Gangguan di Rumah

Assalamualaikum. Terima kasih kalau cerita aku dapat disiarkan moga mendapat iktibar untuk semua yang baca. Aku Miza, bukan nama sebenar la. Cerita yang aku nak cerita ni mungkin membosankan dan agak panjang. Maaf jugak kalau ayat agak terabur sebab aku tak tahu nak mula macam mane.

Aku mulakan cerita. Ibubapa aku berasal dari indonesia tapi aku lahir dimalaysia, mereka ic merah dah. Oh yaa, mereka da bercerai lepas tu mereka serahkan aku pada keluarga lain sebangsa mereka juga. Family angkat aku baik! Jage dari baby sampai la aku dah berkahwin. Aku ni jadi kakak sulung lepas anak2 dorang.

Masa kecik2 dulu, rumah lama aku la, setiap malam khamis arwah tok mesti akan suruh aku atau adik2 aku bawak sebekas api hantar dekat bilik utama kat tingkat atas. Dalam tu ada kemenyan dengan asap busuk gile bau die tapi sebab da terbiasa aku da tak heran bau dia.

Setiap kali aku bawak bekas kemenyan tu mesti meremang bulu roma. Rasa macam lama je nak sampai ke bilik atas tu. Padahal bekas ada asap dan kemenyan je kan buat apa nak takutkan! Tapi tak.. aku takut kot. Aku tak tahu kenapa tok aku kena buat gitu sampai dah jadi rutin setiap petang kamis.

Dalam rumah aku tu. Ada jugak pakcik aku yang duduk sekali sebelom kena halau dengan mak aku pasal die buat hal apa tah dengan mak aku. Pakcik aku ni tqak tahu la dari belah mana susah jugak nak jelaskan nanti panjang plak cerita ni.

Tapi aku nak cakap pakcik tu seram sebab setiap tengah malam aku dengar die cakap sorang2 dalam bilik. Kadang dia gelak sorang2! Gelak yang seram gile tuh. Aku nak pergi toilet mesti lalu depan bilik dia. Aku tak rasa die tengah oncall sebab lain macam kot. Aku sampi sekarang ingat care die gelak.

Bayangkan setiap malam aku selalu dengar orang main tangga. Macam ni tau korang bayangkan bunyi macam orang tengah naik tangga sambil tarik rantai besi. Satu satu dia naik aku dengar teliti gila sampai la aku tertidur. Tangga rumah aku jenis kayu taw. Sapa duduk perumahan lama mesti tahu tangga tu macam mana.

Kadang-kadang tengah sedap tengok tv kat ruang tamu, aku selalu dengar hujung2 telinga aku ni macam ada budak-budak tengah main tangga. Macam budak2 tengah main kejar-kejar macam tuh la.

Nak kata jiran sebelah tak mungkin sebab anak dah besar2 semua. Belom lagi aku dengar orang duk main depan rumah aku tengah2 pagi macam tu. Macam ada orang berkawad pun ada tapi tak berganjak. Dia berkawad situ jela kot.

Adik aku lagi la. Tengah malam die bangun sebab nak matikan radio siapa kasi hidup pun tak tahu lah. Nak cakap pakcik aku yang ganjil tu tak mungkin sebab bilik kitaoanrg akan kunci bilik sebelom tidur. Aku pernah taw kena tindih. Tapi sebab kena tindih tuh la aku mula hafal ayat kuris. Ada hikmah jugak tuh.

Mak ayah aku perg berubat taw. Ada sorang pakcik nie, die cakap rumah aku duduk tu keras. So kitorang pindah. Aku ingat bila da pindah tak ada da benda pelik jadi kat kitorang. Rupanya makin teruk. Duit rumah kami kerap hilang. Bukan sikit penah sampai beribu jugak sebab bapak aku kontraktor rumah so duit die selalu ada cash.

Satu hari tuh, kawan aku datang dekat aku bagitahu something terkejut jugak aku dengar. Mase tu dia datang rumah aku, so tok aku yang kuar rumah jawab salam die. Mase tu la die tengok tok aku. Kenapa tok ko gelap wei. Eh pelik situ, sebab tok aku putih. Belom lagi kawan aku cakap rumah aku ni gelap suram macam ada yang tak kena taw. Aku dengar meremang jugak!

Dari situ aku kena ganggu lagi. Mungkin sebab aku lemah kot. Jadi aku selalu dengar bunyi pelik. Masalahnya benda tuh ganggu masa aku nak tidur je. Die main tangga lagi korang!!!

Kali ni die main naik tangga slow-slow plak. Bunyi die kuat gile, aku bayangkan badan die besar taw sebab dia pijak tangga tu sampi berbunyi rekahan tangga kayu tuh. Sampai aku paksa mata suh tidur jugak. Takut wei.. adik puan aku tak dengar pape pun tahu tak!! Lama jugak benda tuh kacau jiwa aku.

Pernah ritu aku balik lewat, kak pupu aku dan bf dia hantar balik rumah, aku masok macam biasa la rumah tuh tapi awal2 aku cakap tunggu aku masok rumah dulu baru korang balik sebab aku kan takut.

Nak jadikan cerita bf kak pupu ni aku nampak nenek tua depan rumah dan rambut putih panjang. Bf kak pupu aku tanya sape tuh. Mak aku ke. Kak pupu aku tak nampak pun bende tu masalahnya. Seram kot!! Moral off story kat sini jangan balik lewat malam kan da kena.

Sebab aku dah fedup dengan bende tu aku pindah tumpang duduk rumah kak sedare kt kl. Aku suh mak aku berubat dengan ustaz-ustaz, mak aku mara aku balik!! So sebab tu la aku nekad kuar dari rumah tu. Sebab aku rasa tak tenteram duduk rumah tuh. Aku rasa takut. Aku rasa ada je yang tengok aku. Nak pergi toilet pun aku takut. Ni kan plak sorang2 dalam rumah tuh.

Mase aku duduk kl tu, ada sekali tuh aku tengah lepak dengan kawan aku, aku tak pernah pun story dia pasal aku selalu kena ganggu. Tapi die bolah selamba cakap kat aku rumah aku ada dua bende sekarang nie. 1 jahat 1 baik.

Aku tak paham apa yang baik apa yang jahat. Dia cakap yang jahat duduk tangga yang baik duduk depan rumah. So dekat sini aku rasa yang selalu kacau aku tu yang duduk dekat tangga. So yang duduk depan rumah tu mungkin tok aku punya aka penjaga. Aku still tak paham kenapa kena ada benda2 nie. Aku takut!!

Sebelom nak kawen dulu. Aku pergi jumpa ibu kandung aku sebab nak bagitahu yang aku nak kawen, Aku ingat ibu kandung aku takde la amal bende pelik2. Sebab mase aku tido aku dah terperasan satu tangkal dekat atas pintu bilik die.

Ibu kandung aku nak ajar aku cara nak mandrem suami aku. Katenye biar tak cari puan lain. Aku tolak sebab aku tahu main bnde syirik tu dose besar. Sampai la die sakit haritu aku teman die kat hospital.

Malam tu dia agresif lain macam, sampai doctor da cucuk banyak kali still agresiff jugak macam orang meracau. Doctor sendri cakap ibu kamu ni lain macam. Dalam pale otak aku dah pikir bukan2. Seminggu kemudian die pun meninggal. Tolong, sedekah Al-fatihah untuk mak kandung aku dengan arwah tok aku jugak.

Pernah sekali tu aku balik rumah mak aku tu. Balik dengan laki aku. Time tu da nak petang, kitorang laki bini dalam bilik da nak ready ke solat mahgrib. Ada benda main depan bilik kitorang. Macam bising la bunyi dia. Bila bukak pintu tak ada plak orang. Jadi kami turun bawah kebetulan plak semua orang tak kat rumah. Baru la laki aku percaya bile aku cakap rumah tu something sikit.

Sekarang rumah mak angkat aku tu keadaan die still macam dulu. Duit selalu hilang. Selalu adik beradik bergado. Adik laki aku tak hormat makayah aku tuh. Dengar cerita lepas tok aku meninggal adik aku yang sambung ambik dari tok aku. Tapi tak tahu betol ke tak, aku tak berani nak tnya.

Sekarang aku dah berkahwin dalam hampir 2 tahun, aku dan suami berlainan negeri agak jauh la terutama balik raya mesti ada isu. Aku nak bagitahu sejak aku da berkahwin, dah ada rumah sendiri, kehidupan aku berubah 100%.

Aku rasa lebih tenang tanpa ada sebarang gangguan. Tak ada lagi bunyi setiap malam. Tak ada lagi bayang2 tepi mata aku. Aku takde da rasa macam takut-takut macam dulu walaupon duduk rumah sorang. Alhamdulillah! Moga Allah selalu melindungi aku dan keluarga aku.

– Miza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *