Anak Perantauan

Nama saya Kak Ana (bukan nama sebenar). Saya seorang kakitangan kerajaan, seorang ibu kepada 2 orang anak, dan seorang isteri kepada suami yang penyayang. Hidup kami sederhana, makan pakai cukup, tak kaya, tapi bahagia.. Alhamdulillah.

Saya duduk di selatan tanah air, berasal dari utara. Manakala suami memang orang selatan, dan rumah keluarga suami berdekatan dgn rumah kami. Oleh itu, setiap kali hari raya aidilfitri atau hari raya aidiladha, kami akan pulang ke kampung saya memandangkan saya hanya pulang ke kampung bila cuti panjang sahaja. Samada cepat atau lambat sampai ke kampung saya pada hari raya, kami tetap akan balik.

Adik beradik saya 3 orang dan saya anak kedua. Abang saya seorang kakitangan berpangkat tinggi manakala adik saya bekerja swasta dan mereka duduk dan bekerja di negeri yang sama dengan parents saya. Masalah saya sebenarnya lebih kepada rasa rendah diri saya dan suami apabila bersama ahli keluarga saya.

Memandangkan perjalanan kami untuk pulang ke kampung agak jauh, setiap kali kami balik, kami akan menabung awal untuk duit tol dan minyak. Sekiranya pulang untuk hari raya, semestinya duit tabung itu perlu lebih banyak dan berganda. Selain daripada duit tabung untuk balik kampung, kami juga perlu menabung untuk duit perbelanjaan selepas raya memandangkan ada beberapa minggu lagi untuk dapat gaji semula. Alhamdulillah, saya tak ada masalah untuk menabung dengan berdisiplin.

Namun begitu, setiap kali balik ke kampung.. Saya sering dibandingkan dengan adik beradik yang lain. Abang saya bagi duit belanja 3x ganda lebih banyak daripada yang saya bagi, Adik belikan baju raya untuk mama abah, kakak ipar belikan telekung, adik ipar bawak kuih raya balik, Abang bawak bercuti, abang pergi bercuti belikan buah tangan etc…

Walaupun tak cakap secara terus terang, tapi saya faham.. sebab saya tak pernah belikan apa2 barang untuk mama abah sejak 2 tahun kebelakangan ni. Kenapa? Sebab saya baru sahaja buat pemotongan gaji untuk pembelian rumah.. Namun begitu saya tak pernah culas masukkan duit dalam akaun mama abah. Walaupun sedikit, saya tetap bank in pada hari gaji.

Hari raya yang lepas, masa berborak dengan mama di dapur, saya saja bergurau “bulan ni bulan kelahiran saya.. jangan lupa belikan hadiah tau”. Bergurau… bukan serius pun.. tapi jawapan yang saya terima agak serius..” Apa yang kakak pernah bagi pada mama sampai mama kena bagi hadiah pada kakak? Mama tak pernah dapat hadiah hari lahir, 60 tahun mama hidup tak pernah pun sambut hari lahir”.. Saya tersentak.. dah lama rupanya saya tak belikan mama apa2.. Tapi, takkan satu pun tak ada dalam ingatan mama..

Mama sambung, “cuba kakak bgtau apa hadiah yang pernah kakak bagi pada mama?”.. Masa tu saya Cuma balas “Entahlah mama, akak tak pernah ingat apa yang akak pernah bagi pada mama.. tapi akak tak lupa apa yang mama korbankan untuk akak”.. Saya terus pergi dari situ, dan biarkan adik ipar teruskan membantu mama di dapur. Seharian saya duduk di bilik, main dengan anak2, borak2 dengan suami, tido dan tak berkumpul dengan family.

Suami perasan perubahan saya pada hari tu, dia tanya “are u ok?” saya jawab ok jer.. Sepatah pun saya tak mengadu. Sebab saya tak nak dia pulak rasa rendah diri dan berkecil hati dengan mama sama seperti yang saya rasa.. lagi2 time raya..

Sebenarnya bukan satu ayat ni saja, tapi banyak lagi ayat2 yang mengecilkan hati saya dan diulang-ulang setiap kali saya balik. Sekiranya saya cuti panjang (maksima 1 bulan) biasanya saya akan balik ke kampung dengan anak2 tanpa suami sebab suami tak boleh bercuti panjang dan hanya akan hantar saya balik dan ambil semula bila cuti saya hampir habis.

Oleh itu, saya akan lebih kerap lagi dengar ayat2 perbandingan antara saya dan adik beradik lain. Saya tau saya kurang berkemampuan, tapi saya tetap akan balik kampung, belanja makan bila balik, beli barang2 dapur bila saya dikampung, kadang2 kalau mama kirim belikan barang saya tak minta mama bayar balik.. Minta transferkan duit untuk beli barang2 online (mama saya tak ada online banking), dan saya tak pernah minta untuk bayar semula.

Malah sebelum pemotongan gaji utk pembelian rumah, saya juga kerap belikan mama handbag, baju, kasut dan pernah juga bawa pergi bercuti didalam negeri. Namun begitu mungkin itu tidak dikira pemberian oleh mama atau mungkin terlupa.

Tak lama lagi, raya haji akan menjelma pula..saya dah mula menyimpan untuk perbelanjaan balik kampung, namun begitu saya masih berkira-kira untuk pulang atau pun tidak. Memandangkan 2bulan gaji shja yang saya bole menyimpan, mungkin bajet utk pulang ke kampung pada raya haji ni lebih sedikit daripada raya puasa yang lepas. Dan mungkinkah perbandingan yang sama akan saya tempuh?

Saya pernah mengadu sebelum2 ni pada suami, dan suami pernah cakap, kalau balik lama- lama kat kampung tapi lebih stress dan banyak terasa hati, lepas ni kita tak payah la balik lama. Sejak tu saya tak berani nak mengadu lebih2 sebab bimbang dia tak nak pulang ke kampung saya kalau dia pula yang terasa hati..

Sejak berkahwin dengan saya dia sering beralah untuk beraya di kampung saya memandangkan kami duduk berdekatan dirumah keluarga dia dan hampir tiap2 hari ke rumah mak dia. Sebab tu saya bimbang kalau kerap mengadu masalah saya dengan mama membuatkan dia berjauh hati dengan keluarga saya.

Bantulah saya yang buntu untuk membahagiakan orang tua saya. Sudahlah duduk jauh, jarang balik…Bila balik tak mampu pulak nak mengembirakan orang tua. Tak menyusahkan mama abah, tapi tak mampu mengembirakan hingga membuatkan saya lebih rendah diri.

Jangan komen yang negative pasal mama abah saya sebab bukan diaorang yang bersalah dalam hal ni, tapi berilah saya pandangan apa yang saya perlu buat sebagai seorang anak.. Tunjukkanlah saya apa yang saya perlu perbaiki diri saya..

_ Anak yang jauh diperantauan_

– KAK ANA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *