OCD Yang Terbendung

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan apa yang aku tulis ni. Sekadar perkongsian untuk apa yang aku pernah alami dan macam mana aku mengatasi. Jadi apa yang aku nak tuliskan seputar kepada Topik WHI hari ini 18 Mac 2019: OCD, terlebih teliti ataupun Was Was?

Aku pernah melalui fasa terlebih ‘mengada’ sikit, obses pasal germs. Nak dijadikan cerita, aku bukan pembersih sesangat pun, cukuplah sekadar rumah dan sekeliling aku suci daripada najis dan bau yang kurang menyenangkan, itupun dah ok. Barang bersepah ok lagi, walaupun bukan di tempatnya cuma sepah yang tersusun, maksudnya bukan berselerak merata-rata di atas lantai. Tapi aku teramat geli dengan barang yang dipegang orang lain, yang accessible untuk orang lain.

Keadaan yang aku hadapi ni bukan dari kecik, dia macam tiba-tiba develop waktu aku mula-mula start kerja. Mula-mula tolerable lagi, aku ok je kongsi meja, kongsi alat tulis, handphone. Tapi lepas tu condition tu aku makin memburuk bila ada yang stress dan sedar dengan peel aku. Aku xsedar pun sebab aku tak rasa aku susahkan orang lain tapi bf aku time tu merangkap suami sekarang dia macam dah stress bila dia nampak aku macam out of control.

Waktu tu dalam beg wajib ada sanitizer, wet wipes, tisu, plastik. Bila aku nak guna/pegang sesuatu yang pernah dipegang orang lain sebelum tu, aku akan lap. Makin teruk bila aku start lap pemegang troli, button atm machine, pemegang pintu (kalau aku geli nak pegang, aku tolak pakai kaki/bahu atau aku tunggu orang lalu lalang bukakan), sudu garfu, meja makan dan kerusi bila makan kat luar (bf aku malu betui time ni sebab dia kata orang tengok, mengada-ngada semua nak lap), kepala paip dan sinki, steering wheel dan kepala gear, arm rest dekat movie hall, apa-apa button atau surface yang ada contact dengan manusia lain, aku akan lap dengan sanitized wet wipes.

Dekat tempat kerja pulak, workstation kena kongsi-kongsi sebab aku kerja shift, jadi aku amik masa untuk lap button cpu dulu, keyboard, mouse. Pastu aku mula lap handphone setiap kali bertukar tangan. Bila orang tanya kenapa, aku cakap sebab tangan aku jenis berpeluh, basah, padahal aku geli. Time tu, beli berus gigi wajib ada bekas simpanan dan aku tak letak dalam bilik air, aku letak dalam bilik. Bila aku kena pegang barang orang, atau orang pegang barang aku, perut aku macam memual-mual membayangkan ada banyak benda kecik kecik datang menyerang tempat yang dipegang tu.

Sumpah rasa nak muntah, terjeluak kadang-kadang bila guna ATM tanpa tisu, jadi aku guna hujung lengan baju. Aku pernah kena marah dengan bf aku sebab dia geram tengok aku tolak troli dengan plastik , dia kata xde apa-apa pun kat pemegang tu, tapi aku buat bodoh je sambil cuba buang imej-imej kuman sedang menyerang tangan aku di sebalik plastik tu. Aku bukan tak cuba buang perangai penggeli ni tapi kejap-kejap, aku akan rasa nak muntah, aku macam nampak macam ada benda kecik-kecik berupa hama bergembira berhijrah dari tangan orang ke tangan aku dan spontan aku rasa tangan aku macam merenyam, gatal-gatal, perasaannya macam benda-benda kecik tu berjaya menggigit aku.

Time tu aku kerap basuh tangan dan aku elakkan bersalaman dengan orang sebab bf aku kata, dia perasan bila aku salam dengan someone, dan-dan tu jugak aku lap tangan dengan tisu atau pada baju. Aku tak perasan weh, dia macam autopilot, terjadi sendiri dengan spontan dan aku tak pernah aware pun aku buat macam tu. Aku malu jugak sebab cara bf aku cakap tu macam dia nak kata “Ya Allah perempuan ni, ko ni mental ke apa?”.

Mula-mula dia ingat aku mengada-ngada penggeli, tapi lama-lama dia nampak yang aku ni terlampau obses dengan semua kegelian. Dia tak kata aku OCD, aku pun tak rasa aku OCD tapi sebab dia pernah ambil minor pyschology kat U dulu, dia kata keadaan aku macam video yang pernah lecturer dia tayangkan, sikit-sikit basuh tangan, sikit-sikit lap. Aku bukan geli dengan taik kucing ke, darah ke, pacat ke, tapi aku geli dengan kuman-kuman yang berpindah dari tangan ke tangan. Terbayang-bayang dan terlebih berfikir.

Dan waktu tu, aku sangat cepat jatuh sakit. Badan aku kerap gatal-gatal, leher, muka, tapak tangan, peha, kaki. Selalu diserang selsema dan demam. Sinusitis makin memburuk, entah kenapa. Satu hari bf aku belikan DVD “As Good As Its Get”, filem lakonan Jack Nicholson. Aku pernah tengok ceritanya kecik-kecik dulu, tapi aku tak ingat. Bila aku tengok balik, aku fikir, takkan lah aku teruk sangat macam ni? Then bf aku cakap, takkan nak tunggu teruk baru nak berubah? Macam mana awak tengok karakter Jack Nicholson tu perangainya pelik, macam tu la orang tengok awak. Aku diamkan aje.

Perangai penggeli aku tu berlarutan buat beberapa ketika. Sampailah aku kahwin, perangai tu sikit-sikit menghilang. Bf aku yang dah jadi suami time tu, dia memang sabar. Mula-mula kahwin, aku ada masalah nak kongsi tandas dengan dia. Dahlah rumah pangsa 1 bilik air, aku pulak banyak cekadak tak nak kongsi, or tak nak bagi dia guna tandas dulu. Jadi aku bangun awal-awal pagi supaya aku dulu yang pakai bilik air tu sebelum pergi kerja.

Lawak juga bila teringat masa tu, bergaduh semedang sebab perkara-perkara macam tandas, tempat tidur, dapur, dan remote tv yang aku lap lepas dia guna. Slowly cara dia bantu aku atasi masalah ni, dia ambik tangan aku dia paksa aku tekan button ATM tanpa tisu, dia tak bagi lap meja makan bila kat luar, dia suruh aku pakai laptop and handphone dia, dan dia kerap pegang tangan aku supaya aku terbiasa dengan sentuhan manusia lain, dia cuba tanamkan dalam fikiran aku yang aku ni terlampau berfikir, imaginasi aku terlampau memfokus kepada kuman-kuman tu. Lama-lama keadaan aku makin membaik, aku tak seteruk dulu. Walaupun masih bersisa perangainya tapi at least tak lah rasa nak muntah ke apa. Aku still bawak sanitizer dan tisu tapi aku tak lap semua benda yang aku pegang.

Mungkin sebab bila dah ada anak, aku nak tak nak terpaksa bergelumang dengan sentuhan manusia lain, jadi tanpa sedar merasakan yang semua ni ok je. Lepas tu badan aku tak fragile macam dulu. Aku jarang jatuh sakit dan aku rasa, thanks to badan aku yang merelakan didedahkan dengan kuman, jadi imun dan antibodi badan aku boleh berlatih untuk kuatkan peranan masing-masing bila diserang. Betullah seperti kata-kata, ‘tiada satu pun yang Allah ciptakan di dalam dunia ini untuk sia-sia’, termasuklah debu dan kuman. Darinya kita boleh ambil pengajaran tentang kebersihan dan membina imun badan.

Walaupun aku masih lap button ATM dan sudu garfu di luar bila makan, at least aku dah buang habit pegang troli dengan plastik ataupun buka pintu dengan kaki. Ok lah tu kan, ada juga perubahan, hehe. Aku pun tak nak kalau betul-betul didiagnosis OCD sampai kena makan ubat dan pergi terapi apa semua. Kalau aku tak start berubah, bila lagi kan? Oh ya, untuk yang ada masalah macam aku, trylah tengok filem yang aku tuliskan tu. Untuk yang lebih teruk, aku sarankan dapatkan bantuan daripada pakar perubatan dan sokongan sebab OCD ni dikategorikan sebagai penyakit mental yang teruk juga kerana boleh merosotkan kualiti hidup sendiri dan mereka yang tersayang.

Bukan OCD kan?

– Lily

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *