Dari rasa kecewa,aku temui Allah
Assalamualaikum semua..
Teringin rasanya nak share kisah hidup aku. Mana tahu, boleh beri inspirasi pada orang lain. Cerita aku ni berkait tentang cinta. Sebab dari cintalah aku dapat merasai betapa manisnya berhubung dengan Allah.
Honestly, aku perempuan biasa. yang tak solehah pun. tak baik pun. Tapi, suka2 nak mencari cinta.kuikuikui.. Perkenalan antara aku dengan T bermula di mukabuku. Banyak benda yang kami share bersama. Hobi kami juga sama. Dan dia seorang yang sangat baik. Banyak mengingatkan aku tentang Allah. Pendek kata, semuanya indah belaka masa kami berkawan. Sampai satu masa, T luahkan yang dia suka pada aku. Dia minta aku tunggu dia sampai dia habis belajar dan kerja. Ok,aku setia. Setahun lepastu, T berubah sikap. Dia jumpa orang yang lebih solehah dari aku. Lebih baik dari aku dan tentunya lebih cantik dari aku. Dan dia tinggalkan aku dengan alasan dia tak pernah suka aku. Aku senyum meski masa tu hati dah hancur lumat. Aku cuba sadokan hati walaupun airmata dah tak sabar2 nak melompat keluar.
Lepas putus dengan T, baru aku sedar tiada siapa yang lebih sayangkan aku kecuali Allah. Aku mula cari Allah. Aku mula dekatkan diri dengan Allah. Aku mula tadabbur ayat-ayat Allah. Berkali-kali Allah pujuk aku supaya sabar sebanyak-banyaknya. Masa tu, rasa kecewa teramat. Aku mula sedar kesilapan diri, bahawa couple tak menjamin apa-apa. Mungkin masa tu aku letakkan pengharapan yang terlalu tinggi pada manusia. Sampai Allah tegur.
Lama kelamaan, aku terlalai kembali. Aku berkenalan pula dengan R atas alasan dakwah. Chatting setiap malam. Aku anggap benda tu 'halal' sebab kami tak pernah call,tak pernah dating. Tapi, aku tak perasan yang hati dah mula pandai rindu2. Beberapa bulan berkenalan, akhirnya R luahkan hasrat untuk memperisterikan aku. Aku seronok tak terkata. Waktu R luahkan perasaan dia kat aku, aku segera capai al-quran dan solat sebab nak minta Allah restu. Hati aku berbunga2. Tak sabar nak tunggu R masuk meminang. Entah di mana silapnya, akhirnya R berkahwin dengan orang lain. Tanpa kata putus, R berlalu pergi dalam hidup aku. Kecewa? Mungkin sedikit. Menangis? Tak. Tak tahu kenapa tiada airmata yang mengalir waktu aku tengok R bersanding dengan orang lain.
Aku tengok tanpa rasa. Sebab aku tahu, Allah jauh sayangkan aku. Allah sengaja ketuk hati aku berkali-kali supaya aku sedar tiada siapa yang boeh sayangkan aku seluasnya kecuali Dia. Dan aku juga sedar, pastinya saat ini Allah sudah menyediakan seseorang yang paling baik untuk bersama aku. Lepas 2 kali putus cinta, aku lebih selesa berdua bersama Allah. Masa aku sedih,Allah tak pernah jemu pujuk aku. Walaupun berjuta kali aku curangi Allah, Allah masih lagi cintakan aku. Dia masih lagi sudi pinjamkan nikmatNya untuk aku.
Seronokkan? Allah beri rasa kecewa, sebab Allah nak panggil hati kita untuk mendekat padaNya. Allah nak tegur juga, jangan terlampau mengharap pada seseorang sebab mereka juga milik Allah. Allah berhak menarik mereka dari hidup kita. Jadi, apa yang aku nak sampaikan..sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia2. Mesti ada sebabnya.insyaallah
– -Ukhti Biasa-
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/