Redha Allah terletak dari redha ibu bapa

Redha Allah terletak dari redha ibu bapa

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak cerita sikit pasal kisah aku. Okay cerita dia mcm ni , habis SPM aku dapat tawaran daripada JPA sambung kos engineering di Jepun. Alhamdulillah hari tu interview semuanya smooth je. Sebenarnya, aku isi-isi je borang tu. Tak yakin pun akan dapat tawaran sebab aku ni boleh dikatakan introvert. Tapi malang sekali, mak aku tak bagi. Dia xnak. Aku macam sedih gak ah, dah penat2 berlatih untuk interview tup tup xkena bagi. Sedih wey,, bagi aku dia umpama dapat hadiah depan mata tapi kau tak nak. Aku nangis 3 hari 3 malam pastu aku biarkan je la. Apa boleh buat kan.

Pastu aku masuk lah program satu tahun asasi di universiti awam sebelum melangkah ke pengajian sarjana muda.

Masa isi UpU untuk degree kan, hati aku mcm nak ambik Mechanical Engineering. Aku pun tanya mak aku, mak aku mcm berat hati. Dia mintak aku pikir banyak kali. Aku pun tak tau nak buat apa. Aku tak tau masa tu nak pilih electrical atau mechanical. Last day of UPU, aku tekad ikut cakap mak ambik electrical engineering . Aku tawakal dgn pilihan aku.

Beberapa bulan kemudian, aku dpt lagi tawaran biasiswa dari syarikat GLC. Aku terkejut gila, ingatkan xdapat tau sebab kuiz dia bapak susah. Aku xhabis jawab kot. Hihi. Aku pun pergi interview dan Alhamdulillah dapat gak.

Daripada cerita aku ni, apa2 yang kita buat perlu ada redha parents. Tengok, kalau mak aku xsuruh aku pilih electrical, mungkin aku ada masalah kewangan sekarang. Lepastu, kalau mak aku xsuruh pegi Jepun, mungkin aku pun ada masalah kewangan.( JPA kan mcm ada problem duit skrg). Ya Allah, aku bersyukur sangat :') Apa2 pun kita buat perlu ada redha ibu bapa.

#sorry ayat tunggang langgang. Nak test esok. Doakan saya :)

– Miss engineer to be

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *