Budak Pemalas Itu Aku
Biasa x kau tengok kawan2 kau especially perempuan yg x pandai masak?
potong bawang pun nampak awkward?
apatah lagi nak potong ayam.
Ya, aku budak yg macam tu.
tapi bukan sebab aku pemalas, ada sebab lain.
Dalam famili aku, ade 5 adik-beradik. Aku ada kakak juga. Mak ayah aku orang baik2 so aku sangat2 beruntung dapat parents macam dorang. Tapi satu je masalah, dorang over protective sangat. Aku tahu aku anak perempuan jadi mmg patutlah dorang sangat protective tapi janganlah over sangat. Aku penat hidup asyik terkongkong. Setakat ni Alhamdulillah x pernah lagi nak protes or terfikir sampai nak lari rumah.
Tapi aku malu. Aku first time naik ktm masa form 5, ada bank akaun masa nak masuk U, x pernah pergi TS, Mid semua tu padahal aku duduk dekat kawasan dekat2 KL. Common la kan kawan2 ajak pergi tgk wayang atau jalan2. Bila aku nak minx izin dorang nak keluar dgn kawan2, jangan haraplah dorang nak bagi. Bila aku tanya sebab apa, dorang mesti senyap je. Kadang2 just cakap 'nanti dah besar kau fahamlah.' Asyik2 ayat tu. Rimas tau tak asyik dengar alasan macam tu!!!
Itu cerita masa aku zaman persekolahan. Bila difikir balik, memang betul la apa yang dorang buat. Aku x nak salahkan dorang. Zaman milenia ni zaman mencabar. Tak jaga anak elok2 memang akan menyesal di kemudian hari. Cuma tulah, aku jadi budak batak bila keluar jalan2 dgn kawan2. Masa first time naik bas rapid, mmg excited gila. Masa first time naik ktm pun lg la excited sampai ada kawan tegur 'Ya Allah, x payah la nak exctited sangat. Benda ni biasa kot' Aku pun tertunduk malu. Nak buat macam mana, orang first time keluar dari kepompong. Bila masuk U, aku ada juga rasa takut masa first day nak2 lagi time mak aku dah nak balik. Aku takut aku x boleh nak survive tapi mujurlah aku x nangis. Aku belajar kat U yg jauh dari rumah aku. Balik pun sekali-sekala sebab tiket bas mahal. So dari situ aku belajar berdikari. Happy gila kot. Bebas dari pantauan dorang. Tak rasa terkongkong. Nak pergi mana2 pun x payah minx izin unless kalau aku pergi jauh sangat dari U aku macam pergi Pahang or Kelantan. Aku still akan minx izin dorang but if dorang x bagi, aku pegi juga. Lepas dah balik tu baru aku bg tau dorang yg aku pergi juga so dorang x boleh nak cakap apa la…sebab aku duduk jauh kan.
Masa aku kat U, aku ada amik subjek yg memerlukan kitaorang memasak, buat kerja2 dapur. Dari situ terserlah la yg aku ni nampak sangat macam budak pemalas. Semua benda aku buat terkial-kial. Tipulah kalau x malu. Dah la aku ni perempuan. Semua ni jadi sebab mak aku x bagi aku masuk dapur. Bila aku nak tolong dia je, dia mesti x bagi. Bukan aku sorang je….kakak aku pun kena juga. Padahal kitaorang dah besar kot. Bila aku try slow talk dengan mak aku, dia asyik cakap dia dah biasa buat kerja sorang. Dia tak suka orang masuk dapur. Entahlah, aku tak boleh nak fikir hikmah/kebaikan di sebaliknya. Bukan x cuba fikir positif tp masalahnya memang x nampak. Streesss!!!!
Kat asrama, memang aku rajin mengemas bilik. Bila kawan2 dtg bilik aku, ada je yg puji 'bagusnya, rajin menyapu.' Bukan kat U je, dari zaman sekolah lagi aku selalu kene puji macam tu. Bukan sebab aku rajin ke apa, tapi sebab aku dah biasa buat nie kat rumah. Mak aku just suruh aku mengemas, basuh baju, benda2 yg simple jelah. Lama2 aku dah jadi malas nak mengemas rumah ke ape. Aku biarkan je rumah berhabuk…sebab aku dah penat. Aku dah besar kot, kenapa x boleh masuk dapur lg????
Kalau nak cari kerja pulak, x bagi pergi jauh2. Dah kalau x pergi jauh, memang x dapat la kerja. Sampai bila aku nak menganggur????
So kesimpulannya, aku just nak cakap x semestinya orang yang x pandai masak, gosok baju, or anything else tu sebab dorang pemalas. Lebih kepada dorang dikongkong…aku x nak kata dimanjakan sebab aku memang nak, ada keinginan nak buat semua kerja sendiri tapi selalu mak x bagi. Rasa macam x percaya kan? ada lagi rupanya orang macam ni. Penatlah, serius penat. Terpaksa tanggung malu sebab dilabel BUDAK PEMALAS. btw, aku suggest korg tgk shortfilm shazreen fazlynda yg tajuknya semasam biji epal ke apa ntah. Macam ada sikit2 la kaitan dengan cerita aku tapi ayah aku jenis ok je sebab aku dah besar. Mak aku ni yang aku x faham.
– Budak Pemalas
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/