‘Pengalaman’ Bekerja

Assalamualaikum semua.. Hi .. Terima kasih admin kalau cerita aku ni disiarkan. Sebenarnya niat dihati nak berkongsi pengalaman pada adik adik yang bakal amik SPM tahun ni. Bukan pengalaman belajar tau tapi pengalaman lepas SPM, hihi.. Fokus belajar dulu, lepas SPM nanti boleh pertimbangkan.

Sebab sekarang banyak isu susah cari kerja lepas graduate, aku nak share la sikit tips. Kebanyakan company sekarang ni, nak cari pekerja yang berpengalaman tau.

Aku ada tanya bos aku, macam mana fresh grad nak survive kalau semua company perlukan pengalaman and dia jawab, pengalaman bukan hanya pada related scope je tapi semua. Tak kisah kerja apa asalkan ada pengalaman bekerja. Most company tengok macamtu.

Actually aku start kerja awal jugak. Form 3 dekat kedai baju area rumah aku. Tapi kerja time cuti sekolah akhir tahun je lah. hehe. Lepas je aku habis SPM, aku terus masuk kerja dekat satu restoran ni. Last paper hari Khamis, Isnin depan tu dah mula kerja, haha.

Sebab utamanya nak kumpul duit untuk hang out dengan kawan kawan hujung tahun. Lama jugak aku kerja situ, almost setahun.

Kebetulan aku dapat offer sambung study kat area situ juga so aku sambung je kerja. Aku berhenti pun sebab dah rasa terbeban dengan study haha maklum lah, 1st year, tgh biasakan diri lagi dengan alam universiti.

Then bila dah final year, aku buat lagi part time dekat Aeon. Saja nak tambah income sebab semester lepas tu nak start internship so mesti la kena ada modal kan. Kerja situ dalam 5 bulan juga la.

Then berenti sebab mula internship dah dekat one of IT company kat Cyberjaya. Nasib baik before tu ada buat kerja part time tau, kalau tak mana nak cekau modal pergi balik kerja untuk bulan pertama tu.

Habis tempoh 3 bulan intern, company ada offer untuk diserap masuk tapi sebab kan aku kena masuk U balik sebab still ada satu lagi semester untuk Final Year Project. So melepas dah satu peluang. Tapi takpe la, time tu yakin, in shaaAllah ada rezeki yang lagi baik.

Habis je diploma terus progress degree dekat U yang sama. Sebab boleh habis cepat hehe. Sepanjang degree memang fokus teruk sebab target nak tukar pinjaman PTPTN ke biasiswa, hehe. Sebab hutang diploma dah banyak sangat.

Tapi masa last year, aku buat lagi part time dekat cinema. Sebab nya, aku nk kumpul duit untuk buat aku punya Final Year Project. Aku kerja dalam 6 bulan juga la then aku berhenti sebab kena buat internship lagi.

Struggle teruk weh cari placement sbb company sekarang ni, cari intern pun , yang ada working experience. Apooo….. Sebab tu la, ada nya program internship ni, nak sediakan experience untuk fresh graduate. Entah la, tak faham dengan sesetengah company punya requirement.

Alhamdulillah seminggu sebelum tarikh mula intern, aku dapat placement dekat one of the company yg memang aku target. And sekarang ni la, aku masih intern dekat company tu, bulan terakhir kat sini. Syukur aku dapat offer dari company ni untuk jadi permanent.

Tu yang aku tanya bos aku pasal working experience tu, and dia jawab, dia tengok semua working experience yang aku isi dekat resume. And dia kata biasanya itu one of the point yang company akan nilai, untuk hire fresh graduate. FRESH GRADUATE sahaja sebab diorang faham freshie ni memang susah nak ada pengalaman bekerja yang related dengan job scope yang diorg apply tu.

Tapi apa apa pun, semua bergantung pada rezeki. Usaha, doa, tawakal. In shaa Allah dipermudahkan.

Sorry sangat kalau cerita aku tunggang langgang. Aku sekadar berkongsi cerita. Mana yang baik, jadikan lah contoh, yang tak baik, elakkan.. Terima kasih sebab sudi baca.

Assalamualaikum. Bye….

– Gadis cyber (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *