jangan tipu diri sendiri

jangan tipu diri sendiri

Assalamualaikum wbt.
terima kasih admin sudi approve.
okay. cerita aku macam ni. umur aku 22 tahun. sekarang final semester. Aku baru putus tunang bulan lalu. bukan tunang yang ada majlis apa semua tu cuma dua2 belah pihak dah tahu tentang persetujuan kami untuk nikah. sebelum ni aku tak pernah suka sape2. aku berusaha sungguh2 untuk jaga hati. aku tundukkan pandangan, aku sgt tegas dengan lelaki yg nak kawan saja2. tapi bila dia datang (aku kasi nama A lah ya) aku macam wahh ni jodoh aku kot. aku kenal A melalui kawan aku. aku terima dia selepas beristikharah. dia alhafiz, ustaz, baik, sangat2 baik. aku lebih kenal dia melalui adik perempuan dia dengan ibu dia. kitorang tak contact kalau takde hal penting. dan aku sgt tegas dalam bab2 nak contact saja2 ni. dia pon macam tu. Kitorang pernah jumpa sekali jer masa awal2 nak kenal dulu lepastu aku ingat2 lupa dah muka dia. hahahaha

belah family dia sangat2 berkenan dah dgn aku. kalau boleh nak cepat2 langsungkan majlis. tapi belah family aku plk, mak ayah aku takde bagi kata putus. diorang pon sgt2 berkenan dah dgn A sebenarnya. tapi…mak ayah aku berat nak lepaskan aku. tapi diorang takde bagitau direct dgn aku. aku dgn A macam tu lah. merancang nak nikah tapi perancangan kami mcm takde hala tuju. kami pon rasa tak syok lah kan duk macam tu jer walaupun kitorang sgt2 menjaga. tapi hati tu tak tenang. kami tak boleh tipu diri sendiri.

satu hari tuu, aku beranikan diri walaupun aku tak sure apa yg aku buat. aku bagi quotes kat A ayat ala-ala macam ni la
"walau terpisah jauh, kalau dah jodoh tak ke mana"
"kita usaha cari redha Allah dulu"
"kalau kita sedang menjaga hati, inshaAllah jodoh kita pun sedang menjaga hati"
lebih kurang macam tu lahh..

then.. esoknya dia balas. dia cakap kali ni dia tekad. dia dah fikir masak2. dia nak putus. dia nak kerja elok2 dulu, nak stabilkan ekonomi dulu, siapkan diri, bantu mak ayah dia, bahagiakan mak ayah dia dulu, dia nak perbetulkan diri dia dulu and everything. dan lagi aku terharu dia bagitahu mak aku dulu sebelum dia bagitahu aku tu. Subhanllah! ! Faham tak perasaan tu bercampur tau. sedih tapi happy tu lagi banyak sampai dapat tutup sedih tu. rasa macam Ya Allahh Kau dengar doa aku, Kau tolong aku keluar daripada kekacauan ni. selama ni kitorang rasa benda yang sama cuma masing2 takut untuk luahkan sbb takut kehilangan. aku takut aku tak dapat dah org sebaik dia walhal dia belum tentu jodoh aku.

lepas tu kitorang mmg lost contact. mak aku cakap berkawan la dengan dia.. hmmm bagi aku takpelah. aku taknak kawan dgn lelaki. aku nak jadi mcm dulu. aku pun nak persiapkan diri aku. aku belum ready. aku nak fokus pada final semester aku ni. Tapi dalam doa aku, aku mengharap lagi dia jadi jodoh aku tapi kalau dia nikah dgn org lain aku redha sbb dia layak untuk dapat org yg lg baik drpd aku. perasaan tak layak tu sampai skrang masih ada dlm diri aku.

Okay. tak habis lagi cerita ni… sorry panjang.
baru2 ni kan, aku whatsapp la mak aku,aku saja2 tnya apa kelebihan akak? Aku mengharap mak aku balas macam “akak ni pandai bergaul dengan masyarakat, berani, panadai menjahit, bla bla bla” tapi mak aku balas "akak anak yg paling dengar kata mak, kalau mak bagitahu apa2 akak tak pernah bantah wlaupun benda tu terlalu perit buat akak. akak dari dulu tak pernah susahkan mak dgn ayah. kalau adik buli akak, akak tak perna balas balik. akak terlalu sayangkan family kita. akak ikut perintah agama walaupun mak tak pernah ajar. mak bersyukur akak dah nak belajar masak, itu bekalan untuk menjadi seorang dewasa (aku malas sikit nak masak sbb kakak2 ada. hehe).” then, part ni aku nak highlightkan "mak nak bagitahu ni, masa A bagitahu nak kawen dgn akak dulu, mak rasa nak pitam, luluh hati mak. mak rasa tak puas lagi bersama akak. ayah pon macam tu. hari2 mak berdoa agar ada jalan penyelesaian. Alhamdulillah Allah dah makbulkan doa mak. mak terlalu sayangkan anak2 mak. mak sunyi tanpa anak2 di sisi"
satu malam tu aku nangis sbb terharu.. aku macam sedar. segalanya berlaku sbb ada hikmah. doa seorang ibu tu sgt power weh. aku putus dengan A bukan semata mata aku dengan A belum ready tapi sbb mak aku pon belum ready nak lepaskan aku. Allah tolong aku melalui doa mak aku (serius rasa nak nangis balik huuu).

alright. korang yg kat luar sana, apa2 yg korang buat, utamakan Allah. minta Allah tunjukkan jalan. jangan tipu diri sendiri. jangan ragu2 untuk buat keputusan. Allah dah gerakkan hati tu, teruskan niat. fokus untuk bahagiakan ibubapa dulu. redha Allah terletak pada redha ibubapa. bagi yang nak kawen tu, mabrook.. aku dah takde rasa nak kawen awal. perasaan nak kawen tu ada sbb dulu aku ada calon, skrang dlm kepala aku cuma ada mak ayah aku, assignments, fyp, nak grad dengan jayanya, macamana nak dapat kerja nanti, macamana nak tolong ummah. aku nak lebih bersemanagt dalam dakwah dan tarbiyah. Jangan fikir pasal jodoh sebelum sampai waktunya. Jangan rosakkan hati. Kejar cita2 korang. Travel the world, explore new things. Last but not least, be you, be the best of you :)
doakan aku juga.

"JIKA MAHU ALLAH TUNAIKAN APA YANG KAMU CINTA, TUNAIKAN DULU APA YANG ALLAH CINTA"

Maaf kalau ada tersilap kata terguris rasa. terima kasih sudi baca.

– potato

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *