Tersepit

Tersepit

Aku dan bf dah couple bertahun-tahun. Baru2 ini dia telah mengutarakan niatnya untuk memperisterikan aku. Alhamdulillah. Setelah lama menanti dan bersusah-payah. Namun, dia bakal mengahwini aku dengan menggunakan duit pinjamannya. Dia pinjam demi tanaman cendawannya. Tapi separuh lg dia nak guna untuk tampung duit kawen.

Yea aku tahu bahawa ramai yg kata, famili perempuan yg patut tanggung majlis. Bukan lelaki. Ayah aku punya prinsip, kau yg nak kawen. So pandai-pandailah kau cari duit. Ayah takkan keluarkan duit seposen pun. Yg ayah tahu, segala urusan kahwin berjalan lancar. Akak-akak aku yg lain, semuanya guna duit hantaran utk buat kenduri. Kini aku yg bongsu bakal berkahwin, aku pula kerja bagus sikit, ayah dah demand nak dewan yg beraircond. Tapi aku faham juga, dewan di kg kami, kipas banyak yg rosak, toilet pun xmaintain. Kalau boleh aku pun xmahu. Nak buat dirumah, siapa yg akan kelolakan? Adik-beradik lain dah beranak-pinak. Mana nak jaga anak2 kecil lagi. Saudara-mara yg lain? Datang bila masa makan. Yg bakal pengsan nanti, pasti aku. Sebab aku lah yg harus ke sana sini.

Nak aku buat buat simple2? Bagi makan nasi ayam? Nie yg aku dalam dilema. Mulut orang, sangat2 lah berbisa. Kesannya bukan hanya tahun ini, malah 7 keturunan nanti xakan abis. Arwah mak aku pernah berkata, kita bukan tinggal sendiri di tempat ini, kita bermasyarakat, ada saudara-mara. Dulu kenduri akak aku pun, ayah aku terlupa nak ajak saudara-mara, dah dorang komplen. Kenduri tak berajak pun. Ramai juga yg makan hati sebab tak dijemput. Yea, betul, kita tak dapat puaskan hati semua orang. Tapi bila seorang telah berasa hati, dimana keberkatan majlis tersebut?

GST. Gara2 benda alah ni. Semua harga makanan melonjak naik. Nak buat kenduri kahwin nie, bukan majlis harijadi. Nanti jadi kes makanan tak cukup. Malu lagi famili. Bila ni terjadi, famili perempuan juga tanggung malu. Perkahwinan bukan hanya melibatkan penyatuan 2 hati, tapi melibatkan banyak pihak.

Aku seboleh2nya nak jimat sejimat mungkin. Aku bukan nak majlis grand2, kat hotel, pakai baju designer, jurugambar professional, makeup artist. Aku cuma mahu dewan yg selesa, makanan yg sedap, pelamin yg comel, baju yg cantik walau bkn dijahit by designer. Tapi, hakikatnya, duit kini nilainya sedikit.

Andai ramai yg bangga gtau, eh, aku dlu mintak hantaran rm8k jer. Dulu tu bila? Sebelum GST? Sebelom kak mah jd PM? Sekarang ni, RM8k tu dah macam RM3k-4k jer. Tak percaya, tengok sendiri lah gaji korang dapat bulan2.

Kini bf aku sering kali berkata tak perlu nak grand. Aku bukan nak grand. Tapi kena ingat juga..duit untuk bayar tok kadi. Naik turun pjbt agama. Saguhati utk saksi. Hantaran 3-5dulang. Cincin 2bentuk. Dan banyak lagi.

Sekarang aku mula rasa. Tak perlu lah kahwin.

Pasti ada yg berkata, buat jer apa yg perlu. Nikah yg penting. Aku teringat cerita ttg kawan aku. Tiada angin atau pohon bergoyang, tau2 dia telah berkahwin. Dia hanya jalani akad nikah. Ketika aku dapat khabar tu pn, seluruh kg heboh, kawan aku ini telah terlanjur. Siap dah pregnant. Sebab tu tiada majlis dibuat. Walhal, hakikatnya adalah sebaliknya. Kadangkala, mulut orang ni memang berbisa. Nak kata orang2 kampung tu tak berpelajaran tinggi, tapi ramai je yg belajar hbat2 berperangai sebegitu rupa. Kini walau telah hampir 10 tahun berlalu, cerita ttg kawan aku itu masih dijaja. Mana tahan nak dengar cerita camnie. Kita yg muda tinggal di ibukota. Xdengar tohmahan org. Mak ayah di kg? Hari2 berdepan dengan mulut org xda insurans. Lama2 boleh buat sakit jantung.

Maka tersepitlah aku.

– Aku yg keliru

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *