Assalamualaikum. Aku J, umur pertengahan 20-an. Aku baru habis belajar 3 bulan lepas dan sekarang menetap dengan nenek aku.
Okay cerita dia macam ni. Nenek aku pakai handphone tapi yang lama bukan touchscreen pun (ala yang tekan2 tu). Dan nenek aku cuma tahu call je, SMS cuma pandai bukak dan baca. Internet handphone tu tak boleh support so memang tak ada whatsapp la.
Jadi aku fikir baik aku tukar nombor phone nenek aku daripada pre-paid ke post-paid sebab ada pelan unlimited calls and sms hanya rm30 sebulan (dan 1GB internet).
Sebab nenek aku memang suka call orang dan menyembang berjam-jam so aku rasa lagi berbaloi la. Tapi bila sampai bill for the first month, rm49. Aku pelik gak tapi aku tak check invoice betul2 dan bayar je.
Masuk bulan kedua bill rm86. Aik? Asal mahal sangat? Barulah aku check invoice betul2 dan rupa2nya lebih kurang extra rm50 kena charge sebab mesej2 iklan dari company ###. Bill bulan lepas pun lebih kurang sama je tapi hanya rm49 sebab da tolak deposit rm30 aku bayar masa register pelan post-paid.
Aku pun search pasal. ni, ### merupakan company yang hantar mesej2 iklan kt phone kau tapi kau yang kena charge. Bila aku belek2 mesej kat phone nenek aku tengok ada banyak mesej iklan daripada nombor 5 angka. Dan satu mesej charge rm4.
So kalau sebulan kau terima 13 mesej total up jadi rm52 nenek aku kena bayar. So aku terus mesej STOP untuk hentikan semua mesej tersebut. Caller ringtone nenek aku pun aku unsubscribe sebab ada extra charge rm3 sebulan. (Nenek aku tak pernah langgan dan tak pandai pun nak langgan benda2 ni).
Aku pergi m**** centre nak selesaikan masalah ni. So diorang pun block mesej2 iklan tersebut. Okay satu masalah dah selesai, aku tak akan terima mesej2 ni lagi in the future. Next aku nak refund (rm100 lebih kena charge sebab mesej2 tu).
Bila aku minta refund mula2 diorang suruh aku contact company tu sendiri tapi aku cakap aku tak pernah langgan pun sebelum ni. Lama jugak aku tunggu kat centre tu dan akhirnya jawapan yang aku dapat cuma “kami dah email company tersebut dan mungkin memerlukan dalam 2 minggu hingga sebulan sebelum kami contact anda balik”.
Abang aku cakap tak ada maknanya diorang akan contact balik. So dia suruh aku call customer service dan tuntut hak aku sebagai pengguna ( bagi pihak nenek aku la).
Yang aku risau sebab pendengaran nenek aku pun dah kurang. Dia pun tak faham sangat kalau aku explain. Kalau diorang contact balik nenek aku dan aku tak ada masa tu agak2 macam mana tu?
Aku pun call customer service dan diorang cakap pada **/05/19 dan waktu sekian2 ada dlm rekod mereka yang nombor nenek aku ni hantar sms untuk langgan perkhidmatan tersebut. Aku terkejut dan hairan sebab cuma aku, mak aku dan nenek aku tggl sekali. Dan nenek memang tak pandai sms so ini memang mustahil.
Aku tanya balik “okay kalau ye pun mesej tu dihantar itu langganan untuk bulan ni, tapi saya kena charge dari bulan 3 lagi. Macam mana pula dengan bulan2 lepas?”
Dia jawab “oh, saya kena periksa lagi untuk bulan2 yang lepas tapi dlm rekod kami memang ada mesej yang dihantar keluar oleh nombor ni (untuk melanggan).”
Masa tu aku terus emo dan ckp “saya tak boleh terima kenyataan ni sebab pengguna nombor ni memang tak pandai sms, cuma kol sahaja. Mungkin rekod ni telah dimanipulasi oleh pihak m****.
Dia tergamam sekejap dan tergagap2 jawab err.. tak.. tak, rekod ni memang err, err ….ada… ( lebih kurang macam ni la aku tak ingat sangat sebab die gagap).
Sebelum tu fluent je dia cakap siap bagi contoh lagi “yang hantar mesej2 ni adalah third company dan mereka yang receive bayaran tersebut. M**** hanya method of payment sahaja. Contohnya cik pergi google playstore dan beli lagu lepas tu pilih debit card sebagai method of payment. Macam tu la”
“Masalahnya saya tak pernah langgan!” aku mula naik suara. Sebab analogi tu macam nk cakap aku yang langgan mesej2 tu dan gunakan m**** as method of payment aku.
Aku terima mesej2 iklan dr third company (yang aku tak pernah langgan) dan m**** charge aku instead of that company. Siap ckp ada rekod yang aku langgan??
Dan mula2 diorang tak nak bertanggung jawab bahkan suruh aku sendiri contact company tu dan selesaikan. Banyak cantik!
Finally dia cakap yang dia dah hantar report untuk teliti semula dengan company ###. Sekiranya tiada langganan dibuat refund akan diberi dan ini mengambil masa (tak specify). Abang aku cakap kol balik customer service hari2 smpai diorang bagi refund. Itu pendapat die.
Aku nak minta pendapat korang yang pernah terkena macam ni apa yang korang buat dan korang berjaya tak dapat refund? Untuk yang tak pernah kena alhamdulillah tapi hati2 dan check bill korang betul2.
– J (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit