pengajaran
assalamualaikum dan selamat malam semua.
apa yang aku nak share malam ni aku harap sangat jadi pengajaran untuk org lain. kalau korg rasa cerita aku ni bermanfaat dan menyelamatkan korg dari sesuatu, yg aku mntk cuma doakan kehidupan aku lebih baik.
Apa aku nak share ni ialah berkaitan dengan LOAN.
Aku penjawat awam. As all we know, dalam Malaysia ni, penjawat awam la yang paling senang. paling cepat diluluskan loan. even loan ratus ribu pun, 3 hari da bleh dapat. aku baru je lagi dlam perkhidmatan awam. faham2 jela bila baru. gaji pun masih bersih lagi. mula terjebak dengan loan ni seawal 4 bulan perkhidmatan aku. buat loan dalam 18k tak silap. knonnya nk buat sikit je utk pkai pegi makan angin. lepas tu permulaan masalah jgk ialah apabila loan tersebut datang sepakej dengan kad kredit.
bila ada kad kredit, aktiviti shopping semakin menjadi2. kad kredit pun full. bila full, terlintas la pulak di fikiran nak buat loan lg untuk cover bayaran penuh kad kredit tu. knon2 berazam lepas clear balance kad tu, xnk pakai da. xde makna. pakai lg. same thing happened over and over again. rasa mcm gian nk buat loan. gian nk duit banyak, shopping bebanyak, beli brg x perlu tgk balance account. and finally, skrg ni loan aku da ada dalam 170k. dengan nothing yang aku bleh tengok hasil dr 170k tu melainkan barang2 yg aku da shopping x igt dunia.
apa yang tinggal dengan aku skrg cuma penyesalan. gaji kasar aku kalau ikutkan dalam 4k++ tapi tinggal 1k++. sedih sangat. penyesalan sangat. telajak perahu boleh di undur, telajak loan, menanggungla 10 tahun. memang kehidupan aku sekarang ni sentiasa dalam keadaan cukup2. kadang2 x cukup pun. tp alhamdulillah. Allah sayang kan aku. Dia sentiasa buka jalan, bagi rezeki untuk aku cover yang x cukup tu. mungkin berkat aku xpernah lupa nak bagi duit kt parents aku walaupun gaji aku tinggal sebegitu rupa. even benda lain aku xbleh cover bayar, duit bulanan parents aku xpernah x kasi. itu priority aku pada hari pertama gaji.
jadi adik2 yg baru dalam perkhidmatan awam khususnya, tolong beringat. memang buat loan sangat senang dan sangat best. banker pun xkan menolak punya bila tgk gaji kau bersih tanpa sebarang potongan melainkan kwsp. malah di tawarkan lagi perkhidmatan yang cepat dan mudah. tolong fikir dua tiga kali. dan tolong jadikan cerita aku ni pengajaran kpd korang. penyesalan aku memang x kan dapat di buang. tapi aku rs dengan cerita aku ni dapat menolong sekurang-kurangnya seorang daripada korang di luar sana.
tak salah nak buat loan tapi pastikan loan tu ada manfaatnya dan ada hasilnya. jangan jadi mcm aku.. loan sampai ratus ribu tapi 1 benda pun xde yg aku invest, yg aku bleh tuai hasilnya in future. buat loan semata-mata nk penuhkan keinginan membeli barang yang melampau2. sumpah, aku taubat. taubat sangat2.
itu sahaja perkongsian aku dan aku harap korang anggap cerita aku ni sebagai pengajaran kpd korang.
andai ini cerita aku ni bermanfaat untuk korang, cuma tolong doakan kehidupan aku akan lebih baik pada masa akan datang.
– debtor
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/