Isu solat kat office

Saya ex uia. Saya bukan budak baik, alim ataupun warak. Hanya mahu share dan minta pendapat pembaca.

Kat department yg saya attached sekarang ni majority Muslim. Sepanjang saya kerja, saya perasan ramai staff melayu yang tak solat. Diorang nampak cool, watlek and buat dunno je bile nampak staff lain pergi surau. Staff kat depan and kiri saya tak solat. Saya pulak rasa serba salah nak bagi tau dorang yang saya nak solat jap. Surau tu tak jauh pun. Satu tingkat bawah je. Boleh turun naik pakai lift je.

The worst part, crew tv3 de datang office untuk rakaman al kuliyyah. Staff yang tak solat sume sanggup turun pergi surau kat bangunan sebelah. Semata nak masuk TV. Lepas habes rakaman, dorang balik office. Bukan nak solat sekali.

Paling saya rasa malu, Indian staff pn perasan yang few staff x solat.. Saya terkejut. Dia cerita, Akak kat office pernah tegur sorang akak ni yang x solat, tapi akak tu marah kenapa tegur dia. Indian staff tu wondering kenapa dorang tinggal solat. She said," shouldnt you guys afraid of your God sebab x solat?"

So, apa yang saya perlu jawab Dan buat?

– Gualawei

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *