Alhamdulillah
Assalamualaikum dan mekasih admin sudi post perkongsian saya
Aku bukan berasal daripada keluarga yang senang.masih ingat lagi zaman dulu ayah beli kereta setelah beberapa tahun kami empat beranak hanya bermotor.kereta tu toksah nak cakap la dengan lubang di bawah gear yang boleh nampak jalan raya pastu part paling best atap bocor.pernah sekali ayah ambil aku dari tuition dan hujan turun dengan lebat.waktu tu menitik-nitik air hujan masuk sampai ke tahap aku sendiri tahan tangan aku kat siling kereta tu.aircond tak berfungsi dan wiper hanya sebelah yang ok.sambil drive sambil ayah lap cermin depan sebab berkabus kes takde aircond.kenangan betul
cerita bab baju pulak memang hari raya je kami akan berbaju baru.tu pun Alhamdulillah,syukur sangat dah.budak2 macam aku dan adik ni memang tak sabar nak raya sebab waktu tu la nak merasa baju baru.setahun sekali je dik oiii.tipu kalau aku tak cemburu tengok kawan2 dapat beli tu dan beli ni sedangkan aku terpaksa tahan kemahuan tu sebab aku sedar ibu ayah bukan orang senang.
waktu UPSR Alhamdulillah aku dapat 5A dan ibu ayah toksah cakap la,sangat gembira dengan kejayaan aku.tahu apa aku mintak? aku sangat minat nasyid waktu tu dan permintaan aku hanyalah keizinan ibu untuk aku beli satu CD kumpulan nasyid yang aku minat menggunakan duit aku sendiri.ye,duit yang aku sendiri kumpul sebab aku tahu ibu ayah masih banyak benda lain nak dibeli.bila ibu izinkan apelagi,melompat-lompatlah aku.haha
sekarang ibu ayah makin berusia.mata ibu makin rabun dan tak larat nak menjahit macam dulu lagi.ayah pula aku perasan banyak tidur,mungkin kudratnya makin berkurang.tapi Alhamdulillah berkat support ibu ayah sewaktu aku belajar sekarang aku merupakan salah seorang penjawat kerajaan.aku bagi ibu ayah merasa kereta baru.aku ikhtiarkan rumah kayu yang dah makin mereput kepada batu.supaya apa? supaya ibu ayah dapat merasa hasil susah payah perit jerih mereka dulu.
pembaca sekalian,hargai ibu bapa anda selagi mereka masih ada.bila tertutupnya mata kedua mereka,maka tiada lagi doa makbul daripada seorang insan bernama ibu.Alhamdulillah 'ala kullihal.aku bersyukur atas segala nikmatMu Ya Allah.satu sahaja pintaku,moga Allah masukkan ibu dan ayahku ke dalam syurgaNya kerana akulah saksi bahawa mereka sedaya upaya mendidik dan membesarkan aku dengan kasih sayang.I love you lillah ibu dan ayah :') I miss both of you.big heart from your daughter,oversea Malaysia.ngehehe
– Butterfly
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/