Mak Ayah Jangan Bergaduh Depan Anak

Assalamualaikum semua. Malam ni ada satu perasan merindu yg teramat buat abah aku. Mak dan abah bercerai waktu aku masuk University. Sekarang aku dah jadi mak anak 3 orang pun. Aku nak cerita pasal kenapa bila jadi mak ayah kalau boleh hidekan insiden bergaduh depan anak anak. Berikut beberapa sebabnya.

1. Biarkan anak ada memori indah.

Malam tadi anak aku sebut mak, best tak Mimaland tu? Budak zaman sekarang mana kenal mimaland. Aku jawab, “best dia mcm Legoland.. Tapi lagi best kut.”

Kenangan pergi kat situ amat2 berbekas dihati. Aku tahu mak dan abah selalu bergaduh. Tapi aku amat berterima kasih pada mak sebab mak pandai cover sadness dia walaupun aku tahu dia gaduh dengan abah, hatta time pergi di mimaland. Kami dari keluarga sederhana, tapi agak payah juga merasa tengok dunia berjalan2 apatah lagi dpt pergi theme park yg paling grand time.

Aku tahu mak yg byk cover expenses masuk situ, tidur di rumah bagan kat situ. Selalu abah tahu complaint je. Mak biarkan kami happy sehappy nya sebab dia tahu anak2 payah merasa berjalan2. YA ALLAH, memory tersangat happy aku simpan sampai sekarang. Jgn dimusnah hak mereka nak ada memori indah.

2. Kesan bergaduh depan anak effects dia seumur hidup.

Anak2 akan gunakan skill bergaduh dengan pasangan pula bila berkahwin. Kadang2 ada juga terbabas mak dan abah aku gaduh depan aku paling kerap tempat gaduh mereka. Dalam kereta dan bilik tidur.

Punca? Abah aku selalu pakai duit mak dan jarang bagi nafkah.

Aku paling anti kalau suami jenis tak jalan duty dan wanita pula yg kena ambil suami. Suami aku pula dia jarang sgt minta duit aku tapi kalau aku ada nampak sikap abah ada dlm suami kami aku x boleh terima. So kdg2 akan ada insiden aku tiru dialog yg mcm tu bila tergaduh dengan suami. Pastu anak2 aku tiru.. Bila end nye circle ni.

3. Kepercayaan anak mengurang kepada ibu ayah.

Abah aku masih hidup. Sudah berkahwin dgn 2 isteri baru. Aku jarang bertemu dgnnya kerana aku risau sama ada abah akan buat sama mcm dia buat kat mak. Hutang abah dgn mak byk sbb byk yg kena tanggung belanja adalah mak. Sampai org yg bagi hutang kat abah gegar pintu suruh bukak suruh mak bayar sebab abah tak mampu bayar.

So EPF mak zero, simpanan hari tua dia tiada… Sampai mak kerja pengsan2 bayar hutang business abah yg tak pernah menjadi. Aku rasa gaji abah hilang berkat sebab buat mak mcmtu.. Mak aku tak tahu aku senyap2 Aku jinak2 burung merpati dgn abah. Pernah abah hutang aku beribu juga dia kata tak de duit.. Time tu terngiang2 pesan mak.. Jangan rapat dengan abah menyesal. Adoii.. Dah terkena dengan abah.

Lepas merayu gila2 kat abah aku nak guna duit tu bayar kos nak masuh rumah baru yg memang aku dah zero saving berhabis untuk nak masuk rumah baru.. Barulah abah bagi.

Tu je la aku nak kongsi.. harap jangan selalu gaduh depan anak2. Kau ingat anak2, tak tahu atau tak dengar.. Mereka sedang actually dengar tu.

– Sofia

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *