muslim vs non-muslim
yang pertama sekali, aku bukan budak uia, dan takde kena mengena dengan uia. tapi iium confession macam tempat paling sesuai untuk aku tulis benda ni which i dont even know why.
aku baru mula kerja dalam dua bulan lepas dekat tempat yang community dia non-muslim. so, hanya aku dan beberapa orang sahaja yang melayu (and muslim). jadi dekat tempat kerja ni, memang aku jarang bercakap sebab aku dengan melayu yang lain department pun lain-lain. yang non-muslim bercakap bahasa mereka dan aku memang akan hanya fokus kerja dan bercakap bila perlu.
satu hari, tempat kerja aku ni buat hari kantin or macam open-day. so semua orang ditugaskan jual foods or things yang boleh djual dekat public. disebabkan melayu sikit, kitorang dikumpulkan dalam satu gerai and boleh jual apa yang kitorang nak lah. since aku baru 2 bulan kerja dan memang jarang cakap dengan pekerja melayu lain, aku tak berapa kenal dorang hanya kenal pada nama.
so, kitorang decide nak jual halal foods. ada makanan, air apa semua. untuk open-day tu sistem kupon was being used. public yang datang kena beli kupon and then nanti boleh beli dekat gerai mana-mana dorang suka. jualan kitorang laku, since kitorang punya menu pun best and dorang pun suka nak cuba.
yang xbestnya bila.. staf-staf melayu yang dengan aku tu, bila dah habis orang datang and pelanggan pun dah boleh kira dengan jari, dorang ambik balik kupon-kupon yang kitorang dapat tadi tu and then pergi kat gerai-gerai lain untuk beli. masa nampak tu, aku terkejut sebenarnya sebab dalam kepala aku 'bukan kupon pun kira nilai duit ke? maknanya kita ni beli xbayar la nanti kan?' dorang ajak aku ambik kupon tu sekali tapi aku cakap "xpelah, saya xnak beli ape2 pun.."
agak banyak jugaklah kupon yang dorang buat jadik kupon dorang sendiri tu.. bila dorang rasa xcukup, dorang ambik lagi. aku kat situ serba salah sangat.. sebab pada aku benda tu salah and memang salah.. tapi aku nak tegur, aku baru kerja, and dorang jauh berumur daripada aku. tapi serius aku rasa bersalah, berdosa, semua ada. aku sampai rasa 'teruknya aku ni duduk sini diam je…'. tapi memang aku xtau dah nak buat apa. aku mampu tengok je…
sampai balik rumah pun aku still fikir benda ni… and sampailah aku confess ke sini..
sampai aku fikir, kenapa orang melayu (or dikatakan muslim) sanggup buat benda-benda macam tu, dekat tempat yang semuanya non-muslim yang xbuat pun macam tu.
maybe aku pun salah sebab tak tegur or xbuat apa-apa, entahlah takut sangat kot.
guys, what do you think?
– a.
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/