PEROGOL DAN PAKAIAN
Salam sejahtera pembaca. Aku dah lama fikir benda ni and ada aku jumpa pemikiran macam ni sekali sekala jadi ni versi aku pulak.
Siapa yang bersalah, perogol atau pemakai seksi? MESTILAH PEROGOL! Aku memang setuju 200% bahawasanya perogol yang bersalah, sebab merogol memang..salah? Apatah lagi, perbuatan merogol orang tu sesuatu yang lebih jauh daripada sekadar "bernafsu" atau "get boner" subconsiously. Sebab merogol itu perbuatan yang definitely CONCIOUS, (melainkan kau dirasuk, maka boleh lah kau salahkan hantu?). Untuk merogol perlu ada rancangan, dekat mana, ada org nampak tak, etc. So definitely perbuatan yang dirancang, lelaki ramai yg bernafsu tengok perempuan seksi, tapi tak semua lelaki MERANCANG untuk merogol pun??? Jangka masa untuk kau istighfar dan/atau tundukkan pandangan lagi cepat daripada nak merancang rogol tu.
TAPI JAP!
Aku pun tak kata perempuan sesuai untuk dressup mcm berbogel dan expect lelaki tak terfikir untuk "merancang" tu. Perempuan muslim, harus faham tiada istilah "freedom of choice" kerana kalau kau beriman kau percaya bahawa badan kau bukan hak mutlak kau. Kau telah diarahkan untuk menutup aurat, despite perogol tu wujud atau tidak (but guess what, ayyy perogol wujud). In fact, buat semua umat Islam pun, takde istilah freedom selagi kau menganut kerana sesungguhnya dunia ialah PENJARA orang beriman. Kalau mesej aku ni sampai ke pembaca bukan Muslim, dengan segala hormat aku minta agama aku tidak disalah erti kan. Islam mewajibkan penganut menutup aurat, period. Thats part of Islam, please do not speak for the 'rights' of people in this religion if you are not part of it, you won't understand.
Now comes the common sense part. Aku nak tanya student UIA, rumah kalau terbuka luas tak berkunci tak berjaga, kalau ada pencuri datang curi barang, bolehkah dia dipotong tangan dan adakah tuan rumah tidak bersalah dalam hal ini? Dan aku nak tanya, kalau tuan rumah bersalah, pencuri tu bersalah jugak tak sebab mencuri? Pada aku dua2 salah. Sama lah dalam hal kes perogol dan pemakai seksi. OKAY, sekarang comes to the "we should educate men not to rape, self control,etc etc.". Now, berapa ramai jenis jenayah lagi yang patut diEDUCATE ,perompak, pengedar dadah, pembunuh, takde pula orang nak menegakkan program education untuk penjenayah2 mcm ni…? Kesian, di anaktirikan. KIta just accept perompak tu wujud, dan adakan kawalan pengawal, intsall cctv, install security system, kunci, mangga gril, dan sebagainya. So, wanita, kenapa kau delusional dan rasa perogol boleh di"educate" semudahnya with what, FB page? Seminar, workshop? Kalau aku perogol, aku lagi suka gerakan korang nak "menegakkan" freedom berpakaian ni, senang aku cuci mata dan cari calon seterusnya. Senang kerja aku.
Conclusion, dua2 pihak perlu dieducate dari sekecik2 manusia lagi, especially to muslims. Educate anak lelaki untuk kawal nafsu 1 yg besar tu, dan educate anak2 perempuan untuk kawal nafsu nak berpakaian melanggar hukum syarak. Parents educate your children, about the religion and the world we live in, ladies and gents educate yourself about modesty. Tak payah sembang apa the criminals kena buat dulu, sembang pasal apa diri sendiri kena ubah dulu. Ladies, be the change you want to see in the world, tak sesuai untuk kau stay berpakaian seksi, buat apa kau suka, freedom of this and that, tapi kau nak lelaki pulak yang berubah dan belajar kawal diri dengan lebih efektif, dan tundukkan pandangan, dan macam2 education lagi. Kepada sisters yang memang dah tutup aurat dan hampir/sudah menjadi mangsa,im sorry for what happened to you, kau memang tak bersalah dan im sorry that rapist just couldnt care less. Elakkan tempat2 yang meragukan dan berpotensi, selalu lah jaga diri dengan doa dan teman bila keluar. Ingat, aku masih 200% setuju yang perogol masih bersalah. Tapi ladies pun kena ingat, penjenayah tak peduli kau punya rights. So jagalah diri. Kalau kau NAK jugak berpakaian seksi, tak perlu lah kau berharap "I wish men respect women and are more educated not to rape", because guess what, rapist exist and they dont care about your wish. Aku doakan kau selamat dan berminat dengan modesty life later. I too, wish the world is a better place, but the world is what the world is, and I pray for safety and protection from evil to all of us. Amiin.
– Papan Kekunci
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/