Abang

Aku ada seorang abang yang merupakan seorang pesakit mental illness. Tapi sedikit pun aku tidak pernah malu untuk mengaku dia abangku. Hehe, kerana padaku dia adalah abang dari syurga.

Kisahnya bermula begini, abang telah disahkan oleh doctor psykiatri mengidapi sakit schizophrenia semasa awal 20an. Ketika itu tidak aku nafikan telalu banyak dugaan dalam keluargaku. Ya, mungkin kerana itu juga dia tertekan.

Ayah aku dan ibuku telah bercerai pada masa itu (kini sudah rujuk kembali alhmdulillah). Dan ayah juga pada masa itu bukanlah seorang yang bertanggungjawab segala nya di letakkan kepada abang. Kesian abang.

Sewaktu tamat sijil, dia bercadang untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat diploma tapi semangatnya itu dipatahkan sendiri oleh ayahku. Ya bagiku ayah ku jahat pada masa itu sangat jahat! Kerana dia, abangku begini pada hari ini.

Sepanjang abang sakit, tidak sikit pun dia lepas dari melakukan tanggungjawabnya terhadap adik-adik walaupun pada ketika itu, dirinya sedang bertarung dengan sakitnya. Ketika sakitnya teruk, boleh dikatakan setiap hari pasti dia akan mengamuk, banyak perabut rumah ku telah pun rosak dan pecah akibat daripada amukkan abang.

Aku kasihan melihat dia ketika itu tapi aku tak mampu membantu. Pernah juga ketika sedang menjemputku dari sekolah fikirannya tiba-tiba bertukar tidak waras dan memandu dalam keadaan yang amatlah bahaya. Tapi aku hanya mampu tawakal.

Salah satu moment yang paling tak dapat aku lupakan tentang abangku apabila ketika menghantarku ke sekolah, tiba-tiba hujan lebat dan sangat lebat. Masa tu, helmet yang aku pakai tiada penghadang muka dan helmet yang dipakai abang ada penghadang muka. Tiba-tiba abang memberhentikan motornya ditempat teduh dan menyuruh aku memakai helmetnya yang mempunyai penghadang muka.

Katanya, sakit hujan ni bila kene muka pakailah helmet yang ini. Lalu helmet pun bertukar tangan dan dia memakai helmet ku yang tidak mempunyai penghadang muka. Bayangkanlah, dalam keadaan hujan lebat dia membawa motor dalam keadaan menahan sakit ditimpa hujan dimuka dan penglihatan yang tentunya terganggu akibat hujan. Semata tidak mahu aku sakit.

Pada waktu ini, aku betul-betul rasa sayu. Kerana, sedang sakit teruk seperti itu, dia masih memikirkan aku. Demi melihat aku selesa untuk ke sekolah. Abang adalah anugerah Allah dari syurga buat ummi dan adik beradikku.

Walaupun dia sakit teruk, setiap kali akalnya waras, tidak akan sedikit pun dia benarkan ummi ku untuk membuat kerja-kerja di rumah. Tidak sedikit pun dia membiarkan rumah dalam keadaan kotor. Sidai kain, basuh pinggan, cuci tandas, basuh baju, dan segalanya pasti akan dia uruskan. Sehingga aku sendiri kadang kala berasa rimas kerana tidak tahu untuk buat apa kerana semuanya telah dia uruskan.

Masih segar diingatanku ketika aku sedang menduduki peperiksaan besar stpm, beliau menyuruh aku untuk focus study tanpa perlu untuk mengemas apa-apa kerana dia ada katanya lagi, dia akan urusnya semua. Katanya juga, aku hanya perlu study exam dah semakin hampir. Aku akur dan study dengan baik. Sehingga aku Berjaya memperoleh keputusan stpm yang sangat cemerlang. Alhamdulillah.

Abang, seorang lelaki yang paling penyabar dalam melayani kerenah adik-adiknya. Cakap sahaja ke mana aku dan kakak ku ingin pergi, pastikan dihantarnya. Pernah satu hari aku ditegur oleh cikgu ku ketika itu, aku keluar agak lewat dari sekolah kerana terleka study.

Masa tu, guruku menegur supaya lekas keluar kerana jika tidak pasti akan dimarahi abangku. Yalah, lelaki kan mana suka menunggu. Tapi, setiap kali aku keluar lewat, abang tidak pernah sedikit pun marah atau mengeluh. Dia Cuma bertanya kenapa aku keluar lewat? Ada kelas tambahan ke tadi? Itu sajalah soalnya. Lalu, dia terus focus membawa kereta.

Abang, dia juga rajin melayani kerenahku ini yang suka berjalan. Padaku antara perkara yang paling best apabila abang suka layan aku ketika memilih alat makeup di kedai Watson dan ketika memilih untuk membeli pakaian haha sebab abang akan bagi komen yang paling jujur punya. Ini cantik itu tak cantik, yang ini lebih sesuai dan ini xsesuai. Itulah abangku.

Walaupun banyak mulut busuk yang suka mengatanya seolah-olah menyusahkan ummi kerana tidak bekerja, dan tidak lepas juga mulut-mulut yang mengatakan dia ‘g*la’ satu ketika dahulu akibat dari sakitnya. Sakit hatiku apabila orang mengatakan abang seperti itu.

Tapi pada aku, abang lebih sihat daripada orang lain yang mengatanya sedemikian. Kerana, dia seorang yang sentiasa menyenangkan ummiku, dia seorang yang tidak pernah tinggal solat dan rajin beramal, dia seorang anak yang taat, dia seorang abang yang sangat bertanggungjawab dan dia seorang yang amat hampir dengan ‘syurga’.

Wahai pembaca yang Budiman, tolong doakan abang aku sembuh sepenuhnya ya? Dia layak untuk mendapatkan kehidupan seperti orang lain tidak sanggup aku melihat orang cuba untuk memandang rendah kepada dia lagi.

Kini, aku berada di utara tanah air sedang melanjutkan pengajian di puncak Menara gading. Apalah khabar abang disana? Rindu kepadanya semakin menghimpit jiwa. Semoga abang segera sembuhh. Allah, lindungilah abang dan berikanlah dia kesembuhan, ameen.

– Nur taha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *