Al-Quran dan Kita

Al-Quran dan Kita

Assalamualaikum & Hi guys ! Aku nak kongsi sedikit tentang aku dan Quran, macam mana Quran ubah hidup aku dari nothing to something. Aku dulu ada panic attack, anxiety & depression, memang lengkap 3 adik beradik ni.

Aku jenis cepat marah tapi marah aku, aku simpan dalam sampai makan dalam. Negative thingking aku memang dah tahap tenat sangat. Dulu aku jenis yang solat on off, couple, gaming 24 jam, tengok movie & drama sampai esok pagi, skrol ig kat mana mana.

Bila aku describe life aku sebelum ni nampak normal tapi hakikatnya tidak. Semua benda benda aku describe adalah benih kepada anxiety, depression & panic attack aku. Aku hidup mcm ni selama 8 tahun. Aku rasa tak tenang, tak happy.

Mana mana aku pergi aku ada masalah dengan orang, dengan diri aku sendiri. Nak bayar burger mekdi pon aku menggeletar. Dan pergi timbang sayur kat supermarket pon aku risau. Aku addict dengan quotes mat salih beribu ribu aku simpan. Tapi satu pon tak membantu lol.

Life sebenar benar aku start bila aku umur 20, time tu aku try jaga solat wajib aku, kecuali isyak, asyik missed je sebab mengantuk. And then one day aku rasa apa aku buat salah, aku try completekan juga solat wajib aku. Time maghrib aku solat then aku tunggu isyak pula.

Btw aku seorang wanita. So time ni aku tgh buat praktikal, start je aku jaga solat, aku igt lepas ni hidup aku ok sebab org kata bila kita fix solat kita, Allah akan fix hidup kita. Time praktikal ni lah macam2 kejadian jadi, semua tak kena. Aku buat kerja tapi kawan yang naik nama. Aku duduk buat kerja pun orang asyik nak kata siap perli2.

And then normal la kita rasa marah pastu jeles en bila kita buat something tapi kawan dapat pujian sama la dengan aku, aku rasa memang tak nak cakap dengan kawan aku tu rasa geram. ” Time belajar pon kau nak nama time praktikal pon kau nk juga” macam tu la.

Aku rasa sedih sangat, sedih teramat sangat, semua tak kena. Gaduh dengan mak, adik beradik, ada masalah kat tempat praktikal. Aku dah paksa sabar pon tak boleh, memang asyik nangis je life aku lepastu even aku dah jaga solat, dah try solat dhuha semua.

One day aku tengah skrol youtube sebab nak cari video islamik yang boleh kasi aku semangat balik, tup tup hati aku tergerak tengok satu video by Nouman Ali khan (dia ajar quran & student quran juga). Aku tak ingat tajuk dia apa tapi time tu macam titik permulaan aku berkobar kobar nak ubah hidup aku dengan cara lebih dekat dengan Allah.

Cara dia adalah belajar Quran. Aku try tulis nota semua video Nouman Ali Khan atau mana mana ustaz yang ajar Quran/hadith. First aku try dengan buat satu dulu suruhan Allah, taubat & lepaskan benda yang merugikan masa. Lepas tu, aku cuba faham kan sikit sikit apa yang Allah nak dari hambaNya sebenarnya.

Hidup aku 360 darjah berubah. Serius. Aku lebih nampak realiti dunia. Realiti dunia ni adalah permainan. Suatu permainan yang semua orang kejar tapi outcast je yang akan selamat akhir nanti. Ini definisi bagi aku.

Kiranya outcast ni highlight macam tu, yang betul betul buat apa The Lord of The World nak & selamat kat akhirat nanti. Tak bermaksud siapa yang buat dah tentu masuk syurga tapi Allah kata siapa yang dirikan solat & beramal soleh Allah akan beri ikut apa yang dia kerjakan. Macam mana pun kita work hard last sekali Allah yang tentu kan.

Perjalanan aku cuba faham & praktikkan Quran sangat indah and cantik sangat. Sumpah. Aku rasa semua nya jatuh dekat tempat dia. First time aku rasa dalam hidup aku aturan Allah tu sangat cantik. Dan quotes2 mat salih yang beribu tu satu pon tak jadi dalam life aku.

Tapi aku cuma baru nak belajar faham kan and apply satu ayat dalam life aku apa yang Allah perintahkan dalam Quran, 360 darjah hidup aku berubah. Semua anxiety, panic & depression aku start sembuh. Games aku dah tinggalkan. Media sosial semua aku padam kecuali instagram aku unfollow semua artis2 sebab aku jenis yang mudah triggered and cepat terpengaruh.

Tapi aku tak putus kawan, cuma aku tinggalkan benda yang tak perlu & kawan yang buat aku jauh dengan Tuhan atau yang tarik balik kepada masa silam aku. Aku minta dengan Allah kebahagiaan, Allah beri aku Quran.

Aku cuba kongsi dengan warga pembaca iium confession sebab aku rasa benda ni penting bukan untuk aku tapi untuk semua yang nak berjaya dunia dan akhirat. Ramai anggap ikut islamik ni bosan tu tak boleh ni tak boleh, semua benda haram. Islam tak haramkan semua, cuma banyak sangat fitnah kat luar yang nampakkan macam islam haram kan semua.

Believe me guys, once korang letak selangkah balik pada Allah seribu kali Allah sambut korang & kalau nak Allah sayang kan kita, lepaskan perkara yang Allah tak suka. Nak manusia sayang kan kita, lepaskan benda yang manusia kejar. Nak mula memang susah kena struggle habis habis tapi jangan stop. Banyak kena lepaskan, material, perasaan, emosi etc.

Jangan putus asa dengan rahmat Allah sebab takde orang yang putus asa dengan rahmat Allah kecuali orang yang tak bersyukur. Allah kata dalam quran pegang dengan tali Allah sama sama, tali Allah adalah Quran. Jadi aku nak ajak semua try apply Quran dalam life kita. Tengok Allah beri apa dekat kita.

Kadang kadang apa yang kita nak tak dapat, sebab kita tak respon macam mana Allah nak. Allah sayang sangat kat kita, Allah akan respon dengan doa kita tapi kita dulu kena tahu apa sebenarnya Allah nak dari kita. Semoga kita semua selamat di dunia dan akhirat! Sebab Rasulullah saw rindu dekat kita.

Lepas solat tu korang duduk lama sikit, try cakap dengan Allah, minta dekat Allah beri kefahaman dan kekuatan untuk hidup dengan cara yang Allah berkat. Musibah? Maksudnya Allah sayang kat awak sebab tu Allah beri. It’s a wake up call! Sambut cepat sebelum terlambat. May Allah reunite us in Jannah!

– Alea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit