Indahnya saat hati bergantung pada Allah

Indahnya saat hati bergantung pada Allah

Assalamualaikum warga IIUMC..

Aku berminat nak share tentang pengalaman aku. Semuanya tentang BAS. Ok,apa kaitan bas dengan tajuk cerita aku kan? haha.. Aku orang Utaqha. Belajar pulak kat tempat yang jauh. So,kalau aku balik kampung memang aku akan naik bas. Since aku nie sangat penakut dengan lelaki,maka aku akan gementar kalau dapat double seat. Menanti siapa yang akan berdamping dengan aku nanti.

Kejadian pertama. Allah datangkan ujian untuk melihat ketabahan aku. Masa mula-mula naik bas, aku dapat double seat. Sebab bas yang aku naik nie takde single seat. Aku duduk dekat tempat aku. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang agak berusia dengan penampilan yang agak menggerunkan aku. Terus dia duduk sebelah aku. Aku punya muka memang tak boleh blah. Aku takut,rasa nak menangis. Dalam hati,aku mohon supaya Allah selamatkan aku. Aku toleh ke belakang,cari seat kosong. Tapi,malangnya semua seat penuh. Masa tu, bas tak jalan lagi okeh? Aku pandang ke luar dan hati masih lagi tak putus berdoa. Tiba-tiba tadaaaa…anak pakcik nie datang. Dia cakap,"ayah dah naik salah bas nie!! Jom turun cepat" Fuhhh,masa tu aku rasa nak terus sujud. Syukur yang teramat sebab aku pun tak dapat nak bayangkan bagaimana laa agaknya kalau aku terpaksa men'sado'an hati duduk sebelah pakcik nie.

Kejadian kedua. Aku naik bas A. Masa tu,aku baru je duduk kat seat aku. Memang tempat favorite aku,sebelah tingkap. Senang nak tidur. hehe..Tiba-tiba, datang seorang laki yang agak 'tough' duduk sebelah aku. Serius,masa tu aku rasa aku dah takde ruang nak bergerak. Memang dia conquer habes. Muka aku pun dah pucat lesi. Rasanya kalau hantu tengok pun,confirm-confirm hantu akan lari. haha..Lelaki tu buat-buat tidur. Tiba-tiba datang abang bas dengan gaya gentlenya dan terus pandang ke arah aku. Dia cakap" Nie apa duduk laki perempuan nie? bangun sekarang…" Tak pasal2 aku pulak yang kena marah. Bukan aku yang suka-suka nak duduk sebelah dia. Dengan muka sememeh,aku pun bangun. Dalam hati,aku menyumpah-nyumpah abang tu sebab semua orang tengok aku. femes kejap..tapi,alhamdulillah sebenarnya Allah nak sangat selamatkan aku.

Kejadian ketiga. Masih lagi dalam bas untuk pulang ke kolej aku. Mama dan baba yang hantar aku ke stesen bas. Style mama aku,selagi bas tak bergerak…Selagi tu juga mama takkan bergerak. Mama jadi pemerhati dari bawah. Macam biasa,aku duduk tepi tingkap. Tiba-tiba datang lagi sorang mamat duduk sebelah aku. Beria aku tarik beg aku sebab dia dah pijak beg aku. Geram. Mama perasan lelaki tu duduk sebelah aku. Segera mama mesej. Suruh aku beralih tempat cepat. Mama ugut nak cubit aku kalau aku taknak pindah tempat. Ok,serius mama comel. Aku minta mama bersabar sementara aku cari seat kosong. Aku doa je dalam hati. Biar lelaki nie pindah tempat lain. Mama masih setia menunggu di bawah. Aku buat muka sedih, mohon mama memahami. Sampai bas bergerak,aku masih lagi tidak berganjak. Lelaki tu pun. Dalam 5min perjalanan,tiba-tiba lelaki nie angkat beg dia dan bergerak ke seat depan. Sungguh,aku tak perasan yang seat depan tu kosong. Namun, dalam diam aku memuji Allah. Benarlah, saat hati mengharap hanya pada Allah..Allah takkan pernah mengecewakan.

Sahabat-sahabat, apa yang aku cuba sampaikan adalah dalam keadaan apapun kita sentiasalah letakkan Allah di dalam hati.Doa..doa..dan terus berdoa. Minta sungguh-sungguh pada Allah. Rayu betul-betul pada Allah. Bisikkan sepenuh pengharapan kita pada Allah. Allah ada. Allah dengar. InsyaAllah,Allah pasti akan makbulkan. Dan bila kita jaga sesuatu kerana Allah, Allah pasti akan menjaga kita sepenuhnya. Apa yang penting, letakkan sepenuh kepercayaan pada Allah. Semua akan terjawab. Takkan sia-sia. Wallahua'lam

Sori kalau cerita aku boring..ngeeee~

*cerita tanpa siri

– -Amanda-

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *