Move on.

Assalamualaikum, harap sangat admin approve confession aku. Hehe

Tgk tajuk, tp jgn igt sekadar nk move on dari kekasih2 tu. Aku cakap pasal nk move on dari relationship, tak kire la love ke, friendship ke.

Tp dalam kes aku ni, friendship la. Dulu2 aku ade sorg best friend ni. Mmg dia baik. Suka masak2 kasi aku makan. Teman aku pergi situ sini. Dia pun slalu cerita mcm2 la dkt aku. Msj aku 24/7.

Aku pulak jenis layan. Hahahaha aku suka mndengar masalah org. Kebetulan kwn baik aku ni mmg messed up org nya. Gelabah tak tentu pasal hahaha. Aku pulak kne selesaikan masalah dia.

Kawan aku ni jenis cakap banyak, buat nye tidak. Sebab tu ramai tak boleh go on dgn pragai dia ni. Boasting omputih ckp. Aku je yg tahan dengan mulut dia time tu.

Aku jugak suka kasi org rsa appreciated. Sebab aku tau camne rasa tak dihargai tu. Aku suka beli mknn, hadiah birthday, boleh kata semua benda dia nak aku kasi.

Lama2 prangai dia berubah. Aku yang lembab ni tak perasan. Kawan2 aku yang lain semua kata dia treat aku mcm s*it. Org kata dia suka gunakan aku.

Dia jugak suka guna kata2 kesat. Dia panggil org lain biasa je, cakap lemah lembut je. Time ckp dgn aku, boleh dia panggil aku tahik. Cakap pergh kasar gila. Memang la best friend. Tapi tu bukan lesen utk kau mencarut. Org ade feeling la beb.

Aku tak sedar. Smpai la one day dia luahkan dkt aku masalah dia dkat aku, aku bagi nasihat la sikit2. Tetibe dia cakap ape dkt aku, "boleh tak kau jgn sibuk hal akuu???!!". Tengking aku wei.

Memang tak pasal2 aku kena. Memang aku baik. Tapi aku tak la bodoh sampai boleh org pijak2 guna aku camtu. Tengking2 aku. Tahu la stress. Kau jugak buat masalah sape suruh. Aku dengar mujur.

Lps dia tengking aku camtu, memang aku dah tak ambik tau langsung pasal dia dan masalah dia. Duit aku pun jimat. Masa aku pun dah banyak. Tak payah aku spend masa dengar keluh kesah org camtu. Buang masa aku je.

Skrg aku boleh prasan performance aku dlm akademik dah naik, banyak masa terluang aku (aku guna utk study),duit tetiba banyak hahahahaha. Dia pulak, asyik ajak aku supaya aku dengar keluh kesah dia, but, aku memang tak layan. Kalau dia tnya ape2 yg bermanfaat, aku layan la.

Jangan treat org mcm smpah beb, sebab org, bukan sampah. Dan aku, bukan sampah kau. Sila cari org lain kalau kau terus nk layan org camtu hihihi.

Dan buat sape2 yg rasa dilayan mcm sampah dlm relay tu, jgn biarkan diri terus mcm state tu. Move on la. You are more than someone's garbage. Okay?

– Yang

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *