Duit Hantaran 16K
hmm.. aku tak pandai menulis dan tak pandai bercerita. tapi aku harap korang boleh faham.
aku dah kapel ngan gf aku dekat 4 tahun. kami sebaya tapi sebab aku banyak main, dia dah grad masa aku first year. dijadikan cerita sepanjang 3 tahun aku kat universiti aku berkorban untuk belajar bersungguh2 dgn satu matlamat, nak kahwin dia lepas grad. disebabkan aku takde duit, maka kami tak bincang sangat pasal kahwin. gf aku keje sales dgn gaji basic sekitar rm1500. so sepanjang aku belajar dia banyak bantu kewangan aku, aku pun ada juga kerja part time sikit2 sekadar nak menyara hidup.
dipendekkan cerita sekarang ni aku dah dah grad(walaupun belum konvo) dan baru mula bekerja sejak 3 bulan lalu dgn gaji bersih RM2.4k. alhamdulillah. akhirnya berjaya juga aku tamatkan pelajaran dan mendapat pekerjaan yang boleh juga dibanggakan.
jadi dalam bulan februari yang lalu, aku nyatakan hasrat pada mak aku nak merisik dia. mak aku terkejut sebab cepat sangat. almaklum mak aku takde pengalaman sebab aku ni anak sulung. maka dia ada panik sikitlah. aku pun pergilah cari cincin belah rotan dgn gf aku untuk majlis merisik ni. kami tak mampu nak beli cincin mahal2 jadi kami pegi kedai emas kelantan je. akhirnya jumpalah cincin belah rotan ni ni harga RM500 dgn berat 3.08gram. aku amik dan dia suka, aku bawa balik tunjuk mak aku mak aku pun ok je. gf aku dgn mak dia pun dah mula buat DIY barang2 perkahwinan.
jadi tibalah hari merisik 2 minggu lepas. aku nampak parents aku ngan parent dia boleh masuklah. kebetulan diorang pernah sekampung dulu. kami pun taktau sebelum ni. alhamdulillah. takde masalah family nampaknya. mak aku pun rasa family dia okay. aku lega. bila tiba time bapak aku bukak bab hantaran, bapak dia kata biar budak2 ni yang bincang sesama mereka. so takde kata putus yang jelas tentang hantaranlah. tapi bapak gf aku penah hint kat gf aku ni dia nak sekitar 13K. aku pun memang dah bgtau bapak aku sebelum ni.
minggu seterusnya entah macam mana, aku dengar bapak dia nak 16K pulak. gf aku pun macam dah patah hati. sebab bapak dia nak 16k tu fully untuk kenduri. so gf aku takde duit untuk buat benda2 lain macam baju pengantin cantik2, pelamin, mekap, fotographer. tu semua mungkin takde sebab dia pun dah kecewa dan patah hati utk dapat perkahwinan impian dia. dia dah redha buat simple2 saja.
so sekarang ni aku stress sebab gf aku dah start push aku untuk buat part time uber. aku taknak buat uber ni sebab aku tau tak untung banyak pun, lebih banyak buang masa dan tenaga dari untungnya. menabung jauh lagi baik. aku tak kisah, lepas kerja boleh je aku buat uber, dapat untung bersih RM30 sehari pun jadilah. boleh cover duit makan. tapi still takkan boleh cover kos perkahwinan aku !! 16K duit hantaran + 5k gelang nikah + 20k duit majlis belah aku . total dekat 40K !! kalau aku usaha pun belum tentu aku boleh kawin tahun depan. Mak aku nak aku kawin awal tahun depan sebab lepas tu dia nak pencen dah. Adik2 aku pun ramai lagi.
Dgn keadaan aku macam ni aku stress pikir. bapak dia nak jawapan samada aku terima aku tak 16K ni dalam minggu terdekat ni. aku taknak buat personal loan sebab aku baru je bekerja dan masih banyak hutang PTPTN, hutang MARA yang belum selesai dan mencecah sekitar 40K in total. Nasib baik aku masih ada kereta yang bapak aku dah bayar cash. itu saja harta yang aku ada.
Aku rasa macam aku nak putuskan saja. Tapi kesian kat mak aku yang berharap aku kawin sebelum dia pencen. Kesian jugak kat GF aku yang dah start buat DIY sendiri bunga telur dan kad kahwin untuk tolong aku…. Korang yang ada pengalaman boleh nasihatkan aku tak? Aku tak pernah cerita benda ni pada sapa2 selain mak aku.
– hamba allah
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/