Maaflah Sekiranya Bakal Suamimu Encik Sotong

Maaflah Sekiranya Bakal Suamimu Encik Sotong

Assalamualaikum.

Motif saya tulis dan hantar post/confession ni sebab saya nak share tentang perkara yang baru berlaku pada saya beberapa bulan yang lalu. Bagi saya hal ini agak sedih kerana ia melibatkan diri/perwatakan saya, especially kalau seseorang itu mempunyai ”nasib” seperti saya yang saya akan jelaskan nanti.

Anyway, the story goes like this; saya ada berkenalan dengan seorang gadis ini. Kami mula berkawan semenjak di bangku sekolah lagi. Akan tetapi, kami berdua bukan dari sekolah yang sama. Kami berkenalan melalui page media sosial rakan sekelas saya. Sepanjang 9 tahun kami berkenalan, status persahabatan kami sekejap okay, sekejap tidak. Sekejap serius, sekejap biasa. Biasalah, memang tidak dapat dinafikan hal ini memang tetap akan jadi dalam mana2 persahabatan sekalipun.

Nak dijadikan ceritanya, dalam tempoh 9 tahun tu, kami berdua tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. Coincidentally met, once. Itu pun dia yang perasan. Saya tak. But officially bertemu, nope, tak pernah. Cuma berkawan melalui texting SMS dan mesengger. Sampailah satu hari di mana kami berdua betul2 serius untuk berjumpa di sebuah kedai makan. So, pada hari perjumpaan itu, saya datang 10 minit awal dan semasa menunggu dia datang, hanya Allah sahajalah yang tahu betapa gelisahnya saya pada waktu tu. Jantung seakan berada di tekak dan berjiran dengan halkum.

So, saya pun tunggu. 10 minit lalu, dia masih tidak muncul. 15 minit berlalu, dia masih lagi tidak muncul. Tunggu punya tunggu, akhirnya saya nampak kelibat dia. Pada waktu tu, jantung dah bersama dengan anak tekak. Bertudung biru dan berjubah moden. Dia berdiri di pintu kedai mencari saya, I think. Saya melambai tangan ke arahnya. Dia datang dengan senyum yang Allah, alahai. Woof! Hahaha. (Astaghfirullahal’azim). Dia tanya saya; “I am so sorry, had to run some errands before I get here. Dah lama tunggu?”. Saya balas senyuman dia dan jawab, “lama juga la, but WUTEVA, it’s okay. I don’t mind actually”. Saya perasan yang sebaik sahaja saya ungkapkan perkataan ‘wuteva’, raut wajah dia terus berubah. Dia duduk tak sampai 5 minit, terus minta diri dengan mengatakan yang dia nak kena cari barang untuk praktikal dia nanti. Saya terkejut because we haven’t even started yet and now she wants to leave. Saya sempat tanya whether dia nak makan apa2 tak, saya belanja. Dia tolak perlawaan saya, terus minta diri dan keluar dari kedai makan tersebut. Saya tergamam.

Sepanjang perjalanan balik, saya tidak henti berfikir tentang hal ini. Bertanyakan pada diri sendiri, di manakah silapku? Malam itu saya hantar SMS, bertanyakan khabar dia. Dia tidak jawab. Saya call, tidak diangkatnya. Saya hantar SMS sekali lagi kepadanya berdoa agar dia balas. Dan Alhamdulillah, dia balas. Tapi,.. SMS yang ditulisnya tidaklah seperti yang saya harapkan kerana bagi saya mesej tersebut berbunyi agak kasar.

"Why aren't you picking up my calls nor replying my texts? Are you okay? Glad that we finally met even for a while, but it was fun tbh. Well, for me that is. "
“I’m alright, I guess. Had a family gathering just now. Can you stop sending me texts? And just forget of what’ve happened today, okay? Goodnight.”
and I then replied, “phew. I thought something bad happened to you. Yeah, sure thing. Let me know about anything tomorrow! Goodnight. Jangan lupa subuh.”

Tapi keesokan harinya, tiadapun sebarang SMS yang saya terima daripada dia. Sebegitu juga seminggu selepas itu. Dan sebulan/2 bulan selepas itu. Saya hantar SMS, langsung tidak dibalasnya. Hantar mesej melalui aplikasi whatsApp, mesej terapung oleh sebab nombor saya telahpun diblok olehnya. Saat tu rasa macam nak jerit sekuat2nya biarpun sampai hilang suara. Tapi saya teringat akan kata2 mak saya, “setiap yang berlaku, pasti ada sebabnya. Dan ia berlaku tanpa keizinan Allah SWT”.

Sehinggalah pada suatu malam itu masa saya nak tidur, akhirnya saya sedar kenapa dia berperangai sedemikian dan ingin terus beredar dari kedai sebaik saya menjawab soalannya. Masalah ini berpunca kerana saya seorang lelaki yang berperwatakan lembut. Yes, lembut. But ketinggian, bentuk badan (saya kerap bersenam, angkat berat dll), dan segala luaran di badan saya memang tampak lelaki sejati. Bukannya saya SS (syiok sendiri) ke apa, tapi almost all kenalan saya, who are girls apparently, yang mengatakan sedemikian. Kononnya/bagaikan setiap lelaki idamkan untuk mempunyai badan seperti saya. (Puking much?)

Tetapi saya juga sedar yang cara perbualan (pelat?/accent) dan personaliti saya tidak sepadan dengan luaran saya seperti mana orang harapkan. Mana tidaknya, saya mempunyai suara berbunyi seakan getah terlekat di tekak, use words & phrases like “totally”, “Oh My God”, “that’s so cute”, “ew”, “like, whatever!”, “Duhhh” etc. in my daily conversation dan berpewatakan agak 'feminin'. Saya tidak pakai makeup, tapi saya sangat jaga penampilan saya. Senang cerita just bayangkan, seorang laki berbadan tegap tapi bercakap seperti Cher from Clueless atau Trisha Paytas, the Youtuber. Lawak bukan? Although I talk like a Cali girl or even sound like a gay guy, but I am absolutely 100% straight!

I got up from bed, dan terus menghantar mesej kepadanya, menyuruh dia untuk menjawab secara jujur sekiranya semua ini berlaku disebabkan saya bercakap dan berwatak lembut? Dia membalas, “Yes and I am sorry.”

I'm crushed.

Anyways, sudahpun berbulan lalu dan so far, I’m okay – if you guys’re wondering la. Tapi agak susah bagi saya untuk lupakan dia oleh sebab kami berdua 'berkawan' dalam tempoh yang agak lama. Boleh dikatakan saya tahu semua apa yang dia suka dan tidak suka. Sebegitu juga dengan dia terhadap saya. I just hope that she’s currently doing well in whatever she’s doing and pray the best for her. My arms are still open for her even if she just wants us to be friends and not more than that.

Untuk wanita/perempuan mahupun lelaki di luar sana, jangan terlalu kecam lelaki yang lembut seperti saya ini. Saya tidak meminta pun untuk jadi sebegini. Janganlah fikir yang setiap lelaki di dunia ini harus bersifat maskulin. Tidak semestinya yang lembut itu songsang, dan yang ‘ganas’ itu lurus. Fikirkan; lelaki jenis mana yang lebih memahami wanita dan boleh dipercayai.

Apa2pun, saya terima sekiranya Allah tetapkan yang saya tidak akan berpasangan dan berkeluarga. Akanku terima, Ya Allah.

Thank you, admin!

– Squidward

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *