Kejadian berlaku semalam. Okay. Cerita dia aku kat tempat kerja part time aku lah. Nak pergi amik baju dekat dobi layan diri yg 3 minit jauh dari cafe. Tapi kena bawak keretalah sebab takkan nak angkut bakul aku tu lintas jalan besar kan.
Aku naiklah dalam kereta. Waktu nak start engine nak tutup pintu tu datang 2 orang lelaki kat aku. Macam gangster terus tanya kereta siapa. Aku dah takut lah, terkejut. Ada saman kereta ke? Bapak aku tak bayar kereta ke? Lepastu sorang lelaki tu terus tanya "boyfriend kau mana?" lagilah aku terpinga.
Dia mintak ic. Ic kat dalam kafe. Masuk kafe. Keluar bagilah ic. Lepastu dia rampas phone aku pulak.
Aku katalah dia takda dengan aku. Lepastu dia tunjuk badge yg dia anggota polis berpangkat lans koperal. Dia kata lelaki berbaju merah pegawai dia. Ha! Sudah! Apa pulak boyfriend aku dah buat.
Dia tanya semalam kereta aku boyfriend aku ada bawak tak. Aku cakaplah ada. Lepastu malam aku yg pegang.
Lepastu dia dok tanya boyfriend aku kat mana. Aku cakaplah kat tempat kerja dia. Dekat alor akar. Dia mintak aku bawak pergi tempat kerja boyfriend aku. Aku mintak ah dia masa bagi aku call bapak aku dulu sebab diaorang tak berpakaian macam pegawai polis. Lepastu polis sorang tu cakap "kitaorang dah cakap baik² jangan kurang ajar dengan kitaorang".
Like what? Diaorang yg datang terus tengking aku then cakap aku biadap just sebab mintak nak call bapak aku.
Lepastu aku cakaplah "bagilah saya call bapak saya nak suruh confirmkan kauorang ni polis. Bapak saya pun polis jugak."
Masuk yg baju merah tu. Pegawai. "Dia ha anak pegawai jugak." cakap yg polis gangster tu kepada pegawai.
Then dia marah "aku tunjuk badge kan. Bapak kau pun ada badge tu kan."
Lepastu dia suruh keluar. Dia tanya pasal helmet. Ha! Helmet! Junior aku dan boyfriend aku ni ada tumpangkan helmet kat dalam kereta aku. Polis tu tanya helmet jenama apa. Aku just ingat satu je. Shohei kot. Kalau beg tangan ke aku ingatlah. Ni helmet. Lepastu dia tanya satu lagi tu Arai ke. Lepastu aku macam. Ak ah.
Lepastu dia tanya pasal gitar. Gitar? Mana pulak gitar tu? Haha. Aku confius gila dengan situation tu. Aku cakap manada gitar. Dia tanya helmet tu kat mana. Aku cakaplah helmet tu otw balik kelantan. Dia tanya kenapa. Aku cakaplah "junior saya balik kelantanlah.", kenapa pulak balik kelantan? "Dah junior saya dari sana."
Lepastu tanya pasal boyfriend aku balik. Aku cakap dia kerja dekat je dengan kafe tu. Dia cakap suruh aku bawak. Aku mintaklah dia suruh naik kereta asing². Lepastu polis tu dok cakap "aku bukan nak kau. Aku nak pakwe kau."
Yelah. Safety kot. Nak ke awak anak dara awak ikut lelaki tak dikenali yg tayang badge dia polis je tanya ketahui betul ke dia polis atau polis palsu.
Lepastu aku cakaplah aku kena bagitahu bos dulu. Dia suruh bagitahu perempuan dalam kafe tu. Aku cakaplah. Aku kena panggil bos aku balik tolong dia sebab dah nak masuk waktu busy kat kafe. Dia suruh gak bagitahu perempuan dalam kafe tu. Aku cakaplah ngan perempuan tu. Chinese she is.
Dia tanya aku "awak nak ikut ke diaorang?" aku cakap kenalah ikut sebab nampak desperedo sangat nak jumpa boyfriend aku. Lepastu pegawai sorang masuk. Dahlah tak tutup pintu kereta aku rapat.
Perempuan kat kaunter cakap "saya tak boleh bagi dia ikut kamu sebab kamu 3 lelaki, dia sorang perempuan ma."
Tahu apa polis tu cakap "kau ni tak faham bahasa ke? Saya polis. Yg kat luar tu pegawai saya."
I was like dia cakap baik² kot. Then, aku ikut jelah. Dari dia buat kecoh. Satu kafe bising. Aku convince kan perempuan kaunter tu its gonna be okay.
So aku bawaklah dia pergi jumpa boyfriend aku kat tempat kerja dia. Dalam kereta sorang je ikut aku yg lagi dua naik kereta lain. Dia dok tanya macam². Kereta siapa. Aku jawab kereta abang aku. Nama abang aku. Aku pakai. Pastu dia tanya lagi aku berapa lama kerja kat kafe. Aku kat sejak bulan puasa tahun lepas. Soalan seterusnya. Bapak aku pegawai ke. Aku cakaplah ak ah kat airport melaka. Abang aku pun pegawai gak. Lepastu mintak gambar boyfriend aku. Aku tuniuklah. Aku tanya serious ke benda yg boyfriend aku terlibat ni. Dia cakap boyfriend aku ada amik barang orang. Aku gelak je. Sedesprate boyfriend aku selama ni hidup rm50 je seminggu hasil ihsan mak pak, tak pernah dia amik hak orang.
Sampai je tempat tu dia terus gi jumpa boyfriend aku suruh aku duduk dalam kereta. Aku duduk lah tunggu sampai diaorang sampai. Boyfriend aku cerita benda betul. Diaorang dok ugut cakap nak masuk lokap kalau tipu. Dia kata pergi balai. Kalau tipu kat balai, tidur lokap dua hari. Yg pegawai baju merah cakap yg dia boleh tolong boyfriend aku kalau dia cakap benda betul.
Lepastu dia suruh aku balik. Amik gambar ic aku. Dia blah. Sebelum tu sorang tu tanya berapa lama dah aku kenal boyfriend aku. Aku cakap dua tahun dah. Then blah gitu tak mintak maaf sebab amik masa kerja aku ke apa.
Adab mana? Nak tanya. Memang macam ni ke layan orang? Nak mintak bagi kerjasama. Aku jawab baik². Yg sorang anggota tu nak marah². Mungkin aku tak tahu beza marah dan cakap dengan suara lantang kot. Tapi, dari riak muka dan mata. Seperti tak puas hati dengan aku.
Pihak polis semua tahu rukun negara bukan. Nak tekankan rukun negara yg kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Mana adab sopan kauorang? Saya bukan suspect tapi dilayan seperti itu. Even orang yg takda kena mengena kena marah. Kalau cakap elok² takpa. Saya demand an apology bukan kepada saya tapi supervisor saya yg dimarah oleh pegawai hanya kerana dia risau pasal saya.
&& harap lepasni. Jangan main sergah gitu je. Bagi salam. Orang islam kan? Dah bagi salam kenalkan diri. Jangan main terjah je rumah orang. Memang awak pegawai. Tapi, sebagai pegawai polis, tak memberi awak kuasa sepenuhnya untuk tidak beradab dengan orang. Awak hanya boleh menjadi kurang sopan apabila seseorang itu tidak sopan terhadap awak. Jadi, tolong lah jangan buat orang awam seperti saya seperti pesalah nak dicampak dalam jail. Saya bukan suspect. Saya hanya membantu penyiasatan sahaja. Sekian
– wondergirl