Assalamualaikum
Aku terpanggil nak reply dekat sini sebab ada yang question pasal situation aku. To be truth, aku terkejut rupa rupanya ramai yang alami situasi yang hampir sama. Ramai juga yang suggest untuk pergi jumpa doktor psikiatri dan ramai jugak salah faham yang aku trauma pasal kematian ayah aku. Sebab tu seboleh2nye aku menidakkan relation kehilangan ayah aku dalam kes aku, dan aku dah mention dalam confession aku yang aku sgt strong untuk terima hakikat tu.
Well, aku nak jawab question brother sahel akmal, yang related dengan MDD(Major Depressive Disorder). Aku percaya sesiapa yang berada dalam keadaan aku pasti akan lalui MDD, sebab dia lalui kehilangan yang besar dalam hidup dia. Mcm orang yang kena stroke, takkanlah selepas kena stroke terus emosi dia baik kan. Mesti dia akan lalui satu fasa kemurungan sebab dah kehilangan ability untuk hidup mcm what he used to. Mesti dia cuba untuk lalui kehidupan yang dia sepatutnya lalui, tapi selepas strok dia dah xde ability untuk hidup normal mcm dulu. Ade certain ability yang berkurang selepas trauma tu.
Sama lah mcm aku. Aku cuba hidup mcm apa yang aku pernah lalui dulu. Cuba nak jadi energetik macam dulu, tapi tak dapat. Cuba nak jadi thoughtful mcm dulu tapi tak dapat. Cuba jadi fast learner xdpt. Cuba nak convince orang yang aku sakit, tapi orang tak percaya, pun lagi emotionally depress. Tak faham surrounding dan jadi super duper confuse bila berada dalam situasi yang baru. So aku percaya MDD ni adalah kesan dari apa yang berlaku dekat aku. Aku byk tahu ni pun sebab aku paksa diri aku google and search dekat internet, wpun ramai yang akan question method aku ni, tapi ni lah caranya aku nak faham apa yang terjadi dekat aku.
Apa trauma yang aku rasa? Aku tak ade kemalangan apa2 masa kejadian tu berlaku. Yang aku tahu, leher aku sakit gile masa tu, macam ada urat tegang. Kalau orang strok ada blocked clogged dekat leher, aku percaya aku kena benda yang yang sama. Starting fram that point, aku rasa mcm ni:
1. Aku tak dapat rasa separuh dari kepala aku. Separuh dari otak aku. Sebelah kiri. Kalau angin lalu depan aku, aku akan rasa dingin sebelah kanan kepala je. Sebelah kiri ni rasa mcm angin lalu je. Macam tak wujud. Tak dapat rasa telinga aku, tak dapat rasa mata aku, tak dapat rasa pipi. Sebelah kiri aku mcm tak wujud, dan aku kena pegang mata, pipi dan telinga aku nak membuktikan yang this part of my head still exist. Aku bukan hiperbola, tapi ni yang aku betul2 rasa.
2. Left side of body lemah. Masa mula2 jadi, tangan aku kebas, ,kaki aku kebas. Tapi aku still boleh berjalan cuma aku tak rasa kekuatan anggota badan belah kiri. Tangan kiri aku bila angkat berat je.
3. Pandangan mata kiri aku kabur. Keadaan ni mcm kalau mata kiri kau xde pun xpe. Sekarang kalau kelip mata pun terasa beze antara kiri dan kanan.
4. Telinga berdesing. Kuat. Berterusan. Sampai sekarang. Aku tak dengar bunyi sebelah kiri aku.
5. Otak aku macam ada black hole sebelah kiri. kosong. tempat yang biasa simpan memory tu, dah xboleh buat apa2. xboleh recall memory sebab nampak hitam je. Tempat yang aku berfikir, tu dah xboleh nak fikir apa2 yang logic. Masa tu nak campur 1 plus 1 pun aku xboleh buat. Kalau orang tipu aku masa tu pun memang senang2 je. Tempat simpan memory (frontal lobe ni) pun sakit gila.Terasa kering kontang otak aku masa tu. Macam xde darah mengalir.
6. Aku jadi tak aware dengan left side aku. Kalau orang panggil aku dari sebelah kiri, memang aku xperasan. Objek2 sebelah kiri aku pun aku xperasan.
7. Aku xboleh bercakap. Aku tak boleh nak create ayat. Aku lupa nak create ayat. Aku tak tahu nak cakap.
8. Aku tak boleh bg definition untuk semua benda yang aku tgk dan dengar. Contoh, perkataan 'nak makan nasi'. Aku tak faham apa ayat 'nak makan nasi'.
9. Aku tak boleh react. Aku tak boleh control expression muka aku. Tak boleh means kalau happy, aku tak tahu mcm mana expression happy tu. Kalau sedih aku xtau mcm mana expression sedih. Orang cakap dengan aku pun aku tak tahu nak react mcm mana sebab aku tak tahu conversation dia tu sedih ke happy ke terkejut ke. Mcm aku cakap, aku xleh bg definition dekat semua benda yang berlaku.
10. Aku rasa macam melawan arus. Macam semua benda cepat. Orang bercakap laju. Tapi aku still statik. Orang dah faham dekat K, aku still subject A. Pendek kata, slow.
11. Aku xboleh imagine. Tak boleh create picture dalam otak.
12. Aku jadi letih keterlaluan. Kalau boleh 24hours nak tidur.
13. Tak boleh ingat nama orang. even yang rapat selalu hang out masa tu. Kenal muka, tapi nak recall nama, tak ingat. Bila dah ingat, nak sebut, lupa lagi. It is frustrating.
Cukup la kot setakat tu. Byk lagi symptom2 yang aku rasa time tu, dan memang aku takkan lupa kejadian ni sampai bila2 sebab dah merubah hidup aku 360 darjah. Ini sudden change, bukan gradually change. Hari semalam aku still mampu, tapi harini aku dah xboleh buat apa2 yang aku boleh buat semalam. Semalam benda tu senang, harini benda tu susah bg aku. Masa jadi tu aku xtau nak buat apa2. So aku end up menangis je. Every minutes. Confuse sepanjang masa. Lepas seminggu baru jumpa doktor dekat uia dan dia diagnose aku dengan migraine je. Siapa tak frust. Membaca masa tu adalah sgt susah bg aku masa tu,sebab tak faham.Aku ni pembaca tegar, impian nak ada library sendiri dalam rumah. Tapi aku paksa diri aku google and search apa yang jadi dekat aku masa tu. Masuk forum and situation aku masa tu yang senasib dengan apa yang aku rasa. Sebab tu aku bagi conclusion this is TBI, dan salah satu kesannya adalah MDD. Terima kasih sebab sudi baca kisah aku. Walaupun aku still terasa kesan dia, tapi aku percaya tuhan takkan uji hambanya dengan ujian yang dia tak mampu. Please take care of yourself. Pergi dapatkan rawatan professional kalau ada symptom yang korang rasa abnormal. Jangan ambil mudah, macam aku.
Dan untuk siapa yang nak contact, boleh email [email protected]
– pelangi petang