Sesat

Assalamualaikum.
Aku nak share apa yg aku rasa. Skrg ramai diantara kita tgh pening fikir nk tenangkan hati, nak sempurnakan iman, mencari sebahagian diri anda. Ya semua nya berkaitan pasal jodoh.

Tapi aku harap korg juga peka dengan keadaan semasa. Isu yg org tak pandang sangat aku rasa iaitu AJARAN SESAT. Aku pun dulu tak pernah nk fikir sangat pasal ni sampai lah salah satu family aku terjebak. Gelap juga aku rasa dunia ni, bila berhadapan dengan org yg betul2 rapat dengan aku tapi akidahnya berbeza. Sangat berbeza.

MILLAH ABRAHAM /MILLAH IBRAHIM
Ya itu lah nama ajaran ini. Korang pernah nampak tak dlm surat khabar? Meh aku nk share sikit mcm mana mereka ni. Mereka ni sebenarnya bukan org jahat, tp mostly dari org yg educated, baik, kaya, tapi mencari-cari. Mereka ni ceduk Quran sikit plus Bible sikit. Jadi bila kau berhujah dengan mereka mmg keluarlah segala ayat quran yg sekerat2 mereka amik terjemahannya. Tapi padu. Mereka banyak berhujah berlandaskan akal. Tak percaya akan Muhammad SAW. Aku pun tak sure lah secara detail tp ni dari observation aku terhadap salah sorang keluarga aku yg join.

Setiap kali kami berborak dia akan ckp, Segala Puji bagi tuhan. Dan akan ingt kan aku, sekeji2 manusia adalah yg mensyirikkan tuhan. Allah sedih aku dengar. Betullah, bila hidayah tu Allah nk tarik. Jalan yg benar pun kau takkan nampak. Skrg kami sekeluarga hanya mampu berdoa saja untuk dia. Pernah kami bersua empat mata dengan dia utk dia terangkan. Tp apalah guna berhujah dgn org yg mmg tak nmpk jalan Allah. Dia takkan terima. Mmg ini ujian kami. Aku mohon kalian bagi cara atau pandang atau share kisah korang sekiranya keadaan kalian sama mcm aku.

Semoga hidayah Allah itu milik kita. Amiin.
Aku harap sngt admin dpt share luahan aku.

– Siti Munirah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *