Ada jugak lecturer (yang tak mengajar english) yang gelakkan aku. Tapi sabar jelah. Malas nk berdebat sebab bukan dalam kelas bahasa inggeris. Kalau kawan-kawan aku yang kenal aku, dorang takkan gelak sebab dorang tahu, aku jarang sekali salah kalau bab bahasa inggeris ni.
Cuma satu pesan aku, kalau tak tahu jangan gelakkan orang lain. Mungkin dia tahu lagi banyak daripada kamu. Cuba kutip ilmu dia, dan pandai sama-sama. Kesal dengan sikap sombong ni, sampai bila nak maju. Lepas tu merungut bahasa inggeris ni susah, tak boleh nk grad sebab MUET tak lepas. Salahkan MUET lagi, padahal diri sendiri tu yang sombong. Moh ler kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Peace yo!
– N